30 September 2016

5 sahaja Tips Cari Kain Langsir


Assalamualaikum...

Haa kali ini Yaya nak kongsikan tips cari kain langsir, tak kisahlah korang nak buat langsir ruang tamu ke, dapur ke, mahupun bilik pengantin. Harus kena ingat jangan sembarangan pakai amek jer, cari yang betul - betul sesuai untuk dijadikan tema korang nak tu yer.. 


Hari Sabtu yang lepas yaya pergi Sarah Hughes Globe tau..Yaya boleh dikatakan seorang pelanggan tetap juga di sini, cuma tak pernah naik ke tingkat 7 yang ada macam - macam jenis dan pattern kain langsir menarik kat sana. hihiks...eh, serius laa .. 


kalau kak Munirah Moon tak kenalkan pada Yaya ada kedai langsir di tingkat 7 ni, sampai bila - bila kut rasanya yaya tak tahu. kikikii....



Gabungan fabrik, corak dan warna langsir membolehkan sesebuah ruang atau bilik menjadi lebih cantik, menarik dan selesa. 

Selalunya kalau masa raya, saja ikut ummi ayah pergi kedai kain langsir nak pilih langsir, jadi ini first time yaya berdikari sendiri pilih kain langsir. Tapi yaya tidak keseorangan, siap ada assistant lagi tau..hihi..cantik lagi bijak melayan customer.hihi..


Sebenarnya yaya buat pemilihan langsir ni untuk bilik, jadi yaya perlukan dua jenis kain iaitu lapisan luar dan lapisan dalam. Kain luar seharusnya yaya ambil kain yang lebih tebal dan warna lebih terang . Manakala lapisan dalam mesti kain jenis nipis dan juga soft soft..gittew...


Melalui seorang rakan, Yaya diperkenalkan dengan pelbagai jenis kain langsir yang menarik perhatian yaya sangat sangat sangat. Ya Allah ya tuhanku memang tak terkata. jadi terkaku sekejap. Pandangan Yaya ke sana ke mari da. tak tahu nak ambil yang mana dah.


Ehehe...masalah selesai...!! ini dier langsir pilihan Yaya di masa kini...jangan jelleess..Yaya dah ada langsir bilik..lepas ni boleh yaya tidur selesa tanpa gangguan cahaya matahari...hahaha...seronoknya !!

5 Tips Cari Kain Langsir


Perlu untuk korang tahu sebelum memilih kain langsir yang korang berkenan, ada 5 tips sahaja yang perlu tahu,  tak banyak pon, cuma 5 jer..


1) Bajet 

Pastikan sebelum korang keluar cari langsir, korang pastikan berapa bajet yang korang buat untuk buat langsir di bilik / ruang yang korang nak buat tu. Kalau bajet korang besar, boleh pilih langsir yang lebih berkualiti dan jika kecil bajet korang, pilihlah dengan harga mampu milik. 

Biasanya harga kain langsir bergantung pada jenis fabrik, kualiti dan juga ketebalan. Jadi bijaklah membuat keputusan. 


2) Ambil ukuran

Sebelum korang nak beli langsir, makesure ambil dulu ukuran tingkap atau pintu yang korang nak letak langsir tu. Ambil ukuran TINGGI x LEBAR . Pastikan ukuran yang diambil betul supaya tak de la salah pula nanti. 
Catat ukuran dulu pada kertas, lepas tu bagi pada pembantu kedai, diorang tahu la macam mana nak buat. Diorang ni lebih mahir dan dapat membantu korang untuk dapatkan kain langsir yang secukupnya.




3) Jenis Fabrik

Suasana dan pencahayaan bilik amat penting untuk diambil kira ketika hendak memilih fabrik yang sesuai. Fabrik yang tebal memberi sesebuah ruang itu kelihatan gelap jika dapat pencahayaan dari luar. Manakala, fabrik yang nipis lebih sesuai digantung di ruang tamu ataupun ruang makan kerana ruang itu memerlukan pencahayaan lebih terang.


4) Pemilihan Warna  dan Corak

Corak dan warna juga memainkan peranan yang penting bagi menentukan tarikan susun atur dekorasi. Jika korang nak bilik nampak luas dan ceria, pastikan memilih warna yang lebih cerah dan corak yang ringkas agar tidak kelihatan sarat. 



5) Jahitan dan Potongan Langsir

Langkah yang terakhir ini adalah paling penting , kalau korang tak reti nak jahit / buat langsir macam mana, korang boleh aje hantar orang upah jahit. Kalau nak belajar sendiri pun boleh, tapi jangan pula salah teknik. Macam - macam alternatif korang boleh dapatkan ilmu buat langsir. Berlambak di internet, mahupun di kedai buku.


Yaya berharap korang berpuashati tips yang yaya sediakan pasal langsir. Moga bermanfaat buat semua followers Yaya yang dihargai...dan, ada satu lagi benda penting Yaya nak bagitahu pada korang, jangan lupa untuk join Photo Contest SELFIE di Sarah Hughes @ Globe  

Hadiah menarik menanti anda di sana. Untuk join, boleh klik banner di bawah. Semoga anda adalah salah satu pemenang tersebut. goodluck !! :D





4 comments:

  1. kalau ukuran selalu bawak tali rafia..haha

    ReplyDelete
  2. Aa. Dlu mek main bedal je nk beli kain lgsir. Last last balik senteng skit. Mih mih

    ReplyDelete
  3. Thanks yaya for the tips.. Akak pon tak reti bab2 nak pilih kain langsir ni.. Hehe.

    ReplyDelete