22 December 2016

Pesawat TUDM: Suasana pilu selubungi hospital


BUTTERWORTH - Suasana sedih menyelubungi sekitar bilik forensik Hospital Seberang Jaya malam tadi.

Bapa saudara kepada juruterbang Tentera Diraja Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar C Kayamboo,  A Bijeikumaran, 58, berkata mereka sekeluarga berhasrat untuk membuat kejutan kepada mendiang sempena sambutan hari lahirnya malam ini.

"Saya difahamkan hari lahir mendiang hari ini, isterinya beritahu kepada saya yang  tidak sabar menunggu Kayamboo pulang untuk menyambut hari lahirnya malam ini," katanya.
Mangsa difahamkan bertugas di Kem TUDM di Kepala Batas, Kedah manakala isteri dan anak-anaknya menetap di Sri Nibong, Georgetown. - SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment