Showing posts with label Tentang Yaya. Show all posts
Showing posts with label Tentang Yaya. Show all posts

23 September 2015

REVIEW : TELUR PINDANG NORDIN TERKENAL DI JOHOR !!




Assalamualaikum & selamat pagi semua....mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan . Xpeee....nanti lama - lama pandailah. Orang kata, belum cuba belum tahu...so...mesti merasa jugak kalau tak tahu apa rasa makan telur pindang ni. heheee....


Displaying 12043038_924263210980331_7708292082715656943_n.jpg



Sejarah Nordin Telur Pindang Entreprise

Pagi ni yaya suka nak ceritakan sejarah perniagaan keluarga yaya yang dah beroperasi masuk 9 tahun. Ceritanya begini, waktu tu yaya tingkatan 5 dan baru berpindah dari Kuantan, ke Johor semula pada tahun 2007 dan ketika itu ayah yaya dalam proses nak bersara tentera. Ayah juga telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan keluarga dan terfikir - fikir apakah perniagaan yang jarang orang lain buat. Ada juga saudara - mara dan kawan - kawan ayah nak ajak buat 'business partner' buat kontraktor lah, restoran lah, malah juga 'offer' ayah join RELA . Tapi ayah hanya selesa untuk buat bisnes sendirian dan keluarga turut sama bantu - membantu. Di samping itu juga, dapatlah ayah selalu bersama - sama kami sepanjang masa...setiap hari di samping kami...sebab kalau macam sebelum ni, ketika ayah bertugas sebagai seorang anggota tentera, ayah selalu pergi 'outstation' ikut latihan perang dan sebagainya. Jadi, waktu bersama kami sekeluarga bersama ayah amatlah jarang...sampai ummi yaya kadang - kadang tu menangis rindu dekat ayah...romantik kan...?? hihii....

Ada suatu ketika, ketika pulang ke kampung di Ayer Hitam...borak panjanglah ayah dengan ummi, dengan maktok dan tok abah, pasal nak bukak bisnes apa ehh...?? Akhir sekali dengan cadangan tok abah, telur pindang jugaklaaa pilihan hati orang tua yaya...haaa...

Untuk permulaan, kami hanya letak telur pindang di kedai makan dan restoran untuk cuba dapatkan pasaran kecil - kecilan. Apabila sudah stabil sedikit dan orang telah mula mengenali perniagaan kami, atas permintaan orang ramai, kami mendapat tempahan telur pindang bagi majlis dan juga kenduri. Maka dengan itu, terciptalah nama 'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' yang berlesen !!


Displaying 11035691_487779468052907_4581071626574003073_n.jpg



Apa itu Telur Pindang ? 

Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok. Dek kerana itu, telur pindang telah menjadi bekalan perjalanan para pegadang pada zaman dahulu kala. 

Permintaan'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise ini diperkembangkan lagi dengan warisan Johor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa para pelanggan. 

'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak bagi tujuan tertentu sejak 8 tahun yang lalu. Telur pindang juga bukan sahaja sekadar menjadi Buah Tangan Tetamu, malah ianya juga sesuai menjadi Penyediaan Makanan dalam sesebuah Kenduri Perkahwinan, Cukur Jambul, Majlis Formal, mahupun Tidak Formal, dan sebagainya kerana penyediaan makanan telur pindang ini adalah menyeluruh.

Menariknya di sini, telur pindang keluarga kami bukan sahaja dikenali ramai di Johor, malah potensi kami sudahpun memasuki ke Singapura yang berkembang masih terbuka luas. Setiap minggu kami mendapat tempahan daripada orang Singapura yang singgah ke tempat kami untuk mengambil telur pindang hasil dari kami sendiri.

Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.


'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' di Media


1) Majalah Aroma


Displaying 11900064_415838078605718_7031072278473966492_n.jpg


Pertama sekali yaya nak ucapkan terima kasih kepada kak Azura Rahman yang sudi menemu ramah perniagaan kami untuk dipaparkan ke dalam majalah Aroma pada September 2015 . 

Displaying 11913903_1702746529946427_5936595196327246904_n.jpg

Displaying 11960262_415838075272385_9192525699341755337_n.jpg





Blogger Bella Idura turut teruja pada telur pindang keluarga kami ketika majlis persandingan blogger terkenal Hanis Zalikha, sampai dia 'up' entry untuk kami. hihii...tenkayu kak Bell...heheee....

