24 August 2016

Jauh Beza: Hidup Sebelum Dan Selepas Pokemon Go



Dasyat sungguh penangan Pokemon Go kepada kehidupan harian, ada yang berubah sikap sampai meruntuhkan kasih sayang yang sudah bertahun disemai dan tempiasnya turut dirasai oleh anak-anak.

Tetapi lagi teruk bila orang sekeliling yang tak pernah kenal anda pun jadi mangsa disebabkan keghairahan Pokemon Go yang jadi trend masa kini. Jadi wajarkah anda dan pasangan download application tersebut?

Cuba renungkan sudut keburukannya dulu...

1. Suami berubah sikap
Dulu kalau shopping, tanya pendapat mana yang lebih elok, ada jawapan. Tetiba tanya banyak kali pun tiada jawapan disebabkan pasangan kusyuk tengok phone. Bab ini memang tak sangka, ada yang sanggup marah anak bini sampai tinggi suara semata nak fokus mencari Pokemon Go. Malah ada yang bertukar sikap daripada penyayang kepada panas baran sampai pecah pinggan mangkuk!

2. Kualiti masa bersama keluarga makin kurang
Kalau dulu seronok ajak pasangan keluar luangkan masa bersama tetapi bila salah seorang pasangan download Pokemon Go, suasana jadi 'kelam'. Mana tidaknya, dia keluar tapi tangan pegang phone dan sibuk mencari Pokemon Go. Sedihnya...

3. Main masa memandu
Tidak dinafikan ramai yang bermain phone ketika memandu tetapi selepas Pokemon Go, lagi ramai yang lakukan kesalahan ketika memandu. Senang cerita, tengok kes kemalangan yang disebabkan cari Pokemon Go di media sosial. Berbaloi ke nak download?

4. Berebut main phone dengan anak
Dulu kalau keluar, tak kisah pun kongsi phone dengan anak-anak tetapi disebabkan nak main Pokemon Go, dimarahnya anak yang ambil phone tanpa minta izin. Fuh, memang tak adil!

5. Abaikan anak kerana nak main Pokemon Go
Ini lagi kelakar, ada satu kes stroller anak nak jatuh dalam tasik disebabkan pasangan kusyuk cari Pokemon Go. Alahai... apalah nasib anak-anak bila dapat ibu ayah begitu. Main Pokemon Go sampai pertaruhkan nyawa!

Terpulang kepada anda yang masih taksub dengan Pokemon Go tetapi ingat, kalau jadi perkara yang pelik-pelik kepada orang sekeliling... anda memang akan menyesal. Masa dengan anak-anak pun bukan boleh patah balik, jadi sila tambah tolak sebelum nak main Pokemon Go, ya!

1 comment:

  1. sampai skang x tak rasa nak main games tu...

    ReplyDelete