Showing posts with label Terbaru di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Terbaru di Malaysia. Show all posts

30 August 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari : JALAN - JALAN DI ZOO NEGARA #BAHAGIAN 3

MENTION TO Nik Ainaa

hehehe.....ada orang tu tunggu panda . Tak percaya tengok sini . hihihii.....



Kini kita berada di halaman rumah panda yang alalllaaaalllalalalaalalaa.....comel betul...ada pak duk dukung anak dia belakang tu tolong abaikan yee...tengok yayac yang cun dan elegen sahaja...hari ini kita akan beraya di rumah pak panda tanpa bini dia sebab bini dia kena kuarantin dengan anak dia, bini dia masih lagi dalam pantang , jadi kena fahamlah kan....dia tengah dipakaikan bengkung lagi dan perlu seimbangkan dan tegangkan semula apa yang patut . 


Abang hensem dua orang ni seorang tegap dan seorang kecil banyak ilmu dia mengenai panda ni . Segala makanan , tahi dia , perangai panda yang manja dan segalanya lah , semua depa ni tahu . Sebelum kami nak masuk ke rumah panda , kami dinasihati untuk tidak membuat bising , kena senyapkan telefon bimbit serta memastikan anak - anak sentiasa dalam jagaan . 


Ini adalah terowong laluan untuk kami masuk ke dalam rumah panda . Di sini apa yang aku nak ceritakan di sini ... perasaan aku ... panda ni adalah haiwan yang paling istimewa di ZOO NEGARA di Malaysia ni . Tak dapat aku nak ungkapkan di sini . Aku seolah - oleh merasai deria sensitif terhadap panda di sini . Aku gembira dapat bertemu dengan panda di sini dan dalam masa yang sama , bila aku keluar dari sini , aku dapat merasai kesunyian panda yang bersendirian di kandangnya . Dengan siapa dia tidur ? dengan siapa dia bermanja ? Adakah mak ayah dia masih hidup lagi ? Tapi aku bersyukur kerana di sini semua orang amat menyayanginya :)



Ini adalah serba sedikit info mengenai panda dan awak - awak semua bolehlah baca tanpa yaya bercerita di sini :)


Ini merupakan info berkaitan makanan panda


Tengok ni....siapa ada air terjun di rumah panda . Panda di bawah ni dah jadi milik yayac sekarang :)



Taman permainan panda


Dia main panjat - panjat pula.....alalalaaa....


Sedang mengesan sesuatu....


Panda pun ada kek dia :)

Lebih banyak lagi foto di sini




21 August 2015

ZOO NEGARA KUALA LUMPUR : DAPATKAN TIKET PERCUMA UNTUK ADIK - ADIK !

 
 
 
Hai adik - adik !  MARI ajak ibu dan ayah pergi ke ZOO NEGARA AHAD INI ! PERCUMA SAHAJA !!!
 
Bila tarikh dan hari nya ?
 
Pada 23 OGOS 2015 , AHAD INI dan dapatkan tiket PERCUMA SAHAJA bagi yang lahirnya jatuh pada hari AHAD ini , 23 OGOS 2015 . Nak tahu sebab apa dapat percuma ??? Kita juga akan sambut hari ulang tahun kelahiran Panda yang ke - 9 tahun .... yeayyy !!!!

Untuk adik - adik yang berumur bawah dari 12 tahun juga , MASUK ADALAH PERCUMA !!! Jadi , apa tunggu lagi ? bawa pak , mak , tok sekali p pujuk depa bawa adik - adik pergi sana ramai - ramai . NANTI BOLEH KITA WEFIE SAMA - SAMA .... HOOORREYYY !!!




Dapatkan sebanyak 10% diskaun dengan pembelian tiket secara online di www.zoonegaramalaysia.com


JUMPA ANDA DI SANA !!!


14 August 2015

THE BEST KOREAN BB CREAM, KLAIRS ILLUMINATING SUPPLE BLEMISH CREAM REVIEW

Hai ,

Pernah dengar Klairs Korean BB Cream tak ? mari - mari yaya nak cerita serba sedikit tentang produk kecantikan kali ni di sini . 

