21 July 2014

@ UiTM DALAM KENANGAN ^_^


Assalamualaikum W.B.T
Petang ni, Yaya nak kongsikan dengan semua...semua??tu pun kalau ingatlah...ingat - ingat lupa....hahaha.... tentang kenangan waktu belajar yang menjadi memori terindah bagi saya selama ini. Dan saya pasti rakan - rakan yang lain pun sama. Ada kenangan masing - masing sewaktu dibangku persekolahan samada di sekolah atau pusat pengajian tinggi. 


HAAAA....TU DIAAAAA......MY FAVOURITE PLACE FOR STUDY.....HUHUHU...
THIS IS UITM MACHANG!!
budak - budak kami panggil UiTM Machangster!! haa.....amacam??ada brand??huhuhu....


Semua kenangan itu tidak mungkin akan dapat diulang kembali kerana masa lalu adalah sejarah yang tidak boleh diputarkan semula. Dan andai kata masa itu boleh diputar, akan ku putar semula agar kenangan indah itu akan dapat dinikmati semula...

Mana tak seronok masa belajar dulu. Makan sekali, pergi ke kelas sekali, buat program sekali, study group, meeting group assignment dan banyak lagi perkara yang dilakukan bersama - sama.

Lagi satu, boleh dikatakan setiap malam ada perbincangan dengan kumpulan assignment masing - masing. Kadang - kadang ada 2/3 perbincangan kumpulan yang berbeza yang perlu dihadiri dalam satu malam. Walaupun letih, lapar dan tidur lewat, tapi seronok. Makan tak menentu.....huuuu......tu yang best....hahaha.....Mungkin sebab persekitaran belajar yang menyeronokkan. Telefon bimbit memang sering menerima panggilan, mesej dan facebook juga aktif.....tapi still pen kat tangan hokey........!huhuhu.....

HA.....Yang gambar kat atas tu roomate aku waktu study dulu...teringin pula nak berkongsi cerita tentang duduk kat asrama dulu kan.....huhuhu.....






ni hostel di mana tempat tinggal aku waktu aku study kat UiTM Machang dulu.... pernah jugaklah sewa rumah kat luar... tapi sekejap jer... tak sampai pun 2 bulan....huhuhuhu....aku rasa tinggal kat asrama lagi better lah.....ada pengawal kat luar yang boleh jaga kita macam anak raja beb...ahaha.......then ada dining dan kafeteria yang sering dijadikan tempat berdating lah terutamanya....aku ke tu??? ahaha....
apa aku nak start cerita ea pasal berebut nak tinggil di asrama....??haa....macam ni ceritanya....biasalah....dah jadi senior kan...., nak duduk kat asrama pun da tak dapat....sooo.., kenalah fight habis - habisan dengan pengetua asrama tu...apa nama? En. Azmi ...ingat lagi beb nama pengetua asrama aku..da macam bapa angkat kami kat uitm tu..uhuhuu.... pernah jugaklah waktu part 4, aku and the geng dorm lebih kurang dalam dekat 12 orang jugaklah ...nak fight nak duduk kat dorm lagi.., kami ambil keputusan untuk balik uitm awal ..,orang lain lagi 5 hari da nak masuk asrama..kami da standby awal lagi kat asrama...ahaha.....
berpusu - pusu kami datang dari arah yang berlainan, ada yang datangnya dari utara , timur, barat, dan selatan....selatan tu aku lah tu...huhu.....bila dah sampai di uitm, kami terus menuju ke dorm lama kami yang ketika itu fasilitator untuk mengendalikan Minggu Mesra Siswa (MMS) untuk junior2 tinggal....sedih jugaklah tak lama dalam lebih kurang 2 jam, kami diminta keluar dari dorm....huuu.....terpaksalah tidur merempat di surau...., tapi akal cerdik aku ni masih tercari - cari tempat tempat tidur yang selesa..., aku pergi ke setiap blok - blok yang lain, hajat nak tengok bilik yang kosong....alhamdulillah...,ada jugak....hihihi.....aku pun panggillah kawan - kawan ajak tidur kat bilik kosong tu ramai - ramai.......alhamdulillah....
keesokkan harinya, kami ke pejabat pengetua asrama..., kami fight, fight, fight and fight!!! and finally.....
Dapat Asrama......
yeahhh..... !!!

tapi......bila terkenangkan kembali arwah rakan - rakan seperjuangan yang telah pergi meninggalkan kami ...tidak sempat untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir..., kami terasa kehilangan......

4 Pelajar Uitm Machang Mati Kemalangan Kereta Melanggar Lori


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak sampai seminggu seorang pelajar Uitm Machang maut akibat lemas di Jeram Linang (LINK), kini giliran dua orang lagi pelajar Uitm Machang mati akibat kemalangan jalan raya di Kelantan. Kemalangan maut ini berlaku apabila kereta yang dipandu oleh pelajar Uitm Machang ni telah melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan-u di satu jalan yang agak gelap. Pihak universiti kampus Uitm Machang perlu buat sesuatu. Kehilangan 5 orang pelajar dalam tempoh masa seminggu bukan satu kes tempatan yang kecil. Perincian berita kemalangan maut jalan raya yang melibatkan pelajar Uitm Machang ni ada di bawah. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa-mangsa. Al-fatihah. P/S: Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Semua orang tidak mahu mati tapi lumrah alam yang dicipta oleh Allah, setiap yang hidup pasti mati. Paling penting, apa bekalan dan amalan yang kita akan bawa untuk dunia selepas mati. Sudah cukupkah?
Gambar sebenar: Anggota bomba dan penyelamat Machang mengeluarkan empat mayat pelajar UiTM dan seorang yang cedera parah dalam nahas, semalam.
Gambar hiasan: Kemalangan yang melibatkan kereta dan lori selalunya mengundang kematian
MACHANG: Hasrat lima penuntut untuk melepaskan tekanan selepas tamat peperiksaan bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di KM4.2 Jalan Machang-Pasir Puteh hari ini, mengakibatkan empat daripada mereka maut.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat, Johor dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang, Johor, mati di tempat kejadian.
Manakala Mohd Faizuddin Jamil, 19, dan Sazuan Rosli, 19, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Malek Bedut, berkata kesemua penuntut berusia 19 tahun itu adalah penuntut tahun dua dan tiga jurusan seni reka tangan halus di Universiti Teknologi Mara kampus Machang.
“Mereka yang terkorban ialah Mohd Shamil Malik, dari Batu Pahat dan Mohd Rizal Mohd Zain, dari Kluang. Mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan anggota badan,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, mangsa yang cedera parah, Mohd Faizuddin Jamil dan Sazuan Rosli, dari Pekan, Pahang, dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian selepas menerima rawatan di Hospital Machang.
Malek berkata, Haziz Jailani dari Batu Pahat, diberi rawatan pesakit luar di Hospital Machang.
Difahamkan, lori berkenaan cuba membuat pusingan-U sebelum kemalangan itu berlaku dalam keadaan gelap.
Seorang rakan kumpulan penuntut itu, Mohd Fakaruddin Mahyi, 19, memberitahu pemberita mereka baru tamat peperiksaan dan ingin melepaskan tekanan peperiksaan di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Mohd Fakaruddin berkata, pada mulanya dia bercadang mengikuti rombongan itu tetapi membatalkannya kerana kereta telah penuh. – BERNAMA
          sumber 

2 pelajar UiTM Kelantan maut kemalangan

MACHANG - Dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan maut dalam kemalangan di Kilometer 27.1 di sini,  petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa Muhammad Syarafi Kamarul Shukri dan Nor Fazreen Che Yusof dalam perjalanan dari Kota Bharu ke kampus.

Kereta yang dinaiki bersama dua rakan terbabas dan melanggar pokok di Kampung Merbau Chondong kira-kira jam 5 petang.
sumber

~ AL - FATIHAH ~

OK..............


gambar yang kat atas dan yang kat bawah ni adalah kenangan kami last semester makan beramai - ramai di chalet ape tah aku pun dah lupa....ahaha....




kami gila - gila punya student!





2 comments:

  1. seriously....lawak giler citer kt ats tuh....btw.,,takziah buat kwn2 yaya....yee....

    ReplyDelete