Showing posts with label Tips - Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips - Tips. Show all posts

30 August 2015

BAGI SOKONGAN : Giveaway 1.0 by ENA



Assalamualaikum semua

Bismillah,


This is my first giveaway , sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5 pada 23 Ogos baru2 ni.


Thank you soooo much blogger lama dan baru yang support ena;)
ena doakan anda dimurahkan rezeki yang berkat serta banyak di dunia dan akhirat.



TUJUAN



# nak kumpul URL banyak banyak untuk mudah kita semua blogwalking.

 # nak berkenalan dan eratkan silaturrahim di kalangan blogger

# mencari blogger baru sambil meluaskan network blog sesama kita



SYARAT-SYARAT



 1) follow BLOG ENA


2) follow google plus  (g+)  ENA

3) like FB PAGE ENA


4) Copy Banner di atas dan buat satu ENTRY bertajuk Giveaway 1.0 by ENA  



5) Back link ke entry ini.


6) Tinggalkan  LINK URL  tersebut di komen entry ini sebagai bukti penyertaan anda


mudah sangat2 kan?!


HADIAH




Ena akan pilih secara undian :



1 PEMENANG untuk menerima hadiah misteri dari ena ( ena akan poslajukan)

 3 PEMENANG dari senarai peserta untuk ena review BLOG secara PERCUMA;)

6 PEMENANG untuk disenaraikan dalam BLOGLIST SEPTEMBER DAN NOVEMBER diwww.aeinnamusa.com ;)



so total, 10 pemenang dari giveaway ini..insyaALLAH


DATELINE



give away ni akan berlangsung dari

28 OGOS - 8 SEPT 2015





(akan di kemaskini dari semasa ke semasa)


6 August 2015

SIMPLEHIJAB : Cantik Gaya Model

Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:


Keistimewaan

Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB ini adalah:

1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan.
2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok.
3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian.
4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen.
5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami.
6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.

Tentang SIMPLEHIJAB



Apa yang lebih menarik lagi?
• Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda.
• Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada barangan) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh 'your referred agents' ke sistem kami.
• Namun anda tidak akan menerima sebarang komisen bagi pembelian daripada pelanggan yang di-referred oleh agent yang di-referred oleh 'your referred agents'.


Pendaftaran


Klik sini untuk DAFTAR

24 July 2015

PakcikMisteri Tonton Dan Sumbangkan - Iklan Raya TM

Yaya baru jer join Misi Mencari Pakcik Misteri ni. Dapatlah sikit - sikit derma....hihii....lepas tu pakcik ni cakap dekat yaya ape tau?
"TERIMA KASIH
Anda berjaya mengumpul 372 syiling bernilai RM3.72 yang akan 
disumbangkan ke badan-badan kebajikan terpilih."

ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA
ORANG MEMBERI, KITA MERASA
Lebih ramai rakan anda yang klik https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/ atau Yaya Cendana Official, lebih banyak sumbangan yang dapat kita kumpulkan. Kongsikan di FACEBOOK & TWITTER .


8 July 2015

Seharian Bersama Lembaga Zakat Selangor

Assalamu`alaikum

Bercerita mengenai zakat, Sabtu yang lepas alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi diberi peluang buat pertama kalinya Yaya ke Rumah Kebajikan Baitul Mawaddah di bawah naungan Lembaga Zakat Selangor. Di sana Yaya dapat meluangkan masa bersama atok - atok dan nenek - nenek yang alalalaaa cute nyaaa......comel sangat gelagat depa...Makteh antara penghuni yang ada di rumah warga emas ni. Dialah yang paling cute dan kelakar, ada saja akal dia nak nyakat orang lain.

Tugasan LZS

Lembaga Zakat Selangor mempunyai misi yang akan menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan dan agihan zakat dengan efisen selain efektif dan berkualiti kepada umat Islam di Selangor berdasarkan nilai-nilai terpuji yang selaras dengan tuntutan syarak.



Antara yang berbakti pada atok - atok dan nenek - nenek di Baitul Mawaddah 

Aktiviti bersama

Perkenalan kami bermula dengan memperkenalkan diri oleh penghuni Baitul Mawaddah seterusnya diiringi oleh kami para blogger serta rakan media yang lain termasuklah Radio Television Malaysia (RTM) dan NTV7. Ada seorang cikgu jasmani menggayakan kami dengan senaman ringan bersama warga emas yang alalalaa....cute nyeerrr....


