15 July 2016

Bersuaralah Kalau Ada Masalah



Setiap orang pernah atau sedang menghadapi masalah seksual. Jika belum, pasti suatu hari akan menghadapinya juga.
 

Bagaimana jika masalah ini dialami oleh pasangan anda? Apa harus anda lakukan untuk membantu dan apa yang tidak perlu anda lakukan.


Ok, ini beberapa saranan bagi mengatasi masalah dengan cara mengelakkan beberapa perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan...


1. Jangan berpura-pura tak ada apa-apa
Anda betul jika mengatakan, “jangan bimbang, itu bukan masalah”. Sedangkan hakikatnya bagi lelaki apa berlaku adalah masalah dan penting baginya. Menurut statistik, masalah seksual adalah normal kepada semua orang tetapi sering menghantui fikiran. Bila anda berpura-pura tidak tahu, ini membuatkan dirinya rasa anda tidak mempedulikannya dan ini menyebabkan masalah bertambah kronik.


2. Tak payah berlakon tak kisah
Dengan mengatakan, “tidak sayang, abang tidak mengecewakan saya.” Ungkapan ini hanya menyedapkan hati pasangan namun pada fikirannya anda sedang mempersendakan dirinya dan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah.


3. Jangan burukkan lagi keadaan
Masalah seksual sangat menyeksakan bagi lelaki yang menghadapinya. Jika anda mengatakan, “tak  tahu berapa lama lagi hubungan kita boleh bertahan jika keadaan berterusan begini.” Ungkapan ini umpama anda membunuh dirinya, dia bertambah stres. Biarpun sukar anda harus sabar menghadapinya.


4. Tolonglah elak sikap buruk ini
Jangan anda membanding-bandingkan dia dulu dan sekarang dengan mengatakan, “kenapa sayang tidak sehebat dahulu.” Semua ini tidak akan meredakan kebimbangan suami anda, sebaliknya seumpama anda menyiram minyak ke atas api yang sedang marak. Sedangkan hakikatnya, dia memerlukan bantuan anda, sebaliknya anda memperlecehkan lagi keadaan.


5. Tak perlu melarikan diri
Dengan mengelakkan melakukan hubungan seksual, anda melukai perasaannya. Dia bukan objek seksual, bila habis baterinya diketepikan begitu sahaja. Sesungguhnya keintiman anda di tempat tidur, biarpun tidak melakukan aktiviti seksual, ia membantu mengukuhkan ikatan dan hubungan cinta anda berdua. Jadi tunjukkan bahawa anda sentiasa mengambil berat tentang dirinya.


6. Jangan menekan dirinya
Jika suami anda menghadapi masalah seksual, dia pasti berasa rendah diri, malu dan tertekan. Jika anda menyalahkan dirinya, ia akan membuatkan dirinya semakin jauh daripada anda dan memungkinkan ia berakhir dengan perceraian. Cuba bersikap lembut, cuba faham masalahnya dan sentiasa memberi sokongan padanya.


7. Jangan sombong
Jangan kerana dia tak mampu memenuhi kehendak seksual anda, tidak bermakna anda menang dan lebih baik daripada dia. Elakkan bersikap seperti ‘pemenang’ dan menganggap suami sebagai kalah kerana tidak mampu menunaikan keinginan anda. Cuba bersikap terbuka dan merendah hati. Berbincanglah dari hati ke hati dan berlapang dada. Cara ini, membuatkan anda dan pasangan berasa lega bahawa bukan hanya dia yang bermasalah, sekali gus mampu selesaikan masalah seksual bersama.
 

Haaa... ingat ya, anda jangan pendam jika ada masalah hubungan suami isteri, baik luar atau dalam!

No comments:

Post a Comment