20 September 2016

Toleransi dengan Isteri

Isteri saya kadang- kadang pergi GYM. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau, abang akan beli makanan. Saya tak bebankan dia dengan memasak setiap hari.
Isteri saya kadang- kadang pergi Jogging atau Shopping dengan kawan- kawan. Saya izinkan. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Ambil masa untuk diri sendiri. Kadangkala saya beri duit. Shoppinglah apa yang awak mahu. Kalau dia tak guna duit itu- duit tu jadi milik dia, saya tak mintak balik.
Isteri saya kadangkala nak tidur rumah mak ayah dia.Saya izinkan. Kadangkala sampai dua hari. Saya beri ruang dan masa untuk dia bersama keluarga. Saya kata jangan cepat- cepat nak balik. Jangan risau abang akan beli makanan sendiri. Saya tak nak bebankan dia.

Apabila saya nak lepak dengan kawan- kawan, saya beritahu isteri. Dia izinkan. Kalau saya lepak sebelah malam, saya akan cuba pulang awal. Kalau saya hendak lepak hingga pagi, awal- awal petang saya dah beli makanan siap- siap dan cadangkan isteri tidur rumah mak dan ayah dia.
Saya minat motor. Apabila saya hendak menyertai konvoi, isteri saya akan bersiap untuk balik rumah mertua. Konvoi biasa dua- tiga hari.
Hidup ini penuh toleransi. Kita perlu rancang supaya semua orang hidup dengan senyuman. Setiap orang mempunyai minat masing- masing.
Yang paling penting jangan mengabaikan.
Anda bagaimana?
Semua bini tak bagi?
Sebab anda sendiri tidak memberi.

facebook : Hayat Muhamad 

3 comments:

  1. mih mih mih.. tak bagi sbb tak memberi.

    ReplyDelete
  2. Hehe.. Kakak setuju dengan saudara ni.. Kalau suami tak berkira & bertoleransi dengan isteri, tak kan ada istilah queen control. Isteri pon mesti tolerate balik dgn suami.. Apa2 pon dua2 pihak kena sentiasa bertolak ansur..

    ReplyDelete
  3. Bila da kawin, toleransi no 1.
    Ada time dia. Ada time kita.
    Baru adil dan happy.

    ReplyDelete