Assalamualaikum, selamat tengahari...yaya mengaku, yaya memang kaki 'selfie'. Kekadang rasa terpanggil bila ada yang memperkatakan pasal 'selfie', dan kalau sampai satu tahap yaya dah jumpa kamera, haaa....amek kau, habis penuh fon dan kamera kawan-kawan dengan gambar yaya..hahaha....
Dekat sini yaya suka sangat nak jemput rakan-rakan blogger untuk memeriahkan "Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel" !!
Sanggup pergi tandas wanita tangkap satu gambar selfie ni haaa.....nak nyorok kat mana pun tak tahu dah...
Mohon jangan jatuh hati yee.....kikikiii
Bukan nak cakap apa laa ehh...kekadang rasa perasan sendiri raut wajah I iras-iras Norjuma Habib..hihiii...siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kan..??hehee....
Yaya nak kongsi sikit cerita yaya bersama Exchange Feed Group. Banyak yang yaya peroleh daripada rakan-rakan blogger di EFGroup dimana mengajar yaya cara nak naikkan follower, nak cantikkan belog, macam mana nak tarik pembaca, dan banyak lagi....terima kasih kepada sifu-sifu dan rakan blogger EFGroup !! Love you so much !! muahhx0x0x0oooo ... ^_^
Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan tudung tetapi kekurangan modal dan kepakaran? Tak mengapa. Jom sertai program affiliate tudung SIMPLEHIJAB dan berpeluang menjana pendapatan sampingan setiap sebulan. Daftar sekarang melalui link berikut:
Keistimewaan
Apakah keistimewaan yang dibawakan oleh sistem affiliate SIMPLEHIJAB ini adalah:
1. Pendaftaran adalah percuma. Tiada sebarang yuran atau caj yang akan dikenakan. 2. Anda tidak perlu menyimpan sebarang stok. 3. Anda tidak perlu menguruskan order atau pembelian. 4. Anda hanya perlu berkongsi unik URL atau link yang disediakan ke semua laman media sosial anda seperti Facebook dan Twitter. Ataupun hanya dengan semudah melalui Whatsap dan bersedia untuk menerima komisen. 5. Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 10% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada jenis tudung) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh anda ke sistem kami. 6. Tiada had tempoh yang ditetapkan untuk penerimaan komisen bermaksud anda akan tetap menerima komisen selagi mana SIMPLEHIJAB beroperasi.
Tentang SIMPLEHIJAB
Apa yang lebih menarik lagi?
• Anda boleh meningkatkan lagi komisen anda dengan cara mengajak lebih ramai rakan-rakan anda untuk menjadi Affiliate Agent kami dengan menggunakan Unique URL atau link yang disediakan di ruangan dashboard akaun anda. • Anda berpeluang untuk menerima komisen sehingga 5% bagi setiap pembelian (tertakluk kepada barangan) yang dilakukan oleh pelanggan yang di-referred oleh 'your referred agents' ke sistem kami. • Namun anda tidak akan menerima sebarang komisen bagi pembelian daripada pelanggan yang di-referred oleh agent yang di-referred oleh 'your referred agents'. Pendaftaran
Hari ini kerja Yaya join GA, GA dan GA...huuurreyyy......join jom GA Nina. Minal Aidil Wal Faizin Nina :)
Salam Readers..
Bersempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini, Nina dengan sukacitanya ingin mengadakan Giveaway buat rakan-rakan blogger yang dikasihi, dihormati dan disayangi. Harap sudi join ya :)
*kalau tak boleh copy, highlight semua dan tekan ctrl C
Syarat-syarat :
1. Follow blog Nina
2. Untuk Team BU .. Sila letakkan hashtag #BloggerUtara(peserta lain dari utara boleh inform ya)
3. Buat 1 entry title "Kad Raya GA by Nina"
4. Masukkan banner GA ke dalam entry dan backlink ke blog Nina
Seriously.., Yaya suka sangat, teruja pun ada kalau nak tahu..bukan Yaya seorang sahaja yee...seramai 20 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berserta wakil - wakil dari pihak media turut serta turun bersama. Terima kasih atas kesudian blogger BEN ASHAARIatas idea beliau untuk mengadakan program yang bermanfaat ini, dapatlah kami semua merasai sendiri secara praktikal mengenai apa yang ingin disampaikan di dalam DVD "Warna & Kerjaya".
