Showing posts with label Kecantikan Bermula Dari Dalaman. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan Bermula Dari Dalaman. Show all posts

30 September 2015

BLOGLIST "BELOG BEST" !! DE Yaya Cendana





Assalamualaikum .. terima kasih sudi hadir ke belog yaya. Huuu....baru jer dapat peluang nak up satu entry untuk petang ni.. Ahaa !! malam tadi baru jer yaya upload satu gambar dekat laman instagram dan facebook yaya pasal nak buat penambahan ahli di bloglist "BELOG BEST"..

Malam berganti siang...siang berganti malam, genap dah sebulan bloglist "BELOG BEST" ni kan...hihiiixx...ok, untuk kekalkan bloglist sambil meramaikan lagi kaum kerabat "BELOG BEST", yaya mengenakan dua syarat jerk...hihi...

Syarat - syaratnya adalah :

1) Follow blog "Yaya Cendana"
2) Tinggalkan "url" hangpa semua ke dalam ruangan 
    komen...

Tempoh :

30 / 9 / 2015 - 6 / 10 / 2015

Sooo simpleee...hihihi.....pada yang dah 'follow' & buh 'url' hangpa..., rajin - rajinlah hinggap ke rakan - rakan yang sedia ada dalam bloglist ni nahh.....thank you sooo muchhh....muahhxoxo... !! :)

Salam hormat,
Yaya Cendana

29 September 2015

Happy International Coffee Day!






Selamat petang...terkejut buka dekat facebook semua duk viral hari ni adalah 'Hari Kopi Sedunia' ! Tahun - tahun sebelum ni takdak pulak dengar kopi pun ada hari special..ingatkan manusia jer yang ada hari istimewa...lebih - lebih lagi bila dapat tahu dekat luar negara sana diorang dapat minum kopi secara percuma. Walaupun aku bukanlah penggemar kopi, tapi bila dapat tahu, macam best jer kan kalau dapat minum free - free jer.. Agak - agak dekat Malaysia ni ada tak yang buat macam tuh..??hihii...kalau ada, jangan lepaskan peluang untuk bawa sekali insan tersayang untuk menikmati secawan kopi yang punyai aroma mempesona...


SELAMAT HARI KOPI !!

FENOMENA Super Blood Moon hanya akan berlaku lagi pada 2033



Assalamualaikum...pagi ni yaya rasa macam lapang sikit, tak banyak kerja sangat dan buat yaya menjadi - jadi nak 'search' macam - macam dekat Mr. Google..sampailah yaya dapat satu topik menarik untuk yaya tahu. Pengetahuan Am, yaya suka sangat baca Pengetahuan Am...lebih - lebih lagi lebih kepada fiksyen Sains. 

Kalau macam cerita, yaya pun lagi suka tonton cerita fiksyen sains..Sebagai contoh, 'Atmosphere', 'Star Wars', 'The Terminator', 'Avatar', 'Chappie', 'X-Men', 'Twilight', 'Avengers' dan banyak lagi..haaa....jangan kata cerita mat salleh jer yang yaya pilih buat senarai yee..sebab memang hakikatnya kalau movie fiksyen sains, yaya lebih memilih movie mat salleh berbanding negara India mahupun tempatan.

Apa itu 'Super Blood Moon' ?

Apa yang yaya nak kongsikan sikit dekat sini, berdasarkan hasil bacaan yaya pada banyak bahan bacaan di laman sosial, 'Super Blood Moon' atau lebih dikenali sebagai 'Bulan Berdarah' adalah gabungan tiga kejadian bulan penuh, fenomena Perigee dan juga gerhana bulan. Dalam tempoh beberapa tahun sekali, satu fenomena gerhana bulan yang kelihatan aneh akan berlaku kerana pada waktu itu bulan akan bertukar warna menjadi kemerah - merahan.

Walau bagaimanapun, fenomena itu hanya dapat dilihat dengan mata kasar di benua Eropah, Afrika, Amerika dan juga sebahagian barat dan selatan Asia sahaja kerana kejadian itu adalah perubahan pada pergerakan bulan ketika hampir dengan bumi.


Gabungan bulan penuh hanya dapat dilihat jelas terutama pada waktu siang. Fenomena 'Super Moon' berlaku kerana bulan berada pada kedudukan orbit paling hampir dengan bumi yang dikenali sebagai 'Perigee'. Semasa bulan di kedudukan 'Perigee', ianya dalam fasa penuh dan boleh dilihat lebih dekat dan lebih terang berbanding biasa. 

