29 April 2016

Drama Bersiri Beret Hijau



Drama arahan Along Kamaluddin bertajuk Beret Hijau pada 23 September 2011. Penggambaran yang dijalankan di sekitar Lembah Klang dan Kem Sungai Udang, Melaka mengetengahkan pelakon Iqbal Pilih Kasih sebagai Haziq, Azie Yahya (Sarjan Aishah), Chomell Fana (Amirah), Hasnul Rahmat (Soleh), Aman Graseka (Abu Farsi) dan Kuswadinata (Pak Ali) sebagai tunggak utama dalam manjayakan drama bercorak ketenteraan ini.




Realitinya Beret Hijau berkongsi kisah watak Haziq bermula daripada seorang budak kampung dan akhirnya menjadi anggota komando terlatih. Dalam kem latihan komando juga, Haziq bertemu musuh lamanya, Kamil lakonan Lan Mazlan. Di situlah tercetusnya konflik antara mereka.


sumber dari akaun instagram Iqbal Mazlan



Menerusi drama ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba memberi pendedahan meluas kepada masyarakat tentang isu semasa yang ada kaitan dengan soal menjaga keamanan dan menangani ancaman pengganas. Ia bukan kisah lampau yang diperbaharui atau diceduk. Selain itu, drama ini bertujuan menarik minat golongan remaja yang suka lumba motosikal haram, berpeleseran atau terbabit dalam aktiviti tidak sihat.




sumber dari akaun instagram Iqbal Mazlan


Menariknya turut di ketengahkan peranan watak seorang komando perubatan yang bertugas merawat tentera tercedera dalam pertempuran. Watak ini sebenarnya penting dan menyumbang peranan besar dalam menjayakan sesebuah misi ketenteraan.


sumber diambil dari akaun instagram Adam Corrie Lee

Selain itu diselitkan juga babak-babak percintaan yang bergerak seiring dengan episod-episod melibatkan kegiatan watak dikenali Abu Farsi dalam memperkukuhkan kumpulan Jemaah dan terlibat dalam pengaturan bekalan senjata di Asia Tenggara. Malah ada juga episod di mana Penempatan Markas Gerila Militan mula dibina dan pertubuhan di bawah pimpinan Abu Farsi mula melatih gerila dengan ilmu ketenteraan di bawah penasihat ketenteraan dari negeri asing.


sumber diambil dari akaun instagram Azlan Komeng

Pada yaya, amat penting dan sesuai sangat drama ini ditonton bagi golongan muda yang semakin hari semakin leka dengan keseronokan dunia. 
Bagi yang berminat untuk menonton drama bersiri ini, boleh video klik bawah (episaod 1) dan episod yang seterusnya.


BONUS

Terima kasih pelakon drama Beret Hijau , Azlan Komeng atas ucapan di bawah :)




No comments:

Post a Comment