Sempat lagi nenek - nenek buat kuih samprit . Jap, Yaya tolong ambil gambar jeerrrr.....tak tolong pun....


Yaya bukan nak buat food review tau....waktu puasa ni tengok makanan kat atas ni pun boleh kecur lidah

Penutupan kata

Akhir sekali semoga silaturrahim yang kita bina sepanjang perkenalan diberkati Allah swt, atok - atok dan nenek - nenek sihat tubuh badan hendaknya...amin....

Hubungi Lembaga Zakat Selangor 

LZS merupakan pemegang amanah yang menguruskan Kutipan & Agihan Zakat anda di negeri Selangor. Menyebarkan dakwah, memudahkan urusan pembayaran dan mengagihkan zakat dengan TELUS kepada yang BERHAK.


Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,

Tel: +603-55227700
Fax: +603-55227724
Talian Zakat Selangor: 1 800 88 53 53
callcentre@e-zakat.com.my
Layari facebook klik sini


3 July 2015

Kad Raya GA by Nina

Hari ini kerja Yaya join GA, GA dan GA...huuurreyyy......join jom GA Nina . Minal Aidil Wal Faizin Nina :)

Salam Readers..

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, Nina dengan sukacitanya ingin mengadakan Giveaway buat rakan-rakan blogger yang dikasihi, dihormati dan disayangi. Harap sudi join ya :)

*kalau tak boleh copy, highlight semua dan tekan ctrl C 

Syarat-syarat :

1. Follow blog Nina

2. Untuk Team BU .. Sila letakkan hashtag #BloggerUtara (peserta lain dari utara boleh inform ya)

3. Buat 1 entry title "Kad Raya GA by Nina"

4. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina

5. Pemenang dipilih menerusi RANDOM.ORG

6. GA bersiaran dari 1 - 7 Julai 2015 (11.58 PM)


Hadiahnya :

1 Kad Raya x 15 keping


SEMOGA BERJAYA !

27 March 2015

Love Date : Tips Aku & Dia & Familia

Pilihlah Pakaian Yang Sesuai Ketika Temujanji Pertama


Semoga para pembaca berada dalam keadaan ceria dan bersemangat untuk bekerja hari ini.. Hehe..
Ok, kali ini saya nak kongsi panduan memilih pakaian yang sesuai pada janji temu (date) pertama.. Setiap orang pasti rasa berdebar2 dan rasa tak menentu untuk keluar dating pada kali pertama.  Biasanya, anda akan terfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua2nya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya.

Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih2 pula.. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut.  Jadi, apakah yang patut anda pakai pada date kali pertama ini??

Pertamanya – sentiasa ingat bahawa – Pakaian pada janji temu kali pertama mestilah selesa, tetapi bergaya dan sesuai dengan tempat atau aktiviti yang akan anda lakukan.

Keduanya – Sentiasa cuba untuk tampil sesimple yang mungkin.  Gaya anda yang simple itu boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.  Bagi perempuan, janganlah pakai terlalu seksi dan ketat sehingga anda tidak boleh bernafas! Huhu.. Bagi lelaki pula, cukup mengenakan sepasang jeans yang bersih, ya saya ulangi, bersih, tidak koyak2, dengan sehelai kemeja putih @ t shirt sahaja.  Warna juga memainkan peranan.  Elakkan memakai warna merah terang, atau warna2 lain yang striking kerana ia menyakitkan mata dan terlalu menonjol.

Ketiga – Pastikan pakaian kena dengan rancangan anda pada janji temu kali pertama itu.  Andai kata anda ingin bermain bowling, pakailah pakaian yang sesuai untuk bersukan.  Jika anda ingin pergi makan malam di tempat yang ekslusif, pakailah pakaian yang bersesuaian, yang manis dan macho. 

Keempat – Pastikan anda tidak dihiasa terlalu banyak aksesori higga kelihatan seperti “pokok krismas yang bergerak”.. huhuhu.. Para wanita sekalian, cukuplah seutas rantai yang manis, atau seutas gelang yang menampilan kejelitaan anda.  Janganlah pakai semua barang kemas yang anda ada sehinggakan lampu jalan pun jadi malap dek kerana silau barang-barang kemas yang anda pakai ye!  Begitu juga untuk para lelaki, elakkan memakai rantai leher dengan bermacam-macam logo seperti tengkorak, heavy metal dan sebagainya.  Ada perempuan yang takut melihat lelalaki sebegitu tau!! U dont want to lose the girl on your first date!!