Fenomena gerhana bulan yang menyebabkan ianya kelihatan berwarna merah disebabkan bayang - bayang pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi. Kali ini, peluang untuk lihat saiz bulan iaitu 14% lebih besar berbanding semasa gerhana penuh pada April yang lalu. 

Semasa fenomena 'Super Blood Moon', bulan akan kelihatan lebih terang sebelum gerhana dan berwarna kemerah - merahan semasa gerhana. Fenomena ini mudah dilihat orang ramai yang berada di kawasan ianya berlaku. Orang ramai boleh melihat fenomena tersebut tanpa memerlukan sebarang peralatan bantuan penglihatan seperti 'mikroskop'.

Di Malaysia, hanya fenomena Apogee dan bulan penuh yang dapat dilihat dengan mata kasar pada April yang lalu. Tambahan pula, kejadian yang menggabungkan tiga fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 2033 akan datang. Di Malaysia, gerhana bulan dapat dilihat pada 2018 nanti. 


Selain itu, 'Super Moon' juga boleh memberi kesan terhadap bumi di mana kejadian pasang surut laut akan berlaku, namun tidak akan menyebabkan berlakunya bencana alam kerana bulan mempunyai daya tarikan graviti yang mampu mempengaruhi air laut.

Sebagai kesimpulan, perlu untuk kita tahu kejadian alam semesta yang Allah swt cipta adalah suatu anugerah terindah terhadap penduduk bumi untuk melihat ciptaanNya yang amat unik, agar menyedari kita sebagai hambaNya perlu bersyukur di setiap apa yang tertulis pada qada` dan qadar DIA .

Wassalam...


28 September 2015

JOM !! : Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa !!


Syarat-syarat : 

1) Follow blog Anizz Annisa **kalau yang masih belum follow**

2) buat tajuk " Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa "

3) copy banner dan baclink ke entry ini.. dah siap copy banner, tinggalkan url blog korang di entry ini sahaja.. letak link dekat tempat lain tak dilayan taw..

4) Nyatakan nama korang dan jenis blog anda contohnya blog anis adalah blog personal..

5) tarikh tutup : 30 September 2015 jam 6 petang

**senarai peserta blogwalking akan diupdate dari masa ke semasa..


jom semua kita blogwalking !


Nama Saya : NURHIDAYAH BINTI NORDIN

Nama Blog : Yaya Cendana

URL blog : www.yayacendana.com

Jenis blog : Personal, Lifestyle, Review

Tarik Tamat : 30 September 2015 jam 6 petang



23 September 2015

Yahaira Leanne, Nama Anak Lisa Surihani & Yusry KRU

Haiii laaaa....kiutnyer anak Lisa Surihani & Yursy KRU, tapi sayangnya yaya tak berminat nak paparkan gambar muka baby yang masih segar lagi lahir di dunia ini, dekat sini.




Seperti yang dijanjikan oleh kedua - dua pasangan romantis, Lisa & Yusry telahpun mengumumkan nama anak sulung mereka menerusi akaun instagram mereka. 'Yahaira Leanne' nama diberi yang membawa maksud "Wahai Sebaik - Baik Kelembutan" . Namanya amat cantik dan sedap untuk disebut..


nama anak lisa surihani


Tahniah kepada pasangan, Lisa & Yursy atas kelahiran puteri sulung mereka dan semoga Yahaira Leanne dikurniakan kesihatan yang baik serta menjadi anak yang berjasa kepada orang tua dan menjadi kebanggaan negara.....in shaa Allah..... :)


22 September 2015

REVIEW : BLOGWALKING EMAS PUTIH !!

Displaying 3.png

Assalamu`alaikum & selamat malam....pada 17 September yang lalu, uzu atau dikenali sebagai 'Emas Putih' ada post 'Jom Blogwalking ! Tinggalkan Link Blog Anda !' di blog dia....yayac dengan pantasnya hinggap ke sana dan letakkan url blog yayac tanpa fikir apa dahh....hihihii....


Displaying 1.png

19 September, uzu post link BW ni di group facebook dalam Kelab Blogger . Kalau korang ada perasan , url yaya ada dekat nombor 5 . Sudi-sudilah kiranya terbang ke sana, jangan lupa untuk follow dan komen murni sepatah dua kata...hiihiii....