Seorang hawa hebat yang diberi nama Shuhada Alauddin, 35 tahun kelahiran Alor Setar, Kedah sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai peguam profesional selama hampir 11 tahun semata - mata kerana atas minatnya beliau kepada kajian warna pada personaliti dalam kehidupan seseorang dan kini digelar Pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna dan Analisis Perlakuan. Menurut pengetahuan Yaya setelah dibuat kajian ( ececeh....) pencapaian beliau membuat Bengkel pembentukan personaliti yang diiktiraf media dan pernah ke Jakarta atas jemputan klien korporat.
Beliau juga telah berjaya menghasilkan modul - modul khas yang membincangkan topik tertentu bagi tujuan membantu setiap individu dapat menghasilkan apa yang mereka mahukan dalam kehidupan dengan memulakan perubahan kerjaya mahupun business start upsebagai maltamat utama.
Seperti yang sedia maklum, MYRYL yang disebut sebagai my - real adalah singkatan bagi " Master Yourself Revamp Your Life" [www.myryl.net], adalah sebuah syarikat yang pengasasnya adalah Shuhada Alauddin sejak 3 tahun lalu.
Oleh kerana syarikat ini adalah syarikat yang pertama menawarkan kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku yang dipanggil (behavioural analysis), ianya memang patut untuk dibanggakan.
Antara kelebihan mereka adalah membantu individu membuat pertukaran kerjaya. Haa...menarik bukan?? Yaya dah dapat warna Yaya, terasa bagai nak melompat aihhhh....nak tukar kerja boleh tak???hahaha.....
Merah Jambu
Ahaa....Yaya dah jumpa warna Yaya sewaktu pergi ke bengkel ni haa....alright..,for the first, Yaya nak beritahu untuk dapatkan warna dalaman dan warna luaran, Yaya kena di'scan' terlebih dahulu, macam mana nak 'scan'?? para pembaca boleh dapatkan DVD dan 'study' lah di situ nahhh..... :)
80% adalah warna dalaman dan 20% pula adalah warna luaran kita ye, jap...nak diberitahu dari awal, ini bukan tilik nasib aa...tidak...bukan aa....kita diagnose atau 'scan' orang...what??scan orang?? Sebelum tu nak diberitahu Pentingnya Mengenali Warna Diri melalui kekuatan diri, potensi diri, mengenalpasti kelemahan dan keyakinan diri.
Nak beritahu awal ni aa....ini Yaya senaraikan sifat - sifat ada pada Yaya yang Yaya tengok dalam 'list' yang depa bagi ni nah...Yaya tak cakap aa...Yaya 'list' kan balik jaa... :)
Merah jambu adalah warna dalaman Yaya yang membawa maksud sebanyak 80% yang sememangnya betul ada pada diri Yaya seperti terbuka, rasional, kreatif, keriangan, pemurah / prihatin, intuitif, tersendiri, reka cipta dan suka bersaing (haahaaa....yang ni no komen aaa...)
MYRYL ni ada DVD tak eh?? ehh ehh....off course lah ada uollss....ini adalah merupakan DVD yang pertama kalinya dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya. Bagi yang tergerak hati nak buat perniagaan namun tidak tahu apakah kerjaya mahupun perniagaan yang perlu diceburi, boleh juga dapatkan modul - modul dalam DVD tersebut. Ada yang tak sabar nak belajar tak? klik sini
Alright, berbalik pada DVD ni, uolss dapat banyak pengetahuan yang ingin dikongsikan oleh Shuhada di sini berkaitan bidang -bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau bertujuan bagi membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka impikan selama ini agar menjadi kenyataan, tentang apa yang boleh kita jangkakan selain mendapat langkah yang perlu diambil apabila hendak membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan baru.
Lebih menarik lagi apabila DVD ini mampu memberi pendekatan yang diambil Shuhada bagi berkongsi serta membantu orang ramai yang tergerak hendak membuat pilihan hidup dengan membuat perubahan kerjaya mahupun memulakan perniagaan melalui warna sahaja selain membuat perkongsian mengenai aplikasi warna dalam kehidupan seharian !
