7 January 2017

Ini Sebab-Sebab Kenapa Muka Suami Dan Isteri Seakan-Akan sama

Pernah dengar tak orang cakap kalau muka suami dan isteri seakan-akan serupa itu tandanya ada jodoh dan kekal lama?


Persoalannya, bagaimana muka mereka boleh kelihatan seakan serupa? Nak tahu kenapa, jom kit abaca 2 sebab utama dekat bawah ni :

1)Rupa hampir sama kerana kerap bersama

Tahukah anda, pasangan suami isteri yang kerap bersama akan menjadikan  muka mereka mirip sama. Kajian mengatakan kejadian ini terjadi disebabkan mereka sudah menyatu bersama. Setiap pasangan akan mempengaruhi antara satu sama lain dan persamaan baik yang ada antara pasangan akan membuatkan wajah mereka juga kelihatan semakin mirip.

2) Dari awal anda sudah mencari pasangan yang wajah mirip dengan anda

Betul atau tidak, mencari pasangan semestinya anda akan lihat pada persamaan serta keserasian anda bersama? Selain itu,wajah serta penampilan juga memainkan peranan penting  dan kebiasannya anda akan tertarik kepada seseorang yang hampi sama dengan personaliti kita.

3)Emosi mengubah karakter wajah?

Menurut kajian Robert Zajonc, manusia akan menunjukkan emosi dan reaksi  yang sesuai dengan pasangannya.  Menerusi pakar psikologi sosial ini, otot-oto pada wajah akan berubah mengikut emosi yang dilontarkan.

3 comments:

  1. Waaah camni jodoh Yaya pon akan pnjang berkekalan lah. Amin !!!

    ReplyDelete
  2. Hehehe tula.. ena lak banyak pula persamaan dengan bakal.. tp tak tahu la jodoh ke bukan

    ReplyDelete