Syukur selamat sampai barang ni dari Korea , terima kasih WishTrend sudi untuk beri peluang kepada yaya untuk mencuba produk kecantikan ni sebab yaya suka mekap ,. hehee.....


THE BEST KOREAN BB CREAM, KLAIRS ILLUMINATING SUPPLE BLEMISH CREAM REVIEW
Pore Beauty Nose Pack

Atas ni adalah antara yang yaya dah guna . Pore Beauty Nose Pack adalah antara produk yang terbaik pernah yaya guna dan tak pernah ada yang boleh tandingi macam yaya guna sebelum ni adalah produk dot dot dot....apa yang bestnya bila guna barangan dari Klairs ni bila kita gunakan Pore Beauty Nose Pack , kesannya amat memuaskan dan tidak macam produk lain bila kita buka mask tu nanti rasa pedih macam nak terbersin . hachhuumm ! ehh lagi satu , dia akan bagi sekali putik kapas supaya kita pasang mask tu dengan kemas dan air lebihan dari mask ni yaya guna dengan sebaik mungkin letak sikit - sikit dekat mask tu .

Korean BB Cream 

Baiklah , di sebelah kanan pula adalah Klairs Illuminating Supple Blemish Cream . Apakah kebaikkan dia ? 

Krim BB ini akan membuatkan warna kulit menjadi lebih sekata secara semula jadi dengan menarik keluar yang terbaik dari bawah kulit anda . Dengan penyediaan perlindungan matahari bagi kulit anda yang halus termasuk menutup noda dan bintik - bintik pada kulit . Ianya sesuai untuk semua jenis kulit .

Bahan utama yang digunakan adalah asid hyaluronic dan mengandungi ciri - ciri penghidratan yang sangat baik agar kulit tidak kelihatan kering dan menjadikan kulit anda lembap sepanjang hari.  Ianya juga memberi manfaat bagi yang ingin mengurangkan dan mengawal kedutan pada wajah selain melindungi kulit wajah daripada UV serta kerosakan kulit . BB Cream ini juga menjadikan kulit anda lembut dan dengan ramuan antiOirritant , ianya dapat menyembuhkan luka - luka , kesan terbakar serta parut . 

Ramuan utama yang terdapat dalam BB Cream ini adalah asid hyaluronik , adenosina , jus daun aloe barbadensis dan niacin arnida . 

Cara penggunaan :

1 ) Ambil jumlah krim yang secukupnya pada jari anda
2)  Calitkan krim pada bawah mata , sisi pipi dan ke seluruh wajah
3)  Perlahan - lahan ratakan krim 



Inilah hasilnya 

☆ Enhance your natural skin color with Illuminating Supple Blemish Cream ( 40 ml ) 
♡ Sunblock
♡ Wrinkle Care
♡ Whitening
♡ Sebum Control


Bagaimana cara untuk mendapatkannya ?

1) Follow instagram @wishtrend & @wishtrendwholesale



Billion Thank You Dear KLAIRS WISHTREND . I LOVE YOU :) 


KETAM DALAM CHAR KUEY TEOW : Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow

Salam Jumaat , 

Terbaru aku ke Putra Heights menuju ke warung yang paling sempoi aku tengok depan Petron Putra Heights yang nama dia Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow . Apa aku nak komplain di sini adalah kenapa warung buat aku rasa benci sangat . Huhh.....aku benci betul sebab boleh buat aku gemuk bila makan dekat sini . Ada ke patut.... punyalah sedap dia punya kuey teow , terutama kuah dia...kuah dia.....sedap.... dua kali tambah dah aku makan char kuey teow ketam dan char kuey teow goreng . Tiga pinggan .... tiga pinggan aku makan ... perghhh.... perghhhh.....lazat !





2 pinggan Char Kuey Teow Ketam & sepinggan Char Kuey Teow Goreng yaya berjaya habiskan dalam sesi makan bersama Tudia Char Kuey Teow ! 


Harga bagi sepinggan Char Kuey Teow Ketam ni awak-awak boleh dapatkan dengan harga hanya RM15.00 & RM5 SAHAJA bagi sepinggan Char Kuey Teow Goreng. 