“People always have a dream job that they wish they could be doing and most often
these people already have a steady career that has nothing to do with their dream
job. So to get started all over again and do their dream job [even without leaving
their current job] is going to be scary and normally people will choose to let it go
and let it remain a dream. So that’s what I’m trying to do here today; help them see
and charter the way so that it can reduce their anxiety about starting from square
one and hopefully get them one step closer to their dream” – kata Shuhada yang
mempunyai pengalaman sendiri tentang pertukaran kerjaya apabila beliau
membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya beliau sebagai peguam dalam
bidang korporat selama 10 tahun bagi memulakan MYRYL dan kini menjadi
perunding dan pakar dalam pembangunan personaliti, terapi warna dan analisis
perlakuan.
Nak Contact dengan depa?
Haa...mai sini ceq nak habaq...Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bengkel selanjutnya, sila layari laman web www.myryl.net . Untuk mendapatkan info berkaitan atau mahu berhubung dengan merka melalui e-mel, sila hantarkan ke ask.us@myrylpoint.net . Atau terus hubungi Nadhir Nordin ke 019-939 0135 atau emelkan ke nadhir@myrylpoint.net .
Mai nak belanja beberapa gambar 'happy' kami lepas kena 'scan'. Jangan kata kami main 'black magic' aa...kalau dah dapat warna dengan nombor personaliti, jangan salah pakai buat nombor ekor aa....tak moa aa...dilarang sama sekali...hihihiii....ok bye...jumpa next entry...tata....muahh!!!
Assalamu`alaikum sahabat - sahabat sekalian. Pertama sekali Yaya nak ucap Selamat Pengantin Baru buat semua yang telah selamat mendirikan rumahtangga. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah-Nya. amin...in shaa Allah..buat kepada yang sedang merancang perkahwinan, Yaya ada entry yang penting buat sahabat - sahabat termasuklah Yaya yang belum berkahwin ni. Kita nak berumahtangga mestilah kena jumpa bakal mertua dulu kan, eh, nak jumpa bakal mertua ni pun macam kena jawab exam tahu. Tak tahulah bergetar ke tidak lutut nanti jumpa bakal mertua.
Taraa !!
Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.
Ok..For the 1st, Nak jumpa bakal mertua ni yang penting sekali NIAT. Bila kita bawa niat yang baik dan bersungguh-sungguh untuk bersuami/beristerikan seseorang tu, automatik separuh daripada diri kita dah berada dalam keadaan "sedia". Sedia apa? Sedia untuk kena 'ceramah'. Hehe... Tak la..maksud Yaya, sedia untuk terima teguran/kritikan dan sebagainya. Dari segi MENTAL nak kena prepare jugak , ingat ehh...ingat nak ambil exam je ke kena prepare mental? Nak jumpa bakal mertua pun macam nak ambil exam tau. So, kena prepare la mental tu. Bila kena puji tu, jangan nak kembang2. haa...hihi..Tapi ambil pujian tu untuk istiqamah dengan kelebihan kita. Tapi bila kena kritik/tegur, jangan pulak terus nak melawan bakal mertua tu.Memang kena REJECT terus. Ambil iktibar dan perbaiki yang kurang. Ok? Faham? Ok cun! Then, Kita anggap nak jumpa bakal mertua ni macam nak pergi interview keje gomen. Hehe..Biarlah KEMAS dan sedap mata memandang. Jagalah FIZIKAL ye.. Yang lelaki jangan pulak datang dengan rambut serabai, baju entah apa-apa. Lain la bakal bapak mertua tu rockers ke apa. Kalau jiwa sama ngan kita, tak kisah la. Haha. Yang perempuan lak, jangan la pakai baju tak cukup kain. Biarlah keluarga bakal mertua awak tu sosial macam mana pun, tapi ni soal ADAB DAN SOPAN. Sila la sopan ye. :) Ahaa...yang ni Yaya paling suka.KEMAHIRAN yee...Kemahiran banyak cabang dia. Kemahiran mengambil hati, berbual, memasak antara kemahiran yang basic PERLU ada. Bukan WAJIB tapi PERLU. Yang tak tahu, belajar. Tapi yang dah tau, jangan sesekali tunjuk pandai sangat depan mereka. Jangan tunjuk yang kita LEBIH tahu. Nanti mereka terasa tercabar. Kena orang yang pantang dicabar, parah jadinya. Silap2 ajak bergusti kat situ.Hehe... PENGETAHUAN Ni lebih kurang macam kemahiran . Cuma Yaya nak tambah sikit tips ni khas buat mereka yang beragama Islam. Tepuk dada tanya iman. :) Jangan sampai "zero" bab agama. Biasanya mak abah ni nak yang terbaik untuk anak2 tau..Kadang-kadang , dari sikap seseorang yg jaga solat pon dah boleh buat diorang "cair" dan boleh terima kita dengan hati yang terbuka.Tapi jangan pulak sampai berlakon semata-mata.JUJUR la ye.. Ingat, TAK TAHU, BELAJAR. Tak boleh jugak, mengaku je yang kita tak tau. Tanya la bakal suami/isteri awak - awak semua perihal keluarga dia. SELIDIK lah ..Apa yang mak ayah dia suka dan tak suka.So, awak - awak boleh lah berhati-hati dalam segala tindak tanduk awak - awak nanti. :) Nak 'exam' kena lah 'study'. Kan ?? hihi.... ok...nanti ada lagi entry Yaya nak share kepada sahabat - sahabat. Harap perkongsian Yaya ni berguna laa ehh untuk akan datang. =)
menambat hati suami sesuatu yang sukar dilaksananakan? * photo by xaliaz
Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.
Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.
Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:
1. Mengambil berat tentang penampilan suami
Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.
Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.
Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.
Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.
Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.
Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu.
Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”
2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil
Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?
Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.
Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.
3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami
kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.
Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.
Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.
Rugi ke senyum?
4. Layan suami seperti raja
Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.
Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.
5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami
Lelaki kadang-kadang suka dipuji.
Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.
Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.
Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”
Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.
6. Jangan berleter!
Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.
Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.
7. Menambat hati suami dengan menemaninya makan
Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.
Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.
Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”
Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.
Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini.
Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.
9. Jangan terlalu kuat membangkang
Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.
Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.
Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.
Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.
10. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran
Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.
Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.
11. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan
Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.
Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.
12. Sediakan tempat tidur yang eksklusif
Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.
Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.
Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.
13. Elakkan gangguan
Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.
14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada
Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.
Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.
Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.
15. Jangan kuat merajuk
Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.
Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?
16. Beri pendapat bila ditanya sahaja
Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.
Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.
17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami
Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.
Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.
Penutup:
Kebahagian rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak, baik dari pihak si isteri mahupun suami. Semuanya memainkan peranan yang penting.
Yang penting kedua-dua belah pihak berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangan masing dan berusaha mengekalkan keharmonian serta kehangatan dalam rumah tangga.
Peranan bridesmaid amat penting bagi semua majlis perkahwinan, tanpa mereka, pasti anda akan bertukar menjadi seorang Bridezilla. Jadi untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan 15 cara menarik boleh anda lakukan untuk melantik watak-watak penting ini.
#1. Kerongsang (Brooch) untuk shawl / tudung
Hadiahkan sebuah kerongsang untuk mereka pakai pada hari majlis.
Foto: Buzzfeed
#2. Kad Simple
Kadangkala tidak perlu pun All-Out, sekeping kad yang cantik sudah mencukupi.
Foto: thestylefairy.ie
#3. Kad Bersama Info
Okay, jika kad diatas terlalu simple. Anda boleh membuat satu kad yang mempunyai semua maklumat yang diperlukan oleh bridesmaid anda. Contoh: Warna baju bridesmaid, peranan masing-masing dan mengapa mereka dipilih menjadi bridesmaid anda.
Foto: raymondleejewelers.net
#4. Kad Kotak Mancis Kalau anda jenis yang suka D.I.Y, boleh cuba idea menarik ini. Foto: etsy.com
#5. Lollipop Cincin Idea yang comel adalah untuk "propose" kepada bridesmaid anda dengan lollipop berbentuk cincin.
Foto: southernchicservices.com
#6. Kad Interektif
Untuk mendapat mesej yang ingin disampaikan, bridesmaid anda perlu meniup belon tersebut. Ini menarik jika diedarkan ketika bachelorette party anda, sebagai satu aktiviti atau pertandingan siapa tiup cepat.
Foto: raymondleejewelers.net
#7. Mesej dalam balang kaca.
Tulis mesej khas untuk setiap dulang girls anda, kemudian letakkan kedalam balang kaca kecil. Pasti mereka akan menghargai pemberian anda walaupun kecil.