 





Terbaru abg Najeeb yang selalu bagi pesanan dan nasihat pada yaya juga turut teruja bila yaya bagi telur pindang ni pada dia.. :) 




Sebagai penutup kata entry ini, yaya wakil keluarga Nordin dan Roszaina mengucapkan ribuan terima kasih buat para pelanggan kami yang setia bersama kami dari pembukaan empayar kami berbisnes, hinggalah sekarang..termasuklah yang baru mengenali perniagaan ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga terus selesa dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Doakan semoga empayar ini terus kekal tanpa berpenghujung. In shaa Allah ...


Untuk tempahan terus,

Blog : 

NORDIN TELUR PINDANG ASLI ENTREPRISE



Facebook :




Nordin      :  0137246472

Roszaina  : 0136209318 (Whatsup)






TELUR PINDANG.... CANTIK WARNANYA....
ISINYA COKLAT..BEGITU JUGA
TENGAHNYA ...DALAM MAJLIS KAHWIN...JADI
HADIAHNYA...RASANYA ENAK..DARI JOHOR
ASALNYA....



30 July 2015

PC KENA HACK !


Aku tak tahulah kenapa tiap hari tukar gambar aku dekat pc ni. Apa motif eh? adoilaaa....apa - apa pun aku tahu korang suka usik aku. Huh...

Hai apa khabar? Hari ni mood nak update timbul sikit lepas dapat makan banyak semalam. Terima kasih geng hantar makanan dekat tingkat atas di pejabat kitorang dan kami menghargainya. Okay, kalau tengok dekat desktop tu dokumen bersepah sedikit, alahai....minggu ni bertalu - talu jamuan raya di Kementerian Sumber Manusia ni dan syukur ...... sangat - sangat dapat makan secara percuma. Dah lah kafeteria di Kompleks D, Putrajaya ni tutup sebab dah habis kontrak, memang Yaya dan geng tunggu je dipanggil untuk dapat makan secara percuma tu. kikikikii....

Sekarang ni Yaya tengah berusaha kumpul dana untuk beli sebuah 'netbook', doakanlah tau bulan depan dapatlah sebuah 'netbook'( kalaulah laptop tak rosak ) :'( 




Haa.....ini adalah salah seorang pelanggan Yaya yang alalalalaaa comelnyaaa......yang mana satu? yang sebelah kiri tu maknya dan kanan tu lah pelanggan Yaya... :) cantik tak veil dia pakai tu? harap korang jawab "YA" ....hihihiii.....

okey, rasanya korang tahu dah Yaya sedia untuk menerima tempahan fesyen jahitan manik. Nanti hubungi Yaya tau. okey....terima kasih & muahciked!

Salam Sayang,

Yaya Cendana

24 July 2015

Sesat Balik Pejabat, Spider Solitaire Pun Tak Dapat




Hi! Sangat bersyukur sangat sangat sebab korang, aku dapat makan makanan cina dan halal pulak tu. 

Kami 'Lone Ranger' yang datangnya dari pelbagai pelusuk negeri dan kawasan hinggalah kami bertemu di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Terdiri dari pelbagai keturunan dan umur, status dan warna kulit.  

Ini pasal Yaya dah lama ajak makan sama dari bulan Ramadhan lagi dan syukur betul dapat jumpa depa ni dan sebelum ni asyik entah merepek cakap nya dalam 'whatsapp group'. Semalam tangan tengah syok main permainan Spider Solitaire lawan dengan rakan sepejabat, Ilmi dan Rezuwan dan entah kenapa si Nadiah ni duk buat panggilan ke Yaya pulak....kacau betul...haishh.....setahu Yaya lah kan dah lama dah kami nak buat perjumpaan ramai - ramai ni dan Yaya tunggu dari waktu buka puasa lagi tapi tak.....dapat - dapat...huhh....tak puas hati betullll....tapi tapii...tak menyesal pergi kedai makan cina muslim semalam. Tak sangka betul, sampai ke Cyberjaya kan kita reunion...dan tak boleh blah sekali, kami sesat nak balik ke pejabat semula, terpaksa cover dengan staf - staf yang lain....huhh....