Acara makan diakhiri dengan dendangan lagu raya dan lagu "Melepaskanmu" bagi slot akasia Bidadari dari Sakura Band


Muka senang hati kekenyangan . Huuhhh......

sumber gambar dari instagram @mommy_diamonds 


Ok, macam mana nak ke Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow ni?? Haa. . .pertama sekali cari dekat waze taip Petron Putra Heights dan depan petron tu jerk warung dia. Sila ikuti mereka di instagram di  @tudiacharkueyteowhq


Selamat Menjamu Selera !


6 August 2015

SIMPLEHIJAB : Cantik Gaya Model

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Keistimewaan

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Tentang SIMPLEHIJAB



Apa yang lebih menarik lagi?
• Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
• Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada barangan) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh 'your referred agents' ke sistem kami.
• Namun anda tidak akan menerima sebarang komisen bagi pembelian daripada pelanggan yang di-referred oleh agent yang di-referred oleh 'your referred agents'.


Pendaftaran


Klik sini untuk DAFTAR

5 August 2015

ZALORA : GAYA TUDUNG TERBARU PILIHAN YAYA CENDANA !

Hai !

Assalamu`alaikum 

GAYA MENUTUP AURAT

Baru - baru ini Yaya dikejutkan ada tudung baru dan yang paling suka sangat -sangat nanti Yaya boleh lebih tampil lebih anggun dan bergaya. Zalora adalah pilihan utama Yaya apabila ingin mengenakan pakaian yang cantik sama ada di pejabat, nak berjalan - jalan,di majlis - majlis dan sebagainya. Rata - rata di artis wanita Malaysia ramai yang sudah berhijab serta berpakaian sopan , Syukur Selalu ... 

Wajib bagi wanita Muslim untuk menutup aurat kerana pemakaian tudung adalah tuntutan dalam agama. Di Malaysia, terdapat pelbagai fesyen tudung yang telah mereka pakai . Namun ada terdapat rekaan koleksi tudung terbaru online yang boleh mereka dapatkan dengan cara yang lebih moden dan sesuai mengikut trend fesyen terbaru dengan lebih mudah.

Bagi Yaya, wanita yang berani dan yang amat mementingkan penampilan, Yaya akan mengambil keperluan ini untuk tampil anggun dan moden serta tambahkan juga aksesori dalam stail anda. Bak kata pepatah "Less is more" adalah lebih baik untuk meminikannya agar tidaklah terlalu kelihatan 'berat' dan 'disturbing'


Dapatkan Koleksi Tudung Terbaru Online di Zalora

28 July 2015

Zahid Hamidi Appointed DPM


PUTRAJAYA: Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (pic) has been appointed Deputy Prime Minister.
He replaces Tan Sri Muhyiddin Yassin.
In announcing the Cabinet reshuffle on Tuesday, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said that the decision to drop Muhyiddin was a tough one but necessary so that the Cabinet was united. - http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/28/Zahid-appointed-DPM/ 

24 July 2015

PakcikMisteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Yaya baru jer join Misi Mencari Pakcik Misteri ni. Dapatlah sikit - sikit derma....hihii....lepas tu pakcik ni cakap dekat yaya ape tau?
"TERIMA KASIH
Anda berjaya mengumpul 372 syiling bernilai RM3.72 yang akan 
disumbangkan ke badan-badan kebajikan terpilih."

ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA
ORANG MEMBERI, KITA MERASA
Lebih ramai rakan anda yang klik https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ atau Yaya Cendana Official, lebih banyak sumbangan yang dapat kita kumpulkan. Kongsikan di FACEBOOK & TWITTER .


11 July 2015

KINOHIMITSU : Feel Younger with J`PAN Collagen Drink

J`PAN Collagen Beauty with Perilla Seed 

Kinohimitsu yang terkenal dengan produk kecantikan dan kesihatan yang berada di pasaran menjadi tarikan Yaya selepas pengambilan Woman Lobata keluaran Avail Beauty untuk menegangkan serta menyihatkan tubuh badan sesuai dengan Yaya yang gemar mendapatkan supplement untuk sentiasa sihat dan kelihatan awet muda selaras dengan cuaca di Malaysia. 

Wanita yang moden adalah wanita yang sentiasa inginkan kehidupan serta kesihatan yang baik, kuat, cantik berkeyakinan dan bertenaga. Kinohimitsu memahami bahawa Yaya sememangnya mengambil berat tentang apa yang Yaya inginkan dalam kehidupan Yaya terutama dalam pemilihan produk mengenai kualiti dan boleh dipercayai untuk kehidupan seharian. 