Foto: bespoke-bride.com
#8. Botol Wine
Untuk anda yang bukan Muslim, bolehlah menghadiahkan sebotol wine yang telah dilekatkan gambar anda & bridesmaid beserta mesej yang ingin disampaikan. Untuk yang muslim pula, jika ingin membuat idea ini, bolehlah tukarkan wine kepada air sparkling.
Foto: Pinterest.com
#9. Photo album mini
Kumpulkan gambar-gambar anda bersama setiap bridesmaid, kemudian compilekan menjadi sebuat photo album mini. Pasti mereka tersentuh apabila menerima hadiah tersebut.
Foto: templesquare.com
#10. Loket bermasa initial masing-masing
Personalisedkan nama setiap bridesmaid anda pada loket sebagai kenangan.
Foto: theknot.com
#11. Set kecantikan kuku. Hadiakan sebuah set kecantikan kuku untuk bridesmaid anda supaya mereka boleh membuat persiapan dan kelihat confident pada hari majlis.
Foto: Kate Aspen
#12. Tudung / Shawl
Untuk pastikan bridesmaid anda memakai tudung yang sama hadiakan mereka tudung warna pilihan anda.
Foto: Pinterest
#13. Biskut
Kalau dah pening sangat & tidak cukup masa, apakata berikan saja sekeping biskut yang dihias cantik. Setel.
Foto: notonthehighstreet.com
#14. Kain untuk dijadikan baju bridesmaid.
Untuk elakkan majlis anda menjadi tema pelangi, amat dinasihatkan untuk anda sponsor dulang girls anda kain untuk mereka hantarkan ke tukang jahit masing-masing.
Foto: handmadeisbetterblog.com
#15. Be-My-Bridesmaid Kit
Akhir sekali jika anda mempunyai budget yang lebih dan suka D.I.Y, bolehlah sediakan sebuat kotak yang lengkap untuk bridesmaid anda. Dalam kotak tersebut mempunyai kain untuk dibuat baju, selendang, tona warna yang telah dipilih untuk bridesmaid, peranan masing-masing, atucara majlis, info-info penting yang perlu bridesmaid alert dan jangan lupa nota khas buat setiap seorang. Foto: societybride.com
Jodoh itu Allah berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita. Kadang kita berharap sangat dia jodoh kita, tapi dia bukan jodoh kita.Ada pula kita harap sangat di bukan jodoh kita ,kita benci dia tapi akhirnya kita tersuka dengannya dan ternyata dia memang jodoh kita bersamanya hingga hujung nyawa. Ramai yang sanggup berkorban apa saje untuk pastikan dia adalah jodohnya ,sanggup abaikan ibu bapa, nasihat dari kawan-kawan untuk mendapatkan cinta sejati dan cinta mutlak dua insan yang bercinta. Padahal cinta sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta semata-mata kerana Allah.
Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita. Saat kita nak berjumpa dengannya ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak di duga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Nak kawin kena berhenti kerja, kereta rosak, kemalangan dan sebagainya.Kita merungut apa yang berlaku.Bayangkan kalau ketika itu juga nak kawin ? nak beri makan apa anak orang ?
Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang bersesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.
Jadi kenapa perlu takut ? Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang telah uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita.Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman ALLAH Subhana wa Ta’ala yang berbunyi :
Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah. Adz-Zaariyat : 049.
Tak perlu sangsi dengan ketertuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita.
Sentiasa memperbaiki diri.
Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
Kaum hawa yang acik hormati sekalian, boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka idaman karena persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.
Senantiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.
Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju . Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah.Sebagai contoh , nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.
Perbanyak membaca buku-buku tentang pernikahan dan keluarga.
Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang duniaalam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri, dosa-dosa seorang isteri dan dan sebagainya.
Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah.Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita.
- See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/11/jodoh-itu-allah-pertemukan-pada-waktu.html#sthash.RjrO362w.dpuf

- See more at: http://www.akupenghibur.com/2013/11/jodoh-itu-allah-pertemukan-pada-waktu.html#sthash.RjrO362Sentiasa memperbaiki diri.
Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
Boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka/gadis idaman kerana persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.
Sentiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.
Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju . Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah.Sebagai contoh , nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.
Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang dunia alam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri ,tugas seorang suami, dosa-dosa seorang suami ister dan dan sebagainya.
Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah.Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita. -