BAGHDAD 4 Jan. - Empat terbunuh apabila sebuah helikopter tentera Iraq terhempas di selatan Mosul, kata pihak berkuasa keselamatan negara itu , semalam.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, mereka mendakwa, nahas itu berpunca daripada masalah teknikal.
“Mereka yang terbunuh terdiri daripada dua juruterbang dan dua juruteknik,” kata seorang kapten penerbangan Iraq yang memberitahu, helikopter tersebut jenis Mi-35 buatan Rusia. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment