2 September 2016

Yaya Kongsi Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan 2016 - SEHATI SEJIWA


Masa ni laungkan 'MERDEKA !!' dilaungkan. Teruskan skrol ke bawah 

31 Ogos 2016

Assalamualaikum dan apa khabar buat semua rakyat Malaysia khususnya yang menyambut Hari Kemerdekaan 2016 pada 3 hari yang lalu. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat atas limpah dan kurniaNya atas keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia ke - 59 tahun. 




Walaubagaimanapun kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya sentiasa berusaha untuk mengekalkan keamanan negara. Bukan hanya mengharap sepenuhnya pada pasukan keselamatan negara, kerana negara kita adalah tanggungjawab kita.


'Sehati Sejiwa' menjadi tema utama untuk peristiwa 31 Ogos pada tahun ini. Untuk pengetahun semua, pada malam 30 Ogos 2016 yang lalu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menumpaskan anasir yang ingin mengganggu ketenteraman negara dalam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 59 pada tahun ini. 


Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai kaum merangkumi Melayu, Cina, India dan lain-lain. Yaya rasa teruja sangat melihat mereka yang sanggup meredah jalan sesak dan juga berpusu-pusu ke Dataran Merdeka. 



'Respect' buat mereka yang sanggup menunggu detik 12 malam, ada yang sanggup berjaga menunggu di Dataran Merdeka semata-mat nak duduk di depan. Ada juga yang bangun awal pagi dari pelusuk desa dan kampung, mereka naik LRT dan turun di Bandaraya juga Masjid India. 


Gembira rasanya melihat raut muka di wajah-wajah mereka, kelihatan kebahagiaan yang mereka perolehi di negara ini. 


Siapa kata orang muda sekarang tidak berjiwa patriotisme ? Lihat contoh pemuda ini sanggup menconteng muka dan menjadikan bendera sebagai baju tema pada 31 Ogos yang lalu. Tahniah !!


Teruja yaya tengok atuk dan cucu ni. Alahai comel sangat tau mereka berdua ni. Diajak ambil gambar pun tak malu-malu, dengan muka macam bedak tumpah, macam tepung goma pun ada..hihii...apa pun mereka ni mendapat perhatian ramai tau. Ramai betul ajak mereka 'welfie' 


Sebelum menjadi meriah lagi sambutan ini, kehadiran Yaya dan Boboiboy memikat para pengunjung terutama kanak-kanak, sangat teruja melihat belon yang besar dan comel ni.


Seterusnya terdengar jeritan dan pekikan rakyat Malaysia apabila wira dan wirawati melalui hadapan mereka. Dato` Lee Chong Wei terutamanya menjadi sebutan dan kegilaan ramai rakyat Malaysia.


Yang menarik perhatian para pengunjung di sini apabila jet pejuang melintasi awan bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan pada ketika itu. Yaya pasti akan ada anak muda yang mula menanamkan cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang berjaya.



Lipan Bara

Lipan Bara, kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka.


Pelbagai dugaan dan cabaran yang Malaysia lalui, ancaman Lahad Datu mematangkan kita rakyat Malaysia agar sentiasa berjaga-jaga dan waspada. 


Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) itu mampu me­ngangkut muatan seberat sehingga dua tan serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).


Moga tertanam cita-cita anak kecil ini untuk menjadi pasukan keselamatan negara yang berjaya untuk masa akan datang. 


Anggota PDRM sentiasa dalam keadaan siap sedia mengawal keselamatan negara agar sambutan Hari Kemerdekaan berjalan lancar seperti yang dirancang.


Apa itu STAFOC ?

STAFOC adalah Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) atau terjemahannya, Special Task Force On Organised Crime (STAFOC). 


Mereka adalah pasukan Elite yang bertujuan membanteras jenayah secara mendalam dan menyeluruh. 


Stafoc yang diketuai oleh pegawai kanan berpangkat DCP dan anggotanya akan dilatih oleh dua pasukan komando polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69. Dalam keadaan tertentu, mereka boleh dikerah untuk menyelamat mangsa-mangsa culik. 




Abam-abam Stafoc PDRM sporting kena ambil gambar. Nampak bergaya, tapi penuh dengan disiplin dan sentiasa berjaga-jaga, kerana lalai sesaat, sesal seumur hidup. 



Orang lain semua nak 'wefie' dengan mereka, yaya jer tak 'wefie'. Al maklumlah kena jaga status..hihi...




Sambil diperhatikan kanak-kanak, anggota keselamatan negara memberi tabik hormat apabila orang terbesar negara ingin meninggalkan Dataran Merdeka pada hari tersebut.


Kesungguhan anggota keselematan dalam menjaga keamanan negara. Harapan agar kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan.


Untuk pengetahuan para pembaca yang dihormati, seramai 14,000 orang telah berjaya menyempurnakan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh patriotik. 


Warna-warni yang diterapkan dalam perbarisan kali ini telah berjaya menarik perhatian yaya untuk masuk kawasan larangan. Semua ni yaya buat sebab nak kongsikan pada kawan-kawan semua, tontonan semua para pembaca yang dihargai. 


Merah jambu..gittu...hihi...anak dara cun-melecun milik anak mak ayah..amboi-amboi...sopannya melihat mereka ni kan..salam penghargaan buat mereka semua yang berkerah tenaga, berkorban masa untuk turut sertai memeriahkan hari kebangsaan. Ini juga adalah salah satu usaha berjasa kepada negara. Syabas adik-adik..


Akhir sekali ringkasan ucapan yaya, 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 59' buat semua rakyat Malaysia. Moga negara kita bebas dari anasir jahat yang meruntuhkan keamanan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.

2 comments:

  1. wahhh meriah nya. baguslah kakyaya. muka2 askar n polis kak yaya tutup. nilah yang kite nak. menjaga keselamatan dan rahsia negara. mereka tu juga adalah rahsia negara

    ReplyDelete
  2. mek tgk kat tv ! semangat semunya :)

    ReplyDelete