Kelima – Pilih kasut yang sesuai!!! Ini juga amat penting.  Untuk perempuan, janganlah pakai kasut tumit tinggi yang 3 inci, kelak anda juga yang tidak selesa berjalan.. Pilih yang sesuai, yang sedang-sedang aja dong.. Hehe.. Anda tentu tidak mahu terjatuh di depan si dia pada kali pertama dating, kan?? Untuk si lelaki, kalau boleh, pakailah kasut sneakers.  Selipar juga memadai tapi janganlah pakai selipar ke jamban pulak bang.. Agak2 la sikit.. Heheheh..

Keenam – Jangan sembur terlalu banyak minyak wangi!! Ingat, anda bukan penyaman udara bergerak!  Cukup dengan satu semburan di kawasan2 nadi seperti leher dan tangan. 

Ok, saya harap tips2 tersebut akan membantu anda sedikit sebanyak pada janji temu kali pertama!!

10 Lokasi Pertemuan Romantis...

Kiranya Tempat Dating La... anda menemui cinta baru dan merancang mengadakan pertemuan pertama dengannya. banyak perkara yang harus difikirkan, apa pakaian yang sesuai,  minyak wangi apa yang patut digunakan, masa pertemuan yang tepat termasuk topik apa yang ingin anda bualkan dalam pertemuan pertama itu. anda memerlukan idea yang perlu dianggap sebagai kelas pertama dan paling utama ialah di mana lokasi pertemuan itu mahu diadakan. tidak guna anda kelihatan hebat di matanya tetapi anda gagal memikat hatinya jika anda memilih lokasi pertemuan yang sangat biasa sahaja.. di bawah ini dinyatakan beberapa tip lokasi pertemuan yang boleh dianggap romantik dan meninggalkan kesan mendalam di hati wanita. 

1. PANTAI pantai di anggap sebagai lokasi romantik. saat mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk Timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. lebih indah lagi jika anda bersamamya berlalu di gig airi dan banyak lagi perkara bileh anda lakukan di sini. 

2. KELAB GOLF mungkin lokasi ini memerlukan belanja yang mahal tetapi kalau kena dengan gaya hidup dan kekayaan yang anda miliki, anda boleh membawa teman wanita ke sini. bayangkan gaya anda mengayun kayu golf dengan penampilan pakaian yang segak,  semua ini akan membuat wanita berasa bahagia di sisi anda. 

3. KONSERT sebenarnya pertemuan pertama adalah saat anda mengenali pasangan lebih mendalam. dari situ anda boleh mengetahui minatnya, hobi dan sebagainya. namun tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika si dia meminati muzik.  hubungan anda dan dirinyaakan lebih erat kerana dia beranggapan  anda mengetahui minat dan kesukaannya. 

4. TAMAN REKREASI selalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak2 bermain. siapa ia tidak  sesuai untuk orang dewasa?? membawa teman istimewa ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak2 bermain membayangkan bahawa anda juga mahu anak bersamanya suatu hari nanti. sudah pasti akan meminbulkan suasana ceria. teman istimewa anda mingkin malu mendengarnya namun ia membayangkan hasrat hati anda bahawa hubungan yang jalinkan ini adalah serius dan mahu mengakhirinya ke jinjang pelamin. 

5. BERKELAH DI AIR TERJUN satu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. menikmati  suasana di air terjun,merasai sejuknya air tatkala anda berendam  adalah suasana yang menarikdan mampu diingati oleh pasangan. tahukah anda,  setiap tingkah laku yanganda lakukan melebihi dari kata2 akan membawa  kesan mendalamdi hati teman bahawa andalah lelaki sejati. 

6. BERMAIN GO KART satu aktiviti yang sangat menyeronokkan jika anda boleh membawa teman istimewa bermain go kart. mungkin dia tidak pernah mencuba permainan go kart ini dan mungkin  berasa takut tetapi sekali anda mengajarnya, ia mungkin satu pengalaman menarik buatnya dan menjadi pengalaman indah dalam hidupnya. 

7. PUSAT BELI BELAH ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita mnyukainya kerana  selain mencuci mata, wanita memang suka membeli-belah. lebih menarik lagi  jika anda yang mengeluarkan wang belanjanya dan dia membeli apa disukainya.  tapi awas, jangan selalu ke sini kerana jika sudah terbiasa teman istimewa anda mungkin merengek mahu pergi ke sana selalu. 

