28 January 2017

HORRORMANTIC


Horrormantic adalah gabungan dari perkataan Horror + Romantic . Buat pertama kalinya yaya photoshoot tema ni. Tema yang diilhamkan oleh yaya sendiri yang ingin membawa kelainan sedikit. Walaupun yaya tahu ada antara rakan - rakan yang lebih tua dari yaya akan membawakan tema ini bersama, tapi yaya amat pasti dan yakin yang dorang mampu lakukan yang terbaik.


Pada mulanya agak sukar untuk terangkan pada rakan - rakan yang lain apa itu HORRORMANTIC ni. Tapi berdasarkan pengalaman yaya yang pernah mengikuti shooting teater yang bertemakan seram dan romantik, yaya pasti akan dapat laksanakan program ini dengan baik. Tengok , tahap keyakinan yaya terlalu tinggi rasanya pulak kan...huhuu...


Sebenarnya tema yang dibawakan oleh kami adalah agak menyeramkan. Oleh kerana kawasan yang kami jadikan sebagai penggambaran nanti adalah kawasan yang agak menyeramkan, kami telah membuat beberapa perancangan sebelum ke sana. 

Jadi, setelah beberapa perancangan dilakukan, kami mengambil keputusan untuk ubah sedikit gaya dan cara penampilan kami nanti. Tapi tema yang kami bawakan tetap dengan tema "HORRORMANTIC" . 

Pemilihan warna pakaian adalah warna hitam, merah dan putih. Manakala antara keperluan lain atau aksesori adalah seperti bunga berwarna merah/hitam/putih, topeng horrormantic, tongkat sakti, topi, payung dan lain-lain keperluan. 


Jangan tertipu dengan warna di atas yer..actually baju yaya ni bukanlah warna yang sebenar. Warna sebenar baju yaya adalah (rahsia). Kain yang digunakan adalah kain baldu dan berbulu. Amat selesa dan ngam dipakai. Sesuai untuk yaya yang berbadan kecil. 

Esok yaya akan ke Gunung Lambak, Kluang, Johor Darul Takzim untuk melakukan sesi penggambaran di sana. So jangan lupa saksikan "LIVE UPDATE" di facebook dan juga instagram yaya okey...!!

Stay tuned

6 comments:

  1. Its nice dress, good luck semoga perjalanan dan acaranya lancar. Salam kenal lagi

    ReplyDelete
  2. ya kenapa tak pakai baju hitam tu..cun gak..

    ReplyDelete
  3. hi, saya datang singgah follow sini :)
    salam kenal..

    ReplyDelete
  4. Haii kenit! hehehe

    http://www.uyulrosli.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum yaya...fuyooo menariknya...:)

    ReplyDelete