Semalam dan hari ini, 22 September. Sebanyak 100 blog yang yayac dah hinggap. Follow dah , tinggalkan jejak pun dah . Terbaru adalah blog Nikmat Hidup Sihat http://nikmathidupsihat.com/ 

Akhir kata, yayac nak ucap terima kasih pada korang yang sudi untuk follow blog yaya . Komen korang memang AWESOME !!!!

Kelab Blogger Ben Ashaari : Tak Kenal Maka Tak Cinta :)

Displaying blogger-image--986255512.jpg


Yeayyyhheeyyyyy.....ingat lagi tak yaya ada kongsi cerita pasal Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari di Hulu Langat hari tu ? Hari ni kami Kelab Blogger Ben Ashaari terpampang di dada akhbar Metro tau ... Bukan itu sahaja , malah Sinar Harian Online juga ... klik sini :D


Displaying 12038379_501449010019286_4159131163117733400_n.jpg


Program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli , Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)  . Kalau macam sebelum ni ramai lagi kawan - kawan KKBA yang yaya berhubung dengan diorang di alam maya, tapi kali ini dapat berkenalan lebih dekat lagi dengan diorang . Bak kata pepatah , 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'  .


Yaya mengharapkan di sini agar ukhuwah yang terjalin antara kita sampai ke syurga ... in shaa Allah .... Love You Kelab Blogger Ben Ashaari .... jumpa lagi ramai - ramai akan datang....rindu sangat-sangat....hurmmmm .... muahxooXooo !!   :-* :)

18 September 2015

TUTORIAL : Cara Buat Domain Sendiri Menggunakan DataKL

Assalamualaikum & selamat petang!


Sejak masuk ke Kelab Blogger Ben Ashaari ni yaya dah pandai dahhh buat domain sendiri dan belajar dari bro Sohoque  macam mana nak wujudkan www.yayacendana.com ni hahhh .... ada dalam tiga empat hari jugaklah yaya duk buat kajian sikit - sikit pasal domain ni haaa .... selama beberapa hari tuh bro Sohoque kena layankan soalan - soalan dan panggilan daripada yaya..hahaahahaa .... kesian dia, sehingga dia sendiri tanya "Aku ni mengajar ke atau belajar balik ni ??" hahahaaa .. ..aku kan newbie ... hahahaa ..... sooo hampir semua orang aku duk tanya, tak habis dengan tuh ... aku p tanya Mr. Google plak !!  


Oklahh ... disebabkan bila aku dah ada domain sendiri ni, ramai pulak yang dah tanya, "ehh macam mana kau buat yaya .. ??" penat aku nak reply sorang demi sorang dekat whatsup, wechat dengan kat facebook ... mujur aku ni penyabor tau tak ... korang baca sini jelahh ... hahahaa ....

Dekat bawah ni yaya ada sediakan tutorial macam mana nak dapatkan domain korang sendiri. Korang tak payah bayar orang lain nak suruh buatkan, p buat sendiri lagi bagus sebab ilmu ni korang jugak yang dapat dan boleh faham ...

1. Apa itu 'Domain' ?

Pertama sekali korang kena tahu apa itu 'domain' ? Domain adalah alamat laman web yang akan orang lain taip di carian apabila ingin mengakses sesebuah laman web .Ianya diibaratkan seperti alamat rumah dan hanya di situ sahaja orang lain akan cari korang , depa takkan p tempat orang lain. Haa...dah boleh faham ? 


2. Apa itu 'Hosting'?


Hosting ni dia akan simpan segala data - data mengenai laman web korang seperti fail , teks , gambar dan segala apa yang korang buat dekat dalam laman web korang supaya orang lain boleh tengok laman web korang pada tiap masa.


3. Macam mana nak dapatkan 'domain dan hosting'?


Terdapat banyak syarikat - syarikat yang telah menawarkan perkhidmatan domain dan hosting seperti DataKL , NetKL , Server Freak , Internet Web Hosting dan banyak lagi . Macam yaya , yaya memilih DataKL . Korang hanya perlu pergi ke laman web mereka dan pilih salah satu dari mana - mana pakej yang telah ditawarkan . 


4. Adakah pembayaran perlu dilakukan?


Ya. Untuk pembelian di internet , korang boleh buat bayaran secara online menggunakan kad kredit atau PayPal atau boleh juga pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan .


 
Ok .... dah faham pengenalan di atas ? Jom kita buat domain sekarang !


a) Cari "DataKL" di mr.google



 Displaying 1.jpg
b) Nanti dia akan keluar macam ni 


Displaying 2.png



c) Pergi klik dekat 'Register' dulu nanti dia akan keluar 
    macam kat bawah ni


Displaying 3.png
d) Dah siap daftar nanti korang pergi dekat 'Portal Home' , 
    klik 'Order' dan nanti akan keluar 'Product Selection' . 
    Dekat situ nanti korang kena ambil 'Register Domains' .



Displaying 6.png

e) Rekakan nama domain korang cantik - cantik di ruangan 
    kosong yang telah disediakan .. Seterusnya klik pada             button 'Click to Continue' .  

  Displaying 8.png
Nampak tak perkataan " Congratulations, yayavenger.com is available ! hehehehhh...ini contoh jerk tau...dan kalau korang perasan , ada perkataan "How long do you want to register this for ? " haaaa.....dekat anak panah bawah tuuh korang boleh pilih berapa lama korang nak pakai domain korang ni . Gambar di bawah ni adalah pakej - pakej yang korang boleh pilih , dan seterusnya korang boleh buat bayaran seperti penerangan yaya di atas tadi . 



Displaying 2.png
Lepas korang dah bank in kan duit dekat DataKL ni, korang akan terima mesej dekat e - mel korang . 


Sekian sahaja tutorial mudah dari yaya . Semoga berjaya ....muahhhXox00oooo ^_^











17 September 2015

Aku Gadis COSMODERM : 10 Koleksi Set Penjagaan Kulit YayaC





Assalamualaikum & hai.... 


Kita seringkali terfikir - fikir apakah produk yang terbaik untuk kulit kita kerana di luar sana dah banyak sangat produk penjagaan kulit yang nampak menarik tapi indah khabar dari kesannya kan ? Banyak komplen mengenai produk tak elok dan
 sebagainya. Masih ingat lagi tak entry yaya pasal Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari hari tuh , penaja utama kami iaitu Cosmoderm yang juga turut menyerikan lagi program kitorang di mana mereka sentiasa ada bersama kami walau ketika berada dalam hutan . Penuh beg yaya sebab barang - barang Cosmoderm ni lahh...hihiiii


1. Manjakani Hygiene Wash


Mai yaya cerita tau pasal produk Cosmoderm ni  . Sejujurnya , yaya dah gunakan produk Cosmoderm ni dari umur 23 tahun lagi , masa tuh yaya guna Manjakani Hygiene Wash . Terasa lega, nyaman , reda dan ehhemmm...anjal...hehehe...ehh...yaya belum kahwin pun guna jugak tau pencuci wanita ni haa...best tau...berangin jerk...hihihiii...ok lahhh...tak payah cerita lebih...nanti dulu tunggu yaya dah kahwin nanti yaya cerita lebih panjang...hahahaa.....kakak - kakak yang dah kahwin jangan gelak tau...hahahaa.... :D


2. Vitamin E Magic Exfoliating Gel with Roseship Oil


Kalau korang masih ingat , yaya ada pergi program Aman Palestin di KL Tower dan habis dari program tuh , yaya dapat set percubaan Vitamin E Magic Exfoliating Gel with Roseship Oil dari Cosmoderm . Apa dia kebaikkan Vitamin E Magic Exfoliating Gel with Roseship Oil ni ehh?? 

- Membuang tisu mati , binti hitam dan putih pada kulit 
  secara efektif
- Mengecilkan liang roma
- Mengurangkan tanda parut demam campak dan pigmentasi
- Exfoliat di atas muka yang kering , sebelum guna pencuci 


3. Vitamin E Facial Clensing Foam





Rasa teruja sangat sebab tak sangka kita dapat set penjagaan kulit ni .hhihiii....gembira rasa...Yaya juga dapat Vitamin E Facial Cleansing Foam ni tau...ianya berfungsi untuk membersih secara mendalam tanpa menghilangkan kelembapan kulit agar rasa lebih segar sentiasa. 