Untuk pek percubaan, J`PAN Collagen Beauty with Perilla Seed untuk satu kotak Yaya dapatkan di Watsons dengan harga RM60 sahaja bagi 8 botol yang ada di dalamnya. Setiap botol mempunyai kandungan 50 ml serta kebaikan yang terdapat di dalamnya seperti lychee juice, fructose, apple condensed juice, collagen (fish) 2,500mg, citric acid, vitamin c, fruit & vegetable, condensed jjuice, lemon condensed juice, perilla seed extract-WSP, silk protein & soy peptide (soy isoflavone). 

Diperbuat di Taiwan serta mendapat sijil Halal, GMP dan HACCP semestinya meyakinkan Yaya bagi mendapatkan minuman kolagen bagi mengekalkan awet muda sepanjang masa disamping menginginkan kulit yang cantik dan tegang di samping membuang sel - sel kulit mati yang turut membantu mencantikkan luaran dan dalaman.



Inilah dia botol - botol kecil lagi comel kan? Mudah untuk dibawa ke mana - mana terutama Yaya yang gemarkan mengembara. Bagi satu botol, Yaya akan jimatkan penggunaan minum untuk dua malam. Tiap malam sebelum tidur Yaya amalkan minum separuh dan separuh lagi untuk keesokkan malamnya. Tengok tutup botol pun comel jer warna dia kan?
Minuman dia pun sedap rasa macam buah anggur yang pekat.nyuummmm.....

Yang dah pasang niat nak beli kinohimitsu ni, bolehlah dapatkan di Watsons, Guardian atau di farmasi yang berdekatan. 







10 July 2015

Kekal Awet Muda bersama Zespri !

Serikan Ramadhan Anda Bersama Zespri

Selasa yang lepas Yaya dapat giveaway 6 buah kiwi yang alalaaa cute - cute....mai Yaya nak kongsi sikit rasa teruja Yaya dapat buah kiwi Zespri yang diperkaya dengan Vitamin C serta sumber serat, Jadi, cantiknya waktu bersahur dan beriftar boleh makan. Nyummm nyumm...



http://www.hola.com/imagenes/novedades/2014061772014/zespri-sungold-kiwi-amarillo/0-274-466/kiwis1-a.jpg

7 Kebaikan Kiwi Zespri

Sesuai bagi Yaya yang gemar dengan pemakanan yang sihat, pengambilan buah kiwi yang sekecil ini membantu Yaya untuk terus kekal sihat dan awet muda. Menariknya buah kiwi Zespri mengandungi Vitamin C, Actihidin, Fibre, Pottassium, Low GI, Vitamin E & Folate.
Zespri Sungold Kiwifruit mempunyai 3 kali Vitamin C dari buah oren dan 10 kali nutrisi dari buah epal. Wow!


Beg tahan sejuk yang alalaa comelnya....dah jadi beg kesayangan Yaya 


Sesuailah bagi yang putus cinta nak makan buah kiwi ni, confirm lupa kejap ex-boyfriend you nanti

Giveaway

Alright, Zespri juga ada buat giveaway, untuk menyertai giveaway “Ramadan Bersama Zespri”, anda hanya perlu kongsikan gambar bersama buah kiwi Zespri ketika bersahur dan berbuka di Instagram anda! Jangan lupa untuk tag @ZespriSEA supaya kami boleh melihat posting anda yang menakjubkan!

8 July 2015

Iftar di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah bersama MAHSURI

Assalamu`alaikum

Pada minggu yang lalu Yaya bersama rakan blogger yang lain turut serta berbuka puasa bersama anak yatim dan asnaf di Rumah Kebajikan Baitul Hidayah, Puchong, Selangor. Di sana kami jumpa dengan anak - anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari serta Rumah Nur Sakinah. Cute sangat diorang ni, tak kiralah apa pun mereka buat, apa mereka bercakap bijak sangat. Ada yang mengaku cantik, yang mengaku handsome pun ada tau....



Comel - comel gelagat mereka ni tahu tak. Humph....rindu kat depa ni....


