8 August 2016

Ikon Nur 2014 / 2015 milik Suhaili Mohamad



Selamat petang buat semua pembaca..

hai haii semua...sorry sangat dah petang ni baru nak update entry...sambil - sambil makan popcorn pepetang ni mai tonton video kat ni yuk !! rupanya terselit juga yaya kat sini...



Hari tu yaya ada join Xixili event kan ? pastu yaya dapat Majalah NUR ni tau...hihiks....belek punya belek keluaran MEI 2016 ni terselit pula muka yaya dan angah ( Habibah Nordin )



Minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan dan peragaan ternyata membawa tuah kepada Suhaili Mohamad, 29, yang dinobatkan sebagai Ikon Nur pada final Ikon Nur 2014/2015. Pada  majlis yang berlangsung di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebudayaan (Aswara) itu, Suhaili telah berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM11,300 termasuk wang tunai RM5,000 serta trofi.

Seramai 11 calon melayakkan diri sebagai finalis pencarian Ikon Nur yang merupakan penganjuran kali kelapan oleh Majalah Nur. Ia merupakan pertandingan yang mencungkil personaliti bakat mereka yang mewakili Muslimah berkerjaya.

Dengan slogan Muslimah Berkerjaya Anggun Aktif, Majalah Nur mencari ikon yang berkaliber untuk dijadikan ikutan Muslimah lain di luar sana.

Selain anugerah Ikon Nur, turut diberikan penghargaan adalah anugerah Miss Integriti, yang dimenangi Peguam dari Johor Bahru, Nadirah Zulkhanain, 29.

Manakala bagi anugerah Miss Intimasi, dimenangi jurulatih kesihatan dan kecergasan, Nur Syuhada Anuar,30.
Kedua-duanya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM4,000.

Pencarian Ikon Nur 2014/2015 bermula dari Ogos 2014 hingga Julai 2015, mendapat sambutan hangat di kalangan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya.

Kriteria yang melayakkan mereka terpilih adalah profesion hebat, pendidikan, skil komunikasi serta personaliti yang menarik.
Kesemua sebelas finalis telah mengharungi beberapa program yang dirangka khusus bagi mencabar daya fizikal dan mental.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ‘Beauty with Brain’ bersama penaja FreshKon dan Cabaran Minda x Breakout serta program Street Dakwah#MalaysiaNgaji dan #NurNgaji. - SINAR TV

 

Terima kasih pada pihak Karangkraf iaitu Majalah NUR dan Hijabista yang sudi menjemput yaya hadir ke event ni..tenkiok !!!

2 comments: