17 October 2016

Aku bukan Cucu yang Bijak



Masa kecik pun yaa bukan anak yang pandai. Bukan cucu yang bijak. Bukan anak saudara yang cemerlang dalam matapelajaran. Tapi inilah yaa. Yaa bukan dilahirkan untuk ambil subjek Sains Fizik / Kimia / Add Math . Tapi yaa memang daa dari kecik2 lagi terserlah bakat seni yaa . . 





Bakat seni yaa terserlah masa yaa darjah 4 , yaa johan poster Merdeka . Darjah 5 pula yaa kena join Pertandingan Karaoke di SK Angkatan Tentera. Di Kem Majidee pula ikut ummi pergi bakat dan yaa masuk pertandingan karaoke. Untuk Hari Kemerdekaan pula , yaa wakil negeri Malaysian Books of Record & SK Angkatan Tentera JB juara dalam Koir. Senang cerita seni suara yaa daa dipupuk sejak sekolah rendah.


Naik tingkatan 1 , yaa join Kelab Koir di SMK Kok Lanas. Tapi tak seaktif macam kat sekolah rendah. Naik jer form 4 di SMK Seri Mahkota Pahang , yaa mula bergiat aktif semula join Kelab Koir & Teater dan banyak mewakili sekolah & negeri , hingga tercapai cita2 yaa jadi pelakon teater di Taman Budaya , Pahang. Di sana juga yaa sebagai Kostum & Tatarias . Teater Mencari Cahaya adalah permulaan.




Bila ummiayah dapat tahu bakat yaa dalam bidang - bidang seni nyanyian dan lakonan yang daa diasah waktu di alam persekolahan , ummiayah mula risau dan yaa mula kurangkan aktiviti - aktiviti tersebut. Paling - paling ummiayah perasan bakat yaa dalam nyanyian. 








Form 4 yaa mula keluar hang out dengan kengkawan. Nak keluar dengan dorang tu demand tu , nak keluar dgn anak2 pegawai j..huhu..keluar p Megamall & Kuantan Parade. Karaoke sana ramai - ramai. Kalau pergi lepak kat rumah member dulu besday party pun ada karaoke juga. So celebrate laa kami . Kawan - kawan sekola tegur dulu suara yaa macam XXXX XXXX XXXXXXXXX ... huhuhu .. entah ye ke dok ler..huhuu


Yaa mula perasan suara yaa ada macam seorang artis tanah air ni. Dier juga idola yaa. Tapi tak apalaa yaa rahsiakan. Lama - lama nanti tahulaa .. tunang yaa pun belum dengar suara live yaa karaoke .. hihi .. last karaoke tahun lepaslah. Dah setahun tinggalkan karaoke. Rindu juga karaoke , tapi tak apalaa .. korbankan sikit 😊


Ingat lagi masa yaa habis spm , kawan2 semua dapat banyak A , kawan2 ramai p masuk IPTA. parent tak bagi masuk IPTS , kos sara tinggi sana . Yaa sabar and then umur 20 tahun baru dapat UiTM & alhamdulillah 2 tahun setengah berjaya dan pakai juga jubah konvo for Diploma Art & Design


So akhir kata, yaa nak ucap tahniah buat kawan - kawan yang berkonvo pada tahun ini. Tahniah atas usaha anda yang tak pernah kenal erti putus asa. Wohooo !!!

8 comments:

  1. bestnya ada bakat menyanyi. last karaoke tahun lepas. lama tuh..

    ReplyDelete
  2. bestnya ada bakat menyanyi. last karaoke tahun lepas. lama tuh..

    ReplyDelete
  3. bijak bukan pada sekeping ijazah tapi bijak membuat keputusan dalam hidup,membawa haluan hidup menjaga diri.

    ReplyDelete
  4. wah yaya berdarah seni..bagus..

    http://yanieyusuf.com

    ReplyDelete