4 October 2016

Saya Memang Seorang yang Sombong


Bercakap mengenai Saya Memang Seorang yang Sombong , yaya rasa ianya adalah sangat benar. Bagaimanapun rupa, bentuk, penampilan atau cara seseorang wanita itu memang menjadi lumrah , seringkali dikaitkan dengan perkataan "Sombong". Yaya juga akui persepsi tersebut. 

Contoh awal yang kita boleh kaitkan di sini adalah, jika datangnya seseorang lelaki yang ingin berkenalan dengan wanita, ada juga wanita yang susah untuk didekati. Balas mesej pun susah, kalau balas mesej pun sepatah, sepatah.

Ini bukan soal perasan atau apa, cuma harus diingat, wanita punyai maruah yang harus dijaga. Tidak dijaga rapi akan menjadi fitnah. 


Jika wanita yang masih membujang macam itu layanannya, apatahlagi bagi wanita yang sudahpun mendirikan rumahtangga. Jika haram mengganggu tunangan orang, apatahlagi mengganggu isteri orang lagilah haram namanya. 

Jadi, berpada - padalah bergurau ataupun bersembang dengan wanita - wanita di luar sana. Tidak semua wanita selesa dengan layanan dari sesetengah lelaki. Perlu ada batasannya. Jika wanita itu tidak membalas respon anda, ataupun hanya endah tak endah sahaja caranya pada anda, anda dinasihatkan untuk hentikan layanan yang kurang selesa itu. 

Yaya juga akui yang yaya tidak selesa dengan sesetengah layanan / cara bercakap dari seseorang lelaki. Nak tegur nanti salah tafsir pula. Sebab kadang kala fikiran wanita tidak sama dengan lelaki. 

Harap agar perkongsian yaya ni bermanfaat buat para pembaca. Jika ada yang terguris hati, harap dimaafkan. 

sekian ^-^

3 comments:

  1. Sombong penting jugak tp brpada pada. Kadang ade ajmabi dtg pada kt dgn niat yg baik :)

    ReplyDelete