Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

1 October 2015

Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel

Assalamualaikum, selamat tengahari...yaya mengaku, yaya memang kaki 'selfie'. Kekadang rasa terpanggil bila ada yang memperkatakan pasal 'selfie', dan kalau sampai satu tahap yaya dah jumpa kamera, haaa....amek kau, habis penuh fon dan kamera kawan-kawan dengan gambar yaya..hahaha.... 

Dekat sini yaya suka sangat nak jemput rakan-rakan blogger untuk memeriahkan "Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel" !!


Sanggup pergi tandas wanita tangkap satu gambar selfie ni haaa.....nak nyorok kat mana pun tak tahu dah...


Mohon jangan jatuh hati yee.....kikikiii


Bukan nak cakap apa laa ehh...kekadang rasa perasan sendiri raut wajah I iras-iras Norjuma Habib..hihiii...siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kan..??hehee....

Yaya nak kongsi sikit cerita yaya bersama Exchange Feed Group. Banyak yang yaya peroleh daripada rakan-rakan blogger di EFGroup dimana mengajar yaya cara nak naikkan follower, nak cantikkan belog, macam mana nak tarik pembaca, dan banyak lagi....terima kasih kepada sifu-sifu dan rakan blogger EFGroup !! Love you so much !! muahhx0x0x0oooo ... ^_^

CAPTION :

LIFE IS MAGICAL FROM POINT OF VIEW !!


29 September 2015

Padah Cinta Pinoy



MICHAEL (kiri) mendengar masalah Ling pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.


Selamat pagi...haahaa...pagi ni aku buka Harian Metro Online dan apa yang paling menarik perhatian aku adalah....psssttt....seorang wanita warga asing yang berasal dari Filipina berjaya merakam video 'vogel' mangsa yang ingin lebih dikenali sebagai 'Ling' yang masih berusia 17 tahun. Kau !!huuuu....hebat...

Lebih - lebih lagi diorang ni hanya kenal dari laman sosial 'facebook' jer pon sebelum buat rekod video dekat 'Skype' !! huuu...Paling mengejutkan aku bila baca "Cinta Kilat Pinoy", diorang ni berkenalan baru jer dua jam kotttttttt sebelum perempuan Filipina tu membuka baju dan 'Ling' pun membuat perkara yang sama..tak pasal - pasal dah kantoi aksi 'Ling' dan tersebar di internet kerana terpedaya dengan pujuk rayu perempuan tu..

Hailaaa.... #aptb laa....pengajaran yang aku nak sampaikan di sini, korang janganlaa buat kerja gila bila dah jatuh cinta "olok - olok" di media sosial ni..sebab kekadang bukannya serius pun perasaan diorang, pandai main ayat sikit jer...cun sikit jer...kalau iman kau tak kuat,masuk kandang rimau lerr gayanya...ihihihii....


28 September 2015

TUTORIAL : Cara Mudah Pasang Widget Live Traffic

Hai !

Petang ni yaya belajar satu lagi pasal widget yang selalu yaya nampak pada belog orang lain, iaitu Live Traffic. Suka rasanya nak kongsikan dekat korang...hihii...

Nak terangkan pun, masih banyak lagi yang perlu yaya pelajari...apa pentingnya Widget Live Traffic ni, korang boleh tahu dari mana datangnya pengunjung yang datang ke blog korang. Ikut langkah - langkah di bawah ini untuk dipaparkan ke blog korang . 


1. Masuk web "feedjit.com"




Displaying Untitled.png 


2. "Setting" kan "Personalize Your Feedjit" dan klik "GO!"


Displaying 2.png


3. Copy url yang diberikan


Displaying 3.png



4.  Pilih "HTML/JavaScript" dan paste ke dalam kotak 'dia'


Displaying 4.png


5. Siap !!


Displaying 5.png



15 September 2015

Ikut Yaya Jom !! : Segmen Irrayyan | Hari Malaysia 2015


Hai & Assalamua`laikum semua ..... di kesempatan ini , Yaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang bakal kita sambut pada hari esok 16 September 2015 . 