4. Tea Tree Oil Anti Blemish





Oleh kerana yaya akan ditumbuhi jerawat terutama ketika datang bulan , sekarang ni yaya dah standby awal barang ni . Ternyata memang berkesan ! Bila yaya pakai waktu tidur , esoknya pagi jerawat akan kecut . Bukan itu sahaja , malah bekas luka akibat picit jerawat tuh terus hilang ... Magic kan ?? Kalau macam sebelum ni , yaya ada guna satu produk ni nama dia tuttt.....jadi makin bertambah jerawat yaya...nanti mulalah jadi iritasi di kulit muka yaya ni .. sedihhnyaa....mujur ada Tea Tree Oil Anti Blemish , yaya takkan beralih kepada yang lain :) 


5. Tea Tree Facial Cleanser



Okey....yaya nak cerita pulak pasal Tea Tree Facial Cleanser. Yaya tahu jenis kulit yaya ni berminyak dan bermasalah ... Jadi , yaya ambil keputusan untuk dapatkan Tea Tree Facial Cleanser di guardian . Fungsinya adalah untuk membersihkan muka secara mendalam dan juga mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan .


6. Perfect Sunscreen + Flawless Foundation


Ini pula adalah Perfect Sunscreen + Flawless Foundation yang yaya gunakan ketika berada di luar dan fungsinya adalah untuk mendapatkan tekstur yang ringan dan lembut selain memudarkan parut jerawat yang datang singgah ke muka yaya ketika Allah Bagi Cuti .hihihi....disebabkan foundation ni ada 500 LU Vitamin E , yaya dengan yakinnya menggunakan hari - hari kerana ianya tidak memudaratkan kulit muka kita selain dapat melambatkan kulit daripada proses penuaan secara semulajadi . Untuk menjadikan kulit sekata akibat sunburn juga sesuai gunakan foundation ni tau...bukan itu sahaja , malah ianya mudah untuk dicuci terutama ketika hendak mengambil wuduk. 


7. Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil
Ianya adalah pelembap yang bertindak untuk menyerap secara menyeluruh bagi menyembuh dan melembapkan kulit secara tidak langsung dengan kebaikan yang terdapat dalam krim ini iaitu anti penuaan dwi tindakan yang sangat efektif akan mengurangkan tanda penuaan dan menganjalkan kulit selain membantu memulih parut. 



8. Tea Tree Oil Magic Body Lotion 125 ML 
Tea Tree Oil Magic Body Lotion berfungsi untuk mengurangkan bau badan , gigitan nyamuk dan serangga . Ianya juga sesuai dijadikan krim ubat untuk ruam panas dan ruam campak . Losyen ini juga sesuai untuk orang dewasa dan kanak - kanak .




9. Tea Tree Oil Lotion Talc 125 ML 

Yaya suka losyen ni tau . best bila pakai sebab Tea Tree Oil Lotion Talc ini mempunyai gabungan unik bedak dalam bentuk losyen yang bertindak melembapkan kulit sesitif dan terengsa . Ianya sesuai untuk melegakan ruam panas dan selamat digunakan pada kulit bayi .Selain itu juga , sesuai digunakan pada cuaca panas ketika berpeluh kerana ketika itu kulit kita mudah untuk dijangkiti fungi , bakteria dan ragi .


10 . Tea Tree Oil Shower Gel 400 ML




Woww !!! dah cukup 10 barang Cosmoderm yaya dah guna....bestnyaa.....ok....yang ni pula adalah Tea Tree Oil Shower Gel iaitu gel mandian yang berjaya memberi kesegaran kepada yaya selain membasmi kuman sekaligus dapat menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat badan dan kegatalan . Mandian gel ini juga menjadikan kulit yaya terasa segar , licin dan lembap selepas penggunaan terutama ketika bangun tidur , balik dari kerja mahupun berpeluh ketika menjalankan aktiviti di luar . 


Testimoni Pengguna Cosmoderm 








Sekian sahaja review yaya mengenai 10 Koleksi Set Penjagaan Kulit YayaC . Bagi yang berminat untuk dapatkan produk Cosmoderm , boleh berhubung dengan mereka SEKARANG !!

Layari laman sesawang Cosmoderm , Facebook , Instagram dan Twitter   

Boleh juga singgah di Youtube Cosmoderm

☎ Tel 1 700 815 495



SOOO HOT !! : Hot Pindang Kitchen, Seksyen 10


Assalamualaikum & hai korang yang comel sangat...Selamat Hari Malaysia .... :) Terima kasih sudi terbang ke sini selalu...sebenarnya Yayac takda plan ada pun nak buat apa pun waktu Hari Malaysia semalam tau..sebab hari tuh bos Yayac kata kena kerja walaupun semalam adalah cuti umum..jadi memang fikir nak kerja jelaa kan....bila dah nak waktu balik kerja jerk bos kata gurau jerk...tak payah datang ofis...serrrr.....jadi Yayac fikir nak tidur jeellaaaarr buat peta dekat bantai busyuk Yayac...sooo nak dijadikan cerita malam hari tuh , tetibe jerk bro PCL  whastsup Yayac ajak pergi makan semalam....aku ingatkan bro PCL nak belanja kee kann....rupanya pergi food review....pergghhh.....