Sumbangan dan Pertanyaan

Sumbangan ikhlas anda boleh dilakukan melalui :

Akaun Maybank : 562 777 209 784 atas nama 
PUSAT JAGAAN BAITUL HIDAYAH
S444 Lorong 9, Kampung Baru Sri Puchong,
Batu 13, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Hubungi mereka di talian:
Pejabat / Fax : 03 - 8060 0023
Puan Saadiah : 013 - 703 4658
Puan Nora : 013 - 600 2587

atau E - mailkan ke :
pjbaitulhidayah@gmail.com
pkalhidayahselangor@yahoo.com


 Mai nak habaq, depa ni main kerusi beracun. Aihh lama aih tak main....waktu ni lah Yaya berpeluang bermain sekali lagi. Nak main kerusi beracun ni waktu sekarang dah besar...malu...hiihi.....


Ni badut yang tergedik - gedik pula dah.....terima kasih badut yang sentiasa nak bagi adik - adik ni gembira. Happy hurreyyyy....

Masak dan Menang

Adik - adik comel kita telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang sangat delicous yang telah dimasak menggunakan sos Mahsuri selain meraikan pemenang Masak dan Menang seramai 24 orang hasil ciptaan resepi Buka Puasa mereka yang telah menggunakan produk Mahsuri. 

Pertandingan Masak dan Menang ini bermula pada 28 Mei 2015 hingga 8 Julai 2015 yang mengundang orang ramai berkongsi juadah Buka Puasa yang dicipta para pemenang sendiri
menerusi laman Facebook MyMahsuri


Kicap Mahsuri ada tiga perasa. Nak Lemak ke, Tiram ke, Pedas pun ada. Pilih jer


Eika dan adiknya sempat pulak nak berweeeffffiiii dengan adik - adik yang happy go lucky ni.....alalaa....


Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada rakan - rakan sepejuangan terutama kepada rakan - rakan blogger dan sukarelawan yang sudi bersama Yaya bagi menjayakan event di rumah adik - adik yang sangat cute....Semoga ukhuwah kita berpanjangan until jannah...amin









5 July 2015

Why Yaya Cendana ?

Hi 

Mana - mana pergi makin ramai yang tuju soalan "kenapa Yaya Cendana" eh? Ada juga ketika personal message bersama rakan - rakan media jadi tertanya - tanya. Huuuhuuu....inilah yang jadi tanda tanya kat korang selama ni kan? Tak kiralah di facebook ke, instagram ke, blog ke kan? Ada banyak sebab. Rilex!





I`sm officially graduted! Yeay! 
Gambar ni tahun lepas dan nama Yaya Cendana dah mula berada dalam laman - laman sosial termasuk di Facebook


Serius kali ni Yaya baru nak jawab terbuka di laman sosial. Hahahaa...janji okey jangan gelak ke, touching ke bila aku beritahu ni okey! Janji?? Actually berlaku ketika aku menjadi seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di MachangKelantan dulu. Waktu tu Yaya berada di semester 1 pada tahun 2010 ambil jurusan Diploma Seni Lukis dan Seni Reka ( Tekstil ). Idea cendana ni timbul waktu Yaya buat kajian tekstil waktu dalam hostel. Bila dah datang bosan nak study mulalah Yaya godek - godek internet dan entah tiba - tiba datang dalam kepala nak taip " Sayang Cendana " . Okey, drama bersiri ni memang Yaya minat sebab Juliana Evans ni cute and rilex bila senyum ke buat muka biasa ke still rilex jer. Jalan cerita Sayang Cendana ni pun jangan cakaplah best weyhh best weyhh. Balik sekolah jer dulu lepas tuisyen Yaya memang bukalah TV3 jam 4.30 petang tengok dengan ummi Yaya. 


Ceritanya banner di atas Yaya buat cover photo di Facebook pada tahun lepas ketika Yaya bekerja sekejap di sebuah butik di Johor iaitu Irish Lavender Boutique Exclusive yang menerima tempahan jahitan pelbagai rekaan fesyen bagi pakaian wanita dan beading. Termasuklah Yaya yang menjadi seorang tailor...hihihii....