Yaya baru jerk tangkap gambar selfie tadi ... hihii.... terasa macam perasan Heliza Helmi pulak...ehh.... :) 


Jom ikut Yaya untuk turut serta jugak Segmen Irrayyan : Hari Malaysia 2015 ni .... mudah sangat syaratnya , klik banner Segmen Irrayyan : Hari Malaysia 2015 di atas dan ikut syarat di bawah ni :

Syarat-syarat segmen mommy bagi mudah jer. Kena ikut semua tau. 

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri ini.

4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 

5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 

Tu jer. Mudah sangat kan. 

Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, mommy dah tak kira.





14 September 2015

FAMILY DAY KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 2015 - PART 1




Jutaan terima kasih buat para AJK Kelab Blogger Ben Ashaari  yang bertungkus lumus untuk mengadakan program yang amat berharga buat Yaya pada tahun ini , Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari  . Apa yang Yaya nak luahkan di sini adalah , Yaya berasa ammmattttt teruja kerana dapat turut serta buat pertama kalinya bersama mereka berkumpul beramai - ramai di satu tempat selama tiga hari dua malam iaitu pada 11 September 2015 - 13 September 2015 . Sambil taip entry ni Yaya layan jugak lagu - lagu dalam cerita Winter Sonata . hahaaa....sedih wooo nak taip sini...sebab memang terasa sangat kenangan bersama mereka semua...heheee....syukur sangat - sangat Allah swt telah menemukan kami semua dalam satu program walaupun di dalam hutan ... hehee...memang Yaya tak pernah menjangkakan semua ni akan berlaku dalam hidup Yaya , dan dari situ , maka terciptalah cerita Kelab Blogger Ben Ashaari dalam diari hidup Yaya ... :)



Terima kasih yang tidak terhingga buat penaja utama Cosmoderm yang sentiasa menemani kami dan amat mementingkan penjagaan kulit kami agar sihat sentiasa . 



Di samping itu , buat kak Sue Izza  , Yaya nak ucap terima kasih sangat - sangat kak sue...maaf Yaya tak reti nak bodek , Yaya tak reti nak puja - puja ...tapi Yaya memuji akak dan kagum dengan kesungguhan cara bekerja akak . Yaya respect sangat....terharu sangat sebab seminggu sebelum berlangsungnya family day kita ni , akak dah ambil berat pasal Yaya...akak 'keep alert' pergerakan Yaya dari cara Yaya berblog , gaya penulisan Yaya , nasihatkan Yaya...terima kasih terima Yaya seadanya dan membantu memperbaiki kelemahan Yaya dalam berblog ... semoga akak dipermudahkan urusan selalu..in shaa Allah.... :) 


Okey ! Buat Kaio Studio ... Fuhyooohhh...gempaklah korang...hahaa....daa laa hensem - hensem...comel - comel fotografer dan videografer dia...hahaa....foto dengan video kitorang jangan cakaplaa...memang smart giler weyhh dorang buat untuk kitorang ....hahaaa.....gerek seyh !! Tak puas Yaya tengok ketekunan korang nak bikin hasil kerja korang ni tau tak !! hahaaa....buat para pembaca blog Yaya , kalau korang nak buat program yang perlukan fotografer dan videografer , korang gunakan perkhidmatan Kaio Studio ni haa....komfem takkan menyesal ! Billion thanks a lot Kaio Studio !! :-*



Buat Az Zuha Travel Tours , Yaya nak ucap terima kasih bebanyak sebab sudi taja baju kami Kelab Blogger Ben Ashaari ... Yaya siap dapat dua lagi tau baju baru...seronoknyaa...hihihii.....kalau korang nak tahu , kitorang pun ada rumah sukan jugak tau ! Ianya terbahagi kepada empat rumah sukan iaitu Merah , Biru , Hijau dan Ungu...kalau macam dulu waktu sekolah , Yaya selalu dapat rumah merah. Tapi kali ni , Yaya dapat rumah Biru ... rasa janggal sikit .... hehehe.... 