Nasi ayam cina RM8 . 45 sen ( termasuk cas GST ) + air strawbery free tak payah bayaq. 
Menu di Restoran Cina Muslim di Salam Noodle , Cyberjaya pilihan Jalan-Jalan Cari Makan dan jadi pilihan kami juga.

Nak ambil air ni kena beratur ikut giliran, jangan potong orang lain tau.Nanti orang marah.,haip happ....

Memang best makan dekat sini terasa macam makan dekat Hong Kong dalam filem Jackie Chan, meja sampai tiga guna. Tengok nasi ayam dia masak fuuhhh sedaappp dan rasa nasi ayam dia jauh beza dengan nasi ayam orang melayu masak , kuah dia pekat dan bila sampai ke tekak buat Yaya lah orang paling lambat makan antara ramai - ramai ni. 

Sesekali pilih menu makanan ada tulisan Bahasa Cina dan terjemahan Bahasa Melayu ni rasa macam Eh! 1 Malaysia! Bangga jadi anak Malaysia yang punya pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya. 

Harapan Yaya agar Malaysia teruskan keamanan yang bakal kita kecapi pada 31 Ogos bulan hadapan.

Kan senang jadi blogger yang suka makan ni! Banyak lagi info dekat https://www.facebook.com/yayacendanaofficial 




















5 July 2015

Why Yaya Cendana ?

Hi 

Mana - mana pergi makin ramai yang tuju soalan "kenapa Yaya Cendana" eh? Ada juga ketika personal message bersama rakan - rakan media jadi tertanya - tanya. Huuuhuuu....inilah yang jadi tanda tanya kat korang selama ni kan? Tak kiralah di facebook ke, instagram ke, blog ke kan? Ada banyak sebab. Rilex!





I`sm officially graduted! Yeay! 
Gambar ni tahun lepas dan nama Yaya Cendana dah mula berada dalam laman - laman sosial termasuk di Facebook


Serius kali ni Yaya baru nak jawab terbuka di laman sosial. Hahahaa...janji okey jangan gelak ke, touching ke bila aku beritahu ni okey! Janji?? Actually berlaku ketika aku menjadi seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di MachangKelantan dulu. Waktu tu Yaya berada di semester 1 pada tahun 2010 ambil jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka ( Tekstil ). Idea cendana ni timbul waktu Yaya buat kajian tekstil waktu dalam hostel. Bila dah datang bosan nak study mulalah Yaya godek - godek internet dan entah tiba - tiba datang dalam kepala nak taip " Sayang Cendana " . Okey, drama bersiri ni memang Yaya minat sebab Juliana Evans ni cute and rilex bila senyum ke buat muka biasa ke still rilex jer. Jalan cerita Sayang Cendana ni pun jangan cakaplah best weyhh best weyhh. Balik sekolah jer dulu lepas tuisyen Yaya memang bukalah TV3 jam 4.30 petang tengok dengan ummi Yaya. 


Ceritanya banner di atas Yaya buat cover photo di Facebook pada tahun lepas ketika Yaya bekerja sekejap di sebuah butik di Johor iaitu Irish Lavender Boutique Exclusive yang menerima tempahan jahitan pelbagai rekaan fesyen bagi pakaian wanita dan beading. Termasuklah Yaya yang menjadi seorang tailor...hihihii....


Wujudnya gelaran Yaya Cendana ni buat pertama kalinya di akaun MySpace dan Facebook pada tahun 2010 tapi lepas tu Yaya deleted dah akaun tu sebab bekas pakwe tak bagi buat MySpace dengan Facebook. Huhh....terasa terkongkong di situ...dua tahun juga Yaya takda akaun laman sosial ni tahu tak, kalau nak guna pun akan guna facebook ayah jer.huhh....sabar jelaa....

Dua tahun lepas tu pada tahun 2012 di mana tahap kemuncak hubungan Yaya dan bekas teman lelaki mulai retak sehinggalah ke awal tahun 2013, maka berakhirlah hubungan kami. Ada yang nak tanya kenapa putus? Okeyy...sebab...atas dasar keluarga dan LELAKI JANGAN JADI CURANG nak bercinta ramai - ramai lepas tu pening tak reti buat pilihan atau sekadar suka - suka...lepas tu seorang demi seorang perempuan yang dengan you bercinta tu cari I ...huhh...Ni cerita tanpa ada rasa perasaan sedih okey! So korang tak payah nak touching sangat dengan cerita aku ni. Aku nak bagi jawapan secara terbuka dengan tajuk kat atas tu. hihiii....



Kalau ada yang perasan gambar ni Yaya pernah buat header untuk blog Yaya dan sekarang header tahun ini Yaya convert pada gambar di bawah 



Awal tahun 2013 Yaya dah mula meletakkan nama Yaya Cendana bermula di Facebook dan Twitter seterusnya Yaya buat akaun gmail dan nak buat semula blog Yaya. Dulu waktu tahun 2008 Yaya dah mula blogging tapi yelah zaman muda lepas SPM kan, so faham jelah...entah hape-hape mengarut kat blog ada kolam ikan, kalender bagai...serrrrr.....sekarang tak tahu lah ada lagi ke tidak akaun blog tu. Pada pertengahan tahun 2014 nama yayacendana Yaya berjaya wujudkan bagi akaun Instagram. Nampak tak betapa lambatnya akaun ni wujud??huhhh....


Sekian sahaja mengenai Yaya Cendana dari Yaya. Esok jangan ketinggalan untuk beri ucapan hari lahir pada Yaya. Awal lagi kan??hahaa...ehhh apa salahnya wish awal - awal...lagi Yaya suka....okey...see yaa!! bye & muah!






3 July 2015

Kad Raya GA by Nina

Hari ini kerja Yaya join GA, GA dan GA...huuurreyyy......join jom GA Nina . Minal Aidil Wal Faizin Nina :)

Salam Readers..

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, Nina dengan sukacitanya ingin mengadakan Giveaway buat rakan-rakan blogger yang dikasihi, dihormati dan disayangi. Harap sudi join ya :)

*kalau tak boleh copy, highlight semua dan tekan ctrl C 

Syarat-syarat :

1. Follow blog Nina

2. Untuk Team BU .. Sila letakkan hashtag #BloggerUtara (peserta lain dari utara boleh inform ya)

3. Buat 1 entry title "Kad Raya GA by Nina"

4. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina

5. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

6. GA bersiaran dari 1 - 7 Julai 2015 (11.58 PM)


Hadiahnya :

1 Kad Raya x 15 keping


SEMOGA BERJAYA !

RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

For the first thank you Cik Purple atas kesudian tag Yaya to join this GA. Semoga berjaya dan Selamat Hari Raya and I love you :)

http://rafydahouse.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-rafydahouse.html 

tag


Bawah ini antara kata - kata RAFYDAHOUSE 
Assalamualaikum pretty ♥

Lama x buat giveaway!!! Ni actually giveaway ketiga sy :) siapa ada join GA pertama & kedua? Thanks baby sebab join. Mmuah much much love for u guys.

Sama jugak mcm GA first and second, hadiah TIDAK DISPONSOR OLEH SIAPA2. Semua hadiah2 yg korang bakal dapat (untuk pemenang ja lah) adalah from my own pocket money. Oh ada sebenarnya yg sponsor - it's me. hehehehe. Mau jugak belanjo duit raya tapi malu, jadi kita belanja baju raya je la ye :)



T&C

1. Blogger Malaysia. Mesti yg berada di Malaysia jugak.
2. Buat entry bertajuk 'RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE' 
3. Letak banner di atas tu kat entry korang & linkkan banner ke entry ini.
4. Tag 4 kawan blogger korang, pastikan kawan2 korang tu tau.
5. Follow blog sy ni & also follow instashope sy :-
sitishoppe  (It's ok if u dont have insta)
6. Publish kan entry korang yg comel tu & tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ni. 


Extra**
1. GA akan dibatalkan sekiranya peserta kurang daripada 10 org.
2. GA bermula dari 15 June sehingga 5 July 2015. Nk awal habis supaya sempat post hadiah sebelum cuti raya. 
3. Pemenang akan diumumkan pada 6 July 2015.
4. Pemenang adalah RANDOM! 2 orang pemenang akan dipilih.


Part paling best: HADIAH!!! 
GAMBAR HADIAH - CLICK SINI

- Sebarang perubahan akan di bagitau kemudian.