Wujudnya gelaran Yaya Cendana ni buat pertama kalinya di akaun MySpace dan Facebook pada tahun 2010 tapi lepas tu Yaya deleted dah akaun tu sebab bekas pakwe tak bagi buat MySpace dengan Facebook. Huhh....terasa terkongkong di situ...dua tahun juga Yaya takda akaun laman sosial ni tahu tak, kalau nak guna pun akan guna facebook ayah jer.huhh....sabar jelaa....

Dua tahun lepas tu pada tahun 2012 di mana tahap kemuncak hubungan Yaya dan bekas teman lelaki mulai retak sehinggalah ke awal tahun 2013, maka berakhirlah hubungan kami. Ada yang nak tanya kenapa putus? Okeyy...sebab...atas dasar keluarga dan LELAKI JANGAN JADI CURANG nak bercinta ramai - ramai lepas tu pening tak reti buat pilihan atau sekadar suka - suka...lepas tu seorang demi seorang perempuan yang dengan you bercinta tu cari I ...huhh...Ni cerita tanpa ada rasa perasaan sedih okey! So korang tak payah nak touching sangat dengan cerita aku ni. Aku nak bagi jawapan secara terbuka dengan tajuk kat atas tu. hihiii....



Kalau ada yang perasan gambar ni Yaya pernah buat header untuk blog Yaya dan sekarang header tahun ini Yaya convert pada gambar di bawah 



Awal tahun 2013 Yaya dah mula meletakkan nama Yaya Cendana bermula di Facebook dan Twitter seterusnya Yaya buat akaun gmail dan nak buat semula blog Yaya. Dulu waktu tahun 2008 Yaya dah mula blogging tapi yelah zaman muda lepas SPM kan, so faham jelah...entah hape-hape mengarut kat blog ada kolam ikan, kalender bagai...serrrrr.....sekarang tak tahu lah ada lagi ke tidak akaun blog tu. Pada pertengahan tahun 2014 nama yayacendana Yaya berjaya wujudkan bagi akaun Instagram. Nampak tak betapa lambatnya akaun ni wujud??huhhh....


Sekian sahaja mengenai Yaya Cendana dari Yaya. Esok jangan ketinggalan untuk beri ucapan hari lahir pada Yaya. Awal lagi kan??hahaa...ehhh apa salahnya wish awal - awal...lagi Yaya suka....okey...see yaa!! bye & muah!






3 July 2015

RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

For the first thank you Cik Purple atas kesudian tag Yaya to join this GA. Semoga berjaya dan Selamat Hari Raya and I love you :)

http://rafydahouse.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-rafydahouse.html 

tag


Bawah ini antara kata - kata RAFYDAHOUSE 
Assalamualaikum pretty ♥

Lama x buat giveaway!!! Ni actually giveaway ketiga sy :) siapa ada join GA pertama & kedua? Thanks baby sebab join. Mmuah much much love for u guys.

Sama jugak mcm GA first and second, hadiah TIDAK DISPONSOR OLEH SIAPA2. Semua hadiah2 yg korang bakal dapat (untuk pemenang ja lah) adalah from my own pocket money. Oh ada sebenarnya yg sponsor - it's me. hehehehe. Mau jugak belanjo duit raya tapi malu, jadi kita belanja baju raya je la ye :)



T&C

1. Blogger Malaysia. Mesti yg berada di Malaysia jugak.
2. Buat entry bertajuk 'RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE' 
3. Letak banner di atas tu kat entry korang & linkkan banner ke entry ini.
4. Tag 4 kawan blogger korang, pastikan kawan2 korang tu tau.
5. Follow blog sy ni & also follow instashope sy :-
sitishoppe  (It's ok if u dont have insta)
6. Publish kan entry korang yg comel tu & tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ni. 


Extra**
1. GA akan dibatalkan sekiranya peserta kurang daripada 10 org.
2. GA bermula dari 15 June sehingga 5 July 2015. Nk awal habis supaya sempat post hadiah sebelum cuti raya. 
3. Pemenang akan diumumkan pada 6 July 2015.
4. Pemenang adalah RANDOM! 2 orang pemenang akan dipilih.


Part paling best: HADIAH!!! 
GAMBAR HADIAH - CLICK SINI

- Sebarang perubahan akan di bagitau kemudian.

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi