5 October 2016

Anak Syurga


Muhammad Nur Imaan.
Ummi dan Abi bertuah memilikimu.
Kamu adalah anak istimewa yang terpilih.
Terima kasih duhai anak kerana memberi peluang Ummi dan Abi merasa pengalaman menjadi seorang ibu dan ayah..

Terima kasih kerana berusaha menunaikan setiap impian Ummi..
Dan sehingga kini kamu masih mencuba untuk tunaikan setiap impian keluarga..
Terima kasih duhai anak kerana kehadiran mu banyak merubah dunia Ummi yang selama ini kelam..
Kekuatanmu...Ketabahanmu..
Menghadapi dugaan yang diberi tanpa pernah mengenal erti mengalah.
Bertahanlah duhai anak selagi terdaya.
Terus melangkah mencuba untuk belajar hidup didunia ini dengan penuh kepayahan..



Muhammad Nur Imaan.
Andainya kamu sudah letih berlari...Sudah letih mencuba..
Berehat lah duhai anak..BEREHATLAH..
Tidurlah dengan lena...
Usah kau risaukan Ummi dan Abi disini..
Kami sudah secukupnya berterima kasih kepadamu.
Kami redha dengan setiap dugaan yang diberi oleh NYA.

Ummi dan Abi sayang kan kamu selamanya selagi nyawa dikandung badan.
InsyaAllah.

13 September 2016
9.53 malam

Nukilan
Hanim Zaman






5 comments: