3 July 2014

Artis Wanita Malaysia Yang Sudah Berhijab

Alhamdulillah.... Sejak kebelakangan ini, semakin ramai artis wanita Malaysia yang telah melakukan penghijrahan dan mengenakan hijab. Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula ada bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah. 

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah sejati. 

Sama-sama kita ucapkan syabas kepada semua selebriti yang telah berani melakukan penghijrahan ini demi kebaikan diri. Mudah-mudahan apa yang mereka lakukan akan terus dirahmati Allah serta turut membuka pintu hati orang lain untuk mengikut jejak langkah yang sama. 

Ini pula senarai artis wanita Malaysia yang telah berhijab:

 
Bilangan artis wanita tempatan yang sudah berhijab pula semakin hari semakin bertambah. Terbaru pelakon Puteri Sarah dan penyanyi terkenal Aliyah tampil ayu dengan gaya hijab tersendiri. Suatu perkembangan yang baik kerana gaya seksi dan free hair bukan lagi pilihan mereka untuk menempa nama sebagai selebriti Malaysia. Malah peminat-peminat indusrti hiburan pula memberi sokongan seratus peratus terhadap perubahan mereka. Kini ramai wanita muslim di Malaysia juga boleh dikatakan sudah memilih berhijab kerana kesedaran tentang Hijab dipandang serius. Alhamdulillah.... 

 
Pelakon Puteri Sarah Liyana

Penyanyi Aliyah

Penghibur No. 1 Malaysia Dato' Sti Nurhaliza
Sebelum ini Dato' Siti tampil dengan gaya hijab tutup sebahagian rambut je, tapi kini beliau sudah mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

Pelakon dan penyanyi Haleeda

Pelakon Noorkhiriah


Pelakon Ayu Raudhah juga isteri pemain bola sepak kebangsaan  Zaquan Adha
Penyanyi tersohor Malaysia Shila Amzah
Berhijab bukan penghalang untuk bergelar penyanyi, malah rezekinya makin masyuk.
Sebaik sahaja berhijab Shila Amzah menyertai pertandingn nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China dan berjaya bergelar Juara. Syabas!!! 
    

ALHAMDULILLAH TAHNIAH NEELOFA KINI BERTUDUNG

Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung 

Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung

Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung. Pasti ramai peminat yang gembira apabila artis kesayangan mereka iaitu Neelofa telah mula bertudung. Sudah pasti sejuk mata memandang seraut wajah manis yang sentiasa menghiasi kaca televisyen kini bertudung penuh manis.
Kehadiran Ramadan berjaya membuka hati pelakon Neelofa untuk berubah selepas dia memilih untuk memakai tudung. Pengurus kepada pelakon itu, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, Neelofa, 25, membuat keputusan berkenaan pada Selasa dan langkah itu adalah satu perubahan positif buat dirinya. Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung.

Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung

Alhamdulillah Tahniah Neelofa Kini Bertudung 

 Emma Maembong Bakal BERTUDUNG Ikut Jejak Neelofa? 

 

Berita penghijrahan Neelofa mendapat perhatian ramai dua tiga hari ini dan nampaknya akan ada selebriti yang mengikut jejak pelakon dan pengacara popular itu untuk bertudung penuh — Emma Maembong memberikan gambaran awal niat murninya itu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Emma Maembong memberitahu beliau selesa memakai tudung dan berniat untuk bertudung penuh dalam masa terdekat.
“Dalam waktu terdekat. Saya tidak menolak sudah mempunyai niat tersebut, ia akan terlaksana tidak lama lagi. Jujur saya katakan selesa bertudung, tetapi buat masa ini saya tidak mahu umum apa-apa lagi,“ kata Emma Maembong hari ini.
Akhir-akhir ini, Emma sering dilihat mengenakan tudung dalam paparan imej di laman sosial dan ia mendapat pujian hebat daripada kalangan peminatnya. Malah, khabarnya kekasih Emma yang juga artis terkenal, Zizan Razak turut menyokong hasrat Emma untuk menutup aurat selepas ini.
Namun menurut Emma Maembong lagi, beliau tidak mahu niat baiknya disalah anggap dan lebih senang sekiranya perubahannya berlaku secara semulajadi, ikhlas dari hatinya.
 

Kini ramai artis wanita bertudung, ikuti luahan dan pengalaman di antara mereka yang telah berubah ke arah kebaikkan

1. Catriona Ross
Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu,katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham, kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.
Artis berubah
2. Irma Hasmie
“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia selepas mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Selama 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.
3. Abby Abadi
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya.
Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu. Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
4. Diana Amir
“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka.”
  

3 comments:

  1. Cantik sangat kalau mereka dah berhijab sebab mereka sememangnya dah cantik. Alhamdulillah, semoga mereka terus menerus untuk berhijab

    ReplyDelete