26 November 2016

Mari Menziarahi Taman Syurga


Semua ujian ini ada hikmahnya, di antara hikmah tersebut adalah sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:  Tidaklah sesuatu menimpa seorang Muslim daripada kelemahan, wabak, kebingungan, kesedihan, sakit, kesusahan sehinggalah kepada duri yang menusuknya, melainkan Allah menghapuskan dengan (itu semua) kesalahannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5210/5641] Apabila salah seorang daripada kita jatuh sakit, baik ibu bapa, saudara mara, sahabat handai, guru-guru, pensyarah dan lain-lain, Islam menganjurkan kita untuk menziarahinya. Anjuran ini bukan sekadar suruhan ringan, namun merupakan tanggungjawab di antara seorang Muslim kepada Muslim yang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menegaskan: Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim ada enam perkara (iaitu): (1) Apabila kamu bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Apabila dia mengundangmu,  penuhilah undangannya. (3) Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia. (6) Dan apabila dia meninggalkan dunia, ikutilah (jenazahnya). [Shahih Muslim, no: 4023/2162]
 
Keutamaan Ziarah
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman pada Hari Kiamat kelak: “Wahai anak Adam (yakni manusia)! Aku sakit, mengapa kamu tidak menziarahi Aku?” Anak Adam menjawab: “Wahai Rabbku, bagaimana menziarahi  Engkau padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Allah menjawab: “Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-Ku si Fulan sakit tetapi kamu tidak menziarahinya? Apakah kamu tidak tahu, seandainya kamu ziarahi dia  nescaya kamu akan mendapati Aku di sisinya?”“Wahai anak Adam! Aku meminta makan kepadamu, mengapa kamu tidak memberi Aku makan?” Anak Adam menjawab: “Wahai Rabbku, bagaimana mungkin aku memberi engkau makan padahal Engkau Tuhan semesta alam? Allah  menjawab: “Apakah kamu tidak tahu, bahawa hamba-Ku si Fulan meminta makan kepadamu tetapi kamu tidak memberinya makan. Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu memberinya makan nescaya kamu  akan mendapati Aku di sisinya?” “Wahai anak Adam! Aku meminta minum kepadamu,mengapa kamu tidak memberi- Ku minum?”Anak Adam menjawab:“Wahai Rabbku, bagaimana mungkin aku memberi  Engkau minum padahal Engkau Tuhan semesta alam?” Allah menjawab: “Hamba-Ku si Fulan meminta minum kepadamu tetapi kamu tidak memberinya minum. Seandainya kamu memberinya minum, nescaya kamu akan mendapati Aku di sisinya”. [Shahih Muslim, no: 4661/2569]  Hadis ini adalah satu perumpamaan. Ia tidaklah bererti Allah Subhanahu waTa’ala sakit, makan dan minum. Maha suci Allah  dari semua itu. Namun, ia bererti pengetahuan Allah khusus bersama orang-orang yang sakit dan orangorang  miskin yang meminta-minta makanan serta minuman.  Allah memerhatikan siapa yang datang berziarah manamana hamba-Nya yang sakit dan siapa yang tidak datang berziarah. Allah m emerhatikan siapa yang membantu mana-mana hamba-Nya yang dalam kesusahan dan siapa yang tidak membantu. Meskipun ia satu perumpamaan, hadis ini menerangkan betapa penting dan utama menziarahi orang sakit  dan membantu orang yang berada dalam kesusahan. Sebegitu penting sehingga ia akan menjadi di antara soalan yang akan Allah Subhanahu waTa’ala ajukan kepada kita pada Hari Akhirat kelak. Mana-mana Muslim yang bijak akan segera berusaha untuk menyediakan  jawapan yang terbaik.
 
Taman-Taman Syurga
Menziarahi orang sakit memiliki keutamaan yang lain, iaitu ia umpama menziarahi taman syurga dan memetik buahbuahannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan hakikat ini: Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka (ketika ziarah itu) dia senantiasa  berada dalam sebuah taman syurga sehinggalah dia pulang.” [ShahihMuslim, no: 4657/2568] Pada ketika yang lain baginda menjelaskan:“Apabila seorang  Muslim menziarahi orang sakit, maka dia senantiasa berada dalam sebuah taman syurga.”Seseorangbertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah taman syurga itu?” Baginda menjawab: “Taman itu penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya.”  [Shahih Muslim, no: 4660/2568] Demikianlah kepentingan dan keutamaan menziarahi orang sakit. Menziarahi orang sakit kan memberi manfaat kepada pesakit dan penziarah. Pesakit menjadi gembira dengan kehadiran penziarah serta doa dan katakata  baik mereka. Penziarah pula mendapat keutamaan seperti mana hadis-hadis di atas. Pun begitu, bagi mendapatkankeutamaan tersebut penziarah perlu terlebih dahulu mengetahui dan mempraktikkan adab-adab ziarah orang sakit. Adab-adab ini akan saya kongsikan dalam kolum  akan datang. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment