26 June 2016

Kes Dera Kanak - Kanak





KISAH kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun bernama Mohamad Daniel Mohamad Nasser akibat didera menjadi topik hangat di Singapura.


Daniel maut akibat menjadi mangsa deraan ibu kandungnya sendiri dan teman lelaki, yang hampir setiap hari menjadikan tubuh kecil arwah tempat melepaskan kemarahan. Prosiding mahkamah mendedahkan, hampir setiap hari Daniel didera secara melampau termasuk ditendang, ditampar, dada dan perutnya dipijak selain dipaksa berdiri berjam-jam sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala – hanya memakai lampin.

Lebih kejam, si ibu dan teman lelakinya turut memaksa anak kecil ini memakan cili kering. Perbuatan kejam pasangan ini terbongkar selepas Daniel akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat teruk didera selama lebih lima minggu, pada 23 November 2015.

Pasangan itu bersama seorang bayi mereka yang berusia 1 tahun dan Daniel, anak lelaki Zaidah dari hubungan sebelumnya dengan lelaki lain, tinggal di flat satu bilik yang disewa di Telok Blangah bersama dua lagi penghuni lain yang turut menyaksikan perbuatan kejam mereka.

Berikut antara kejadian dera menimpa Daniel yang direkodkan:

18 November 2015 – Daniel tertidur ketika berdiri dengan tangannya di atas kepala. Melihat keadaannya Zaidah menampar muka dan dada Daniel hingga mengalir darah dari mulut, untuk mengejutkannya dari tidur. Apabila Daniel terjatuh ke lantai Zaidah memintal kedua-dua tangan anaknya itu dan memijaknya. Dia kemudian mengangkat Daniel ke tandas dan menukar lampinnya, sebelum memaksanya terus berdiri dengan tangannya diletakkan di atas kepala.

22 November 2015 – Sehari sebelum kematiannya, Daniel didera selama berjam-jam lamanya. Sekitar 10.00 pagi apabila Daniel enggan makan sarapan, Zaidah menamparnya. Dia memberikan mangkuk sarapan itu kepada Zaini, teman lelakinya, untuk cuba memberi Daniel makan. Apabila mangsa tetap enggan makan Zaidah dan Zaini menamparnya beberapa kali. Zaidah juga memukul bahagian belakang Daniel hingga mangsa terjatuh ke lantai.




No comments:

Post a Comment