Ada pelbagai aktiviti dan acara permainan yang kami kongsikan kegembiraan bersama , antaranya Senamrobik , Zumba , Flying Fox , permainan Sukan Rakyat dan Junggle Trekking .... 
Untuk permainan Sukan Rakyat ., ada dua games antaranya sukan di darat dan di air...hihii...nak tengok video comel kitorang wrestling dekat air tak ?? haa.... mehh klik dekat sini 


>> Ada banyak lagi gelagat yang korang boleh tengok dekat apabila pergi dekat Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari 2015 dengan dekat sini @yayacendana . Jangan lupa follow sekali tau .... ^_^


Dan selepas itu kami dihiburkan oleh penari Indian Boys aka Abang - Abang Api ni pulak haa....seksi tak diorang ?hihiii.... :D


Tengah duk leka main fon update instagram , tiba - tiba jerk nama 'Yaya Cendana' kena panggil naik pentas ambil hadiah .. Yeayyy....Yaya menang award Lucky Draw !! hihihi.....sebenarnya Yaya tak berapa minat baca novel tau , haa...Yaya lagi suka baca komik . Tapi Yaya takkan sia - siakan hadiah yang istimewa ni...jiwang jugaklaa tajuk novel ni..hihiii...nak tahu buku apa Yaya dapat ? dan siapa penulisnya ?? Nantikan entry Yaya yang akan datang tau...muahXoxoo00 !! :-*  












7 September 2015

Style Workshop Bersama WAWA IDRIS





Pada 5 September 2015, telah berlangsungnya program Style Workshop bersama WAWA IDRIS bertempat di Hotel De Palma yang turut disertai seramai 30 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Setinggi - tinggi perghargaan buat barisan penaja seperti Kaio Creative Studio, Butik Chemboja, Salees Food, MBH SPA, Uncle Kay Photography, EyeMaster, Ratu Jannah dan Raja Jannah !!





Dalam program ini, terdapat pelbagai formula yang kami peroleh ketika mengikuti bengkel ini. ABC adalah antara yang paling mudah untuk kita fahami, iaitu:



A - A ppearance           - Kemahiran 

B - Behavior                - Kelakuan 

C - Communication     - Komunikasi





Apa itu TOP? TOP adalah kata ganti bagi 

T- Time  = Waktu yang sesuai, samada siang atau malam
O- Occasion  = Bentuk sesebuah majlis atau program
P- Place  = Tempat yang ingin dituju


Selfie? 

S- Stop comparing yourself
E- External perspective
L- List your awesome traits
F- Focus on achievements
I- Inner self
E- Embrace yourself




MIX & MATCH !!


Dalam pembelajaran ini, kami juga diajar cara untuk MIX & MATCH !! 

INGAT! Dalam almari pakaian kita, hanya 20% adalah apa yang kita gunakan segala bentuk fesyen pakaian, membazir tak rasa? Agak - agaklah kan .... nak buat apa dengan pakaian yang kita tak pakai tu ehh .... boleh sahaja kita mix and match kan antara baju dan seluar atau kain yang bersesuaian. Paling tidak pun, kalau dah taknak guna dah, bersedekahlah yee .....


Program ini diakhiri dengan persembahan dari penyanyi undangan, Nik Nabil 


Serba sedikit mengenai WAWA IDRIS >>




Beliau adalah seorang perunding imej korporat dan selebriti berpengalaman dan bertauliah bagi menyediakan seminar imej dan penjenamaan. Beliau turut mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Paling mengagumkan, kini beliau sudah bersama kami Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai Perunding imej kami ... yeayyy !!! hehehee ..... 


Bersyukur apabila menjadi salah seorang pemenang bagi cabutan bertuah. Terima kasih Butik Chemboja !!

Ingin menjadi sebahagian dari kami yang telah merasai perubahan ini? Bolehlah hubungi beliau melalui >>