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi


GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Hari ni kerja Yaya pagi ni sebelum memulakan kerja, Yaya nak join beberapa contest dari blogger - blogger di laman sosial ni. Alright, actually minggu lepas lagi Cik Purple dah tag Yaya cuma masa tak dan noooo....hihihi.....ok...hari ni dah join kan??kan???hihi.....soooo wish thanks a lot to Cik Purple atas kesudian menjemput Yaya untuk join GA .
muahcikettt!! 
:)

by , 


Yaya Cendana  

Hadiah Utama
1 pemenang PENGINAPAN PERCUMA 1 MALAM DI BAYOU LAGOON RESORT MELAKA
( Tarikh penginapan pemenang sendiri tentukan dan hanya penginapan bilik sahaja ditaja )
Hadiah ke - 2
Duit Raya RM 50.00
( diberi secara topap handset atau bankin )
Hadiah ke - 3
Duit Raya RM 20.00
( diberi secara topap handset  atau bankin )

2 July 2015

GA : Ranking Komen Tertinggi Sempena Belated Birthday Yaya Cendana


Welcome to my blog to all ladies and gentlemen !  Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjadi pembaca setia di blog saya. Sebulan yang lalu, Yaya telah jalankan segmen Yaya dengan jayanya atas kesudian rakan - rakan blogger dan pembaca sekalian sama ada di blog, facebook mahupun di instagram. Buat kali keduanya, selang dua minggu yang lalu,  segmen Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana juga telah berjaya mendapat sambutan di laman sosial. Terima kasih dan tepukan kejayaan buat rakan - rakan yang menyertai. Yaya amat menghargainya. Apakah segmen Yaya yang seterusnya ? Ada yang tak sabar??

Sempena hari lahir Yaya pada 9 Ogos 1990, yang ke - 25 pada tahun ini, Yaya menjemput untuk rakan - rakan serta para pembaca semua turut serta dalam segmen Belated Birthday Yaya
Nantikan GA : Ranking Komen Tertinggi di Yaya Cendana pada 6 Julai 2015 !
Hadiah lumayan industri tekstil menanti anda! Bermula pada 6 Julai 2015 hingga 27 Julai 2015.


TQ and I LOVE YOU! 

Yaya Cendana



1 July 2015

GET WELL SOON

Assalamu`alaikum . Pertama kali Yaya ingin memohon maaf atas kelewatan Yaya untuk update entry bagi beberapa event . Hari ni nak up entry kurang mood sikit sebab baru baik dari demam. Lepas demam nak muntah pula...tak tahulah salah makan ke apa...tapi yang pasti walaupun demam I is maintain makan banyak...wooohiiiii......baru sahaja semalam update gambar "Woman Lobata" keluaran "Avail Beauty", alhamdulillah ada yang berminat. Pada kaum wanita sahaja yee nak ambil supplement ni. BOLEH check di instagram Yaya di https://instagram.com/yayacendana/ . tq :)



Image result for WOMAN LOBATA 

9 June 2015

Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana

Assalamualaikum & Hello.

Alhamdulillah segmen Yaya buat pertama kalinya telah berjaya disebarkan ke media sosial rakan - rakan yang sudi untuk turut serta bersama menyokong Yaya dalam industri blogger. Di kesempatan ini, Yaya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat. Tahniah kepada para pemenang, buat yang kurang bernasib baik, jangan putus asa. Masih ada lagi contest yang Yaya nak buat untuk kali keduanya di media sosial sempena hari raya yang bakal tiba dalam sebulan lagi. Kejap jer kan minggu depan hari rabu dah nak puasa dah, sooo uolls yang join segmen Riang Raya Aidilfitri 2015 by Yaya Cendana sebelum tibanya Ramadhan, memang awesome!


1) Hadiah tempat Pertama - Foot Care + Soap bernilai RM55
2) Hadiah tempat Kedua - Cute Frame bernilai RM30
3) Hadiah tempat Ketiga : Purchase Voucher by Golden Rose bernilai RM20 
4) Hadiah Saguhati : 3 x Wang Tunai RM10 
Mula : 18 JUN 2015  
TAMAT : 17 JULAI 2015

Sila ikut arahan seperti biasa dengan betul yee, biarkan diri anda tersenarai selalu untuk jadi pemenang di sini ! :) Arahan tambahan seperti di nombor 8 . 

Syarat - Syarat Wajib :

1) Buat satu entri khas segmen ni.