Tengok atas ni ! Inilah dia restoran yang Yayac cakap tadi tuh...baru jerk semalam Yayac pergi makan dekat restoran ni yang namanya Hot Pindang Kitchen bertempat di Seksyen 10 , Shah Alam , Selangor . 




Yayac tidak keseorangan datang ke sini tau sebab ada seramai 16 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang hadir ke sini nak merasai keenakkan hidangan yang terdapat dalam menu depa ni haa...orang kata 'tak kenal maka tak cinta....' kann....hihii...




Cuba tengok dekat atas ni....ehhh ehhh..terliurnya tengok...wahhh...inilah dia menu pertama yang Yayac pilih yang diberi nama 'Special Hot Pindang' dan harganya amat berpatutan iaitu RM13.90 sahaja...wajib order menu ni tau ! Sebab ianya salah satu daripada 'best seller' jugak tau....rugi kalau datang sini tapi tak merasa... :)




Untuk minuman Yayac telah memilih air 'Jus Melody' iaitu gabungan buah tembikai dan juga buah mangga. Tengok dia punya cawan dengan warna air tuh dah macam lilin dekat bilik dah Yayac tengok....hihihii...ehh ehh...lupa pulak nak sebut harga air ni. Air ni korang boleh dapatkan dengan hanya RM6.50 sahaja....murahkan ?? :)



Bismillahirrahmanirrahim...jemput makan... ^_^




Nah sini tengok dia punya 'Asam Pedas Pari'....hihiii....Yayac tak pernah merasa masakan asam pedas tau kalau korang nak tahu...dan Yayac memang tak suka makan ikan...heheheee....tapi bila Yayac tengok asam pedas ni kan , terasa macam nak makan pulak..hihii....eh tapi kan , korang mesti pergi dekat sini sebab ni lahhh salah satu menu yang antaranya yang menjadi tarikan di sini tau...tak payah cakap banyaklaa sedap ke tak kan...sebab member - member blogger Yayac dah rasa dah pun makan 'Asam Pedas Pari' ni haa...sedap weyhh !!





Dah ke sini jangan dilupa untuk order 'Sambal Udang Petai' tau !! Udang dia sedap gegiler....fuuhhhh....sungguh terasa di lidah dia punya pedas !


Bagi peminat 'Ikan Singgang Tongkol'...menu ini pun terdapat dalam senarai tau....
^_^


Chak !! 'Sayur Campur Kailan' pun ada kauuu.....haaa.....Yayac dah rasa dia punya kuah tau...kawww kawww....


'Nasi Ayam' juga disediakan di restoran 'Hot Pindang Kitchen' 



Lepas makan , Yayac duk merayap dalam restoran tuh dan terpandanglah ada peti ais aiskrim. Yayac ingatkan ada aiskrim dekat situ...rupa - rupanya ada kek...!! Jadi nanti kalau yang duduk berdekatan restoran ni , yang nak buat 'birthday party' , bolehlah orang buat dekat sini tau haaa....sesuai sangatt..... ^_^



Sekian sahaja perkongsian Yayac pada pagi ini , terima kasih kepada semua yang beri peluang kepada Yayac untuk merasai masakan diorang ni dan mengisi masa lapang Yayac di Hari Malaysia ...muahhhx0x0oo !!! :-*




Bagi yang berminat untuk mencuba masakan yang terdapat di restoran 'Hot Pindang Kitchen' , bolehlah korang buka waze korang dan cari alamat >>> 

'Hot Pindang Kitchen' Restoran dan Katering . No. 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11 , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan 
Landmark : (Next to Azira & Hatini Restoran) 
Waktu perniagaan : 11am-11pm

Tutup : Raya Aidilfitri dan AidilAdha 

atau

Boleh singgah ke laman facebook diorang di 'Hot Pindang Kitchen'

atau

Terus hubungi mereka di talian 
☎03-5523 1259 / 012 2043773 

Mohon untuk korang  follow instagram diorang jugak ^_^ 'Hot Pindang Kitchen'