8. MENONTON WAYANG menonton wayang antara perkara biasa dilakukan oleh pesangan. mungkin tiada  yang istimewatetapi kalau anda tiada idea ke mana mahu pergi,  bawa saja ke tempatini kerana ramai muda-mudi pergi ke sini. 

9. MENAIKI LIMO ia tentunya sesuatu yang sangat berbeza. jika anda mampu membayarnya menaiki  kenderaan limo tentunya ia satu kenangan manis yang takkan dilupakan. tapi itu jika anda mampu dan jika tidak abaikan perkara ini  kerana ia memerlukan belanja yang banyak dan besar. 


10. URUTAN KAKI mungkin tak pernah dibuat tetapi sesekali berikan kejutan kepada pasangan. ajak dia membuat urutan kaki dan anda membayarnya. sesekali diurut,  ia memberikan kelegaan. tahukah anda, walaupun idea ini nampak janggal oleh pasangan tetapi anda begitu berbeza di matanya. 




Ice Skating @ Sunway Pyramid..

Meluncur ais atau ice skating merupakan suatu sukan atau rekreasi yang boleh dilakukan indoor atau outdoor menggunakan ice skates yang rupa fizikal nya hampir serupa seperti roller skates cuma ianya bukanlah roda, tetapi bilah besi. Sukan ini merupakan perkara biasa di negara beriklim sejuk yang mempunyai sungai atau tasik beku. Untuk aktiviti indoor, biasanya dilakukan di kawasan bertutup yang mempunyai ais tebal yang beku. Misalnya, di Malaysia, Sunway Pyramid Ice merupakan satu-satunya arena ais, atau Ice Rink yang digunakan untuk sukan meluncur ais.

Step 1: Proper attire. Ice skates and Gloves


Pakaian hendaklah berwarna yang agak gelap, sebab walaupun kita berada di atas ais,kita masih di Malaysia dan atas tu SUMPAH PANAS, BERPELUH SEGELEN oke! Percayalah...! Dah macam berlari rasanya.

Tali ice skates hendaklah diikat ketat dan selesa. kalo longgar nanti akan terasa nak tertanggal, jalan pun macam zirafah minum air. Dan gloves adalah penting, kalau tak pakai nanti ICE POLICE tahan. Kalau sejuk entah-entah, melekat macam cerita Frozen. Haa..camne?




Step 2: Confidence atau Yakin Diri.

Percaya dengan kebolehan sendiri. Jangan cuak. Pedulikan bahawa anda sedang berdiri di atas bilah besi. Teruskan berfikir positif.



Step 3: Anda sedang memakai kasut tinggi

Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! Saya sedang memakai kasut tinggi! ya! Teruskan berfikir macam tu. Bila Step 2, dam step 3 bergabung, maka bila anda berjalan memakai ice skates tuh, tidaklah terkangkang2, tapi cun je macam cat walk. :) nice!~



Step 4: Berpaut kepada dinding
Sentiasa berpegang kepada dinding tu kalau takut. Cuba lepaskan sekerap boleh untuk berdikari skates. Jangan pergi jauh dari tiang tu kalau masih belum boleh skating.


Step 5: HELP!!

Yes. Jangan malu dan jangan segan minta pertolongan orang yang tahu skate.

Dapatkan pertolongan kawan atau ICE POLICE, abang-abang guard yang pakai kemeja oren yang jaga ice rink tu. Dorang semua hot-hot oke! grrrrrr!~ Kalau perlukan perhatian dorang, jerit je! dorang akan datang..dan time tu boleh la awak hulurkan tangan minta dibangunkan. Tak apa, jangan risau, kat sana kita pakai GLOVE, jadi kulit tak bersentuh.

Walaupun orang tu cuma reti skate cikai-cikai je, agak-agak dia friendly, tanyalah dia. Contoh: macam ratu, baru 2 kali pergi tapi dah pandai-pandai buat 'how to ice skates' dalam blog. Tahniah!



Step 6: Jatuh

Kalau jatuh, cool je. Senyum dan bangun. Sebab you're not alone. Ramai je kat situ yang jatuh. Lainlah kalau awak tetibe masuk lesson kan, memang ramailah orang tengok dari atas kat Sunway tu. Tapi chill, teruskan bangun setiap kali terjatuh. Jangan putus asa. Dan kalau boleh jatuh lah kat spot lawa sikit, dekat dengan ICE POLICE. Cuba minta pertolongan mana-mana orang terdekat untuk bangun. Kalau tak ada, berdiri atas lutut, dan cuba bangun guna salah satu kaki dulu.