2) Follow blog & Add Google + :

3) Follow Instagram : * Kalau tiada instagram pun boleh join *
    @yayacendana / @yayavenger

4) Masukkan dalam bloglist  blog :

5) Like page FB :

6) Tinggalkan ucapan anda pada setiap post yang dibuat

7) Tinggalkan link url di ruangan komen

8) Follow FB :
    Nurhidayah Nordin ( Yaya Cendana )

19 May 2015

TIPS : Persediaan Sebelum Berjumpa Bakal Mertua

Assalamu`alaikum sahabat - sahabat sekalian. Pertama sekali Yaya nak ucap Selamat Pengantin Baru buat semua yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah-Nya. amin...in shaa Allah..buat kepada yang sedang merancang perkahwinan, Yaya ada entry yang penting buat sahabat - sahabat termasuklah Yaya yang belum berkahwin ni. Kita nak berumahtangga mestilah kena jumpa bakal mertua dulu kan, eh, nak jumpa bakal mertua ni pun macam kena jawab exam tahu. Tak tahulah bergetar ke tidak lutut nanti jumpa bakal mertua.

Taraa !!

Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.



Ok..For the 1st, Nak jumpa bakal mertua ni yang penting sekali NIAT. Bila kita bawa niat yang baik dan bersungguh-sungguh untuk bersuami/beristerikan seseorang tu, automatik separuh daripada diri kita dah berada dalam keadaan "sedia". Sedia apa? Sedia untuk kena 'ceramah'. Hehe... Tak la..maksud Yaya, sedia untuk terima teguran/kritikan dan sebagainya.

Dari segi MENTAL nak kena prepare jugak , ingat ehh...ingat nak ambil exam je ke kena prepare mental? Nak jumpa bakal mertua pun macam nak ambil exam tau. So, kena prepare la mental tu. Bila kena puji tu, jangan nak kembang2. haa...hihi..Tapi ambil pujian tu untuk istiqamah dengan kelebihan kita. Tapi bila kena kritik/tegur, jangan pulak terus nak melawan bakal mertua tu.Memang kena REJECT terus. Ambil iktibar dan perbaiki yang kurang. Ok? Faham? Ok cun!

Then, Kita anggap nak jumpa bakal mertua ni macam nak pergi interview keje gomen. Hehe..Biarlah KEMAS dan sedap mata memandang. Jagalah FIZIKAL ye.. Yang lelaki jangan pulak datang dengan rambut serabai, baju entah apa-apa. Lain la bakal bapak mertua tu rockers ke apa. Kalau jiwa sama ngan kita, tak kisah la. Haha. Yang perempuan lak, jangan la pakai baju tak cukup kain. Biarlah keluarga bakal mertua awak tu sosial macam mana pun, tapi ni soal ADAB DAN SOPAN. Sila la sopan ye. :)


Ahaa...yang ni Yaya paling suka.KEMAHIRAN yee...Kemahiran banyak cabang dia. Kemahiran mengambil hati, berbual, memasak antara kemahiran yang basic PERLU ada. Bukan WAJIB tapi PERLU. Yang tak tahu, belajar. Tapi yang dah tau, jangan sesekali tunjuk pandai sangat depan mereka. Jangan tunjuk yang kita LEBIH tahu.  Nanti mereka terasa tercabar. Kena orang yang pantang dicabar, parah jadinya. Silap2 ajak bergusti kat situ.Hehe... 


PENGETAHUAN Ni lebih kurang macam kemahiran . Cuma Yaya nak tambah sikit tips ni khas buat mereka yang beragama Islam. Tepuk dada tanya iman. :) Jangan sampai "zero" bab agama. Biasanya mak abah ni nak yang terbaik untuk anak2 tau..Kadang-kadang , dari sikap seseorang yg jaga solat pon dah boleh buat diorang "cair" dan boleh terima kita dengan hati yang terbuka.Tapi jangan pulak sampai berlakon semata-mata.JUJUR la ye.. Ingat, TAK TAHU, BELAJAR. Tak boleh jugak, mengaku je yang kita tak tau. 


Tanya la bakal suami/isteri awak - awak semua perihal keluarga dia. SELIDIK lah ..Apa yang mak ayah dia suka dan tak suka.So, awak - awak boleh lah berhati-hati dalam segala tindak tanduk awak - awak nanti. :) Nak 'exam' kena lah 'study'. Kan ?? hihi....


ok...nanti ada lagi entry Yaya nak share kepada sahabat - sahabat. Harap perkongsian Yaya ni berguna laa ehh untuk akan datang. =) 



Image result for bakal mertua