Jalan - Jalan di Taman Tasik Titiwangsa

Salah satu tempat menarik untuk dilawati especially untuk kanak-kanak adalah Taman Tasik Titiwangsa. Lokasinya yang terletak tidak jauh dari KLCC menjadi antara tarikan utama seisi keluarga bawa anak bermain-main dan beriadah.

Salah satu tempat playground.skating,skateboard, roller blade. Memang meriah. Mostly berbayar dengan harga yang agak berpatutan.
Image result for santai di tasik titiwangsa
Image result for santai di tasik titiwangsa
Image result for santai di tasik titiwangsa
Image result for santai di tasik titiwangsa
Dari sini nampak pemandangan KLCC. Udara bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Image result for santai di tasik titiwangsa
Image result for santai di tasik titiwangsa
Salah satu favourite anak-anak. Bermain belon gergasi. Satu bekas belon dalam RM2. Seronok melihat anak-anak gembira di hujung minggu.
Image result for belon gergasi di tasik titiwangsa
Image result for belon gergasi di tasik titiwangsa
Playground pun ada disediakan. Di sini ibubapa kena perhatikan kerana ada sesetengah bahagiannya sudah rosak i.e. berlubang. Merbahaya juga kalau anak-anak terpijak. Boleh terseliuh kaki dibuatnya.
Image result for santai di tasik titiwangsa
Image result for belon gergasi di tasik titiwangsa
Aktiviti lain antaranya berjogging, makan-makan santai di taman, dan pelbagai lagi. Kalau nak datang sini disarankan datang awal kerana parking agak limited dan sentiasa dipenuhi orang di hujung minggu. Pernah kami datang terpaksa batalkan hasrat kerana parking sudah penuh. Singgahi tempat lain.
Image result for jogging di tasik titiwangsa
Image result for jogging di tasik titiwangsa
Beriadah dan meluangkan masa berkualiti memang seronok. 
Image result for jogging di tasik titiwangsa
Anyway, Jika ingin menempah hotel di Malaysia saya syorkan menempah melalui Agoda.com kerana ianya menawarkan harga yang berpatutan, pelbagai pilihan hotel dan juga review dari pengunjung yang pernah berkunjung di hotel tersebut.

Kemeriahan Bulatan Dataran Masjid Putra, Putrajaya


Bermulalah sesi pengenalan kepada kasut roda. Stretching…. Pakai kasut pon trainer pakaikan. Bhahaha..aku macam puteri (time ni rasa puteri sangat tunggu 2 jam pastu)



ok nak citer apa aku belajar memang banyak beb. boleh kejung tangan nak taip. Ni pun tangan sakit kat otot2 lengan aku bedal lenjan menaip sebab nak share rasa teruja dengan pembaca blog. (bajet blog femes.ceh!) kita main sampai kurus yeah! GOTCHA!!


Kita kasi gambar lah kan…
Image result for rollerblade putrajaya
Image result for rollerblade putrajaya
Actually semua kemudahan dah tersedia di Putrajaya ni. Memang tak hairanlah kalau orang Putrajaya memang malas nak ke mana-mana sebab semua infra dah tersedia ada.
Image result for rollerblade putrajaya
Malam bersukan keluar peluh syok tu.... Peha bagi ramping terus uolls... Main jatuh bangun biasalah tu... Sakit! Uolls kalau rasa nak jatuh tak boleh nak imbangkan badan lagi yang baru nak main tu, jatuhkan dulu badan ke kanan atau ke kiri. Tak lah sakit. Tak payah jatuhkan kaki, sakit tu....
Image result for rollerblade putrajaya 
Makin lama makin banyak pulak orang berjualan barang-barang mainan lah, sewa kereta remote lah, sewa basikal lah, sewa roller blade lah.. tapi baguslah pada sesiapa yang nak bawak bersiar-siar. Macam-macam ada tak payah susah-susah nak angkut dari rumah.
Image result for rollerblade putrajaya

sebagai penutup, Yaya nak belanja followers Yaya yang Yaya dah print screen ni. Terima kasih sudi baca entry Yaya...!! 

ok bye! ^_^