Showing posts with label Kostum dan. Show all posts
Showing posts with label Kostum dan. Show all posts

1 October 2015

Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel

Assalamualaikum, selamat tengahari...yaya mengaku, yaya memang kaki 'selfie'. Kekadang rasa terpanggil bila ada yang memperkatakan pasal 'selfie', dan kalau sampai satu tahap yaya dah jumpa kamera, haaa....amek kau, habis penuh fon dan kamera kawan-kawan dengan gambar yaya..hahaha.... 

Dekat sini yaya suka sangat nak jemput rakan-rakan blogger untuk memeriahkan "Cabaran7Hari | BlogInsta#1 : Selfie Paling Comel" !!


Sanggup pergi tandas wanita tangkap satu gambar selfie ni haaa.....nak nyorok kat mana pun tak tahu dah...


Mohon jangan jatuh hati yee.....kikikiii


Bukan nak cakap apa laa ehh...kekadang rasa perasan sendiri raut wajah I iras-iras Norjuma Habib..hihiii...siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri kan..??hehee....

Yaya nak kongsi sikit cerita yaya bersama Exchange Feed Group. Banyak yang yaya peroleh daripada rakan-rakan blogger di EFGroup dimana mengajar yaya cara nak naikkan follower, nak cantikkan belog, macam mana nak tarik pembaca, dan banyak lagi....terima kasih kepada sifu-sifu dan rakan blogger EFGroup !! Love you so much !! muahhx0x0x0oooo ... ^_^

CAPTION :

LIFE IS MAGICAL FROM POINT OF VIEW !!


30 September 2015

BLOGLIST "BELOG BEST" !! DE Yaya Cendana





Assalamualaikum .. terima kasih sudi hadir ke belog yaya. Huuu....baru jer dapat peluang nak up satu entry untuk petang ni.. Ahaa !! malam tadi baru jer yaya upload satu gambar dekat laman instagram dan facebook yaya pasal nak buat penambahan ahli di bloglist "BELOG BEST"..

Malam berganti siang...siang berganti malam, genap dah sebulan bloglist "BELOG BEST" ni kan...hihiiixx...ok, untuk kekalkan bloglist sambil meramaikan lagi kaum kerabat "BELOG BEST", yaya mengenakan dua syarat jerk...hihi...

Syarat - syaratnya adalah :

1) Follow blog "Yaya Cendana"
2) Tinggalkan "url" hangpa semua ke dalam ruangan 
    komen...

Tempoh :

30 / 9 / 2015 - 6 / 10 / 2015

Sooo simpleee...hihihi.....pada yang dah 'follow' & buh 'url' hangpa..., rajin - rajinlah hinggap ke rakan - rakan yang sedia ada dalam bloglist ni nahh.....thank you sooo muchhh....muahhxoxo... !! :)

Salam hormat,
Yaya Cendana

28 September 2015

TUTORIAL : Cara Mudah Pasang Widget Live Traffic

Hai !

Petang ni yaya belajar satu lagi pasal widget yang selalu yaya nampak pada belog orang lain, iaitu Live Traffic. Suka rasanya nak kongsikan dekat korang...hihii...

Nak terangkan pun, masih banyak lagi yang perlu yaya pelajari...apa pentingnya Widget Live Traffic ni, korang boleh tahu dari mana datangnya pengunjung yang datang ke blog korang. Ikut langkah - langkah di bawah ini untuk dipaparkan ke blog korang . 


1. Masuk web "feedjit.com"




Displaying Untitled.png 


2. "Setting" kan "Personalize Your Feedjit" dan klik "GO!"


Displaying 2.png


3. Copy url yang diberikan


Displaying 3.png



4.  Pilih "HTML/JavaScript" dan paste ke dalam kotak 'dia'


Displaying 4.png


5. Siap !!


Displaying 5.png



23 September 2015

REVIEW : TELUR PINDANG NORDIN TERKENAL DI JOHOR !!




Assalamualaikum & selamat pagi semua....mungkin di sini ada di antara korang yang tahu pasal telur pindang ni apa dia kann...?? ada juga yang pernah dengar pasal telur pindang, tapi tak pernah makan lagi sebab ada sesetengah tu kata tak reti makan . Xpeee....nanti lama - lama pandailah. Orang kata, belum cuba belum tahu...so...mesti merasa jugak kalau tak tahu apa rasa makan telur pindang ni. heheee....


Displaying 12043038_924263210980331_7708292082715656943_n.jpg



Sejarah Nordin Telur Pindang Entreprise

Pagi ni yaya suka nak ceritakan sejarah perniagaan keluarga yaya yang dah beroperasi masuk 9 tahun. Ceritanya begini, waktu tu yaya tingkatan 5 dan baru berpindah dari Kuantan, ke Johor semula pada tahun 2007 dan ketika itu ayah yaya dalam proses nak bersara tentera. Ayah juga telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan keluarga dan terfikir - fikir apakah perniagaan yang jarang orang lain buat. Ada juga saudara - mara dan kawan - kawan ayah nak ajak buat 'business partner' buat kontraktor lah, restoran lah, malah juga 'offer' ayah join RELA . Tapi ayah hanya selesa untuk buat bisnes sendirian dan keluarga turut sama bantu - membantu. Di samping itu juga, dapatlah ayah selalu bersama - sama kami sepanjang masa...setiap hari di samping kami...sebab kalau macam sebelum ni, ketika ayah bertugas sebagai seorang anggota tentera, ayah selalu pergi 'outstation' ikut latihan perang dan sebagainya. Jadi, waktu bersama kami sekeluarga bersama ayah amatlah jarang...sampai ummi yaya kadang - kadang tu menangis rindu dekat ayah...romantik kan...?? hihii....

Ada suatu ketika, ketika pulang ke kampung di Ayer Hitam...borak panjanglah ayah dengan ummi, dengan maktok dan tok abah, pasal nak bukak bisnes apa ehh...?? Akhir sekali dengan cadangan tok abah, telur pindang jugaklaaa pilihan hati orang tua yaya...haaa...

Untuk permulaan, kami hanya letak telur pindang di kedai makan dan restoran untuk cuba dapatkan pasaran kecil - kecilan. Apabila sudah stabil sedikit dan orang telah mula mengenali perniagaan kami, atas permintaan orang ramai, kami mendapat tempahan telur pindang bagi majlis dan juga kenduri. Maka dengan itu, terciptalah nama 'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' yang berlesen !!


Displaying 11035691_487779468052907_4581071626574003073_n.jpg



Apa itu Telur Pindang ? 

Telur pindang merupakan masakan tradisional yang terkenal terutama di negeri Johor. Ianya merupakan telur yang direbus bersama 'air herba' selama beberapa hari dan telur pindang juga boleh tahan sehingga dua minggu atau lebih atau sebulan jika dijaga dengan rapi, sama ada melalui masakan dan juga penyimpanan yang elok. Dek kerana itu, telur pindang telah menjadi bekalan perjalanan para pegadang pada zaman dahulu kala. 

Permintaan'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise ini diperkembangkan lagi dengan warisan Johor yang semakin meningkat dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan, kehendak dan citarasa para pelanggan. 

'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' telah menerima tempahan daripada pelbagai pihak bagi tujuan tertentu sejak 8 tahun yang lalu. Telur pindang juga bukan sahaja sekadar menjadi Buah Tangan Tetamu, malah ianya juga sesuai menjadi Penyediaan Makanan dalam sesebuah Kenduri Perkahwinan, Cukur Jambul, Majlis Formal, mahupun Tidak Formal, dan sebagainya kerana penyediaan makanan telur pindang ini adalah menyeluruh.

Menariknya di sini, telur pindang keluarga kami bukan sahaja dikenali ramai di Johor, malah potensi kami sudahpun memasuki ke Singapura yang berkembang masih terbuka luas. Setiap minggu kami mendapat tempahan daripada orang Singapura yang singgah ke tempat kami untuk mengambil telur pindang hasil dari kami sendiri.

Telur pindang yang direbus dengan pelbagai jenis herba yang memberikan rasa serta warna yang unik, juga dapat menaikkan keinginan untuk menjamunya. Jenis herba yang digunakan biasanya berbeza menurut pakar yang menyediakannya.


'Nordin Telur Pindang ORIGINAL Entreprise' di Media


1) Majalah Aroma


Displaying 11900064_415838078605718_7031072278473966492_n.jpg


Pertama sekali yaya nak ucapkan terima kasih kepada kak Azura Rahman yang sudi menemu ramah perniagaan kami untuk dipaparkan ke dalam majalah Aroma pada September 2015 . 

Displaying 11913903_1702746529946427_5936595196327246904_n.jpg

Displaying 11960262_415838075272385_9192525699341755337_n.jpg





Blogger Bella Idura turut teruja pada telur pindang keluarga kami ketika majlis persandingan blogger terkenal Hanis Zalikha, sampai dia 'up' entry untuk kami. hihii...tenkayu kak Bell...heheee....

 





Terbaru abg Najeeb yang selalu bagi pesanan dan nasihat pada yaya juga turut teruja bila yaya bagi telur pindang ni pada dia.. :) 




Sebagai penutup kata entry ini, yaya wakil keluarga Nordin dan Roszaina mengucapkan ribuan terima kasih buat para pelanggan kami yang setia bersama kami dari pembukaan empayar kami berbisnes, hinggalah sekarang..termasuklah yang baru mengenali perniagaan ini. Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga terus selesa dengan perkhidmatan yang kami berikan. 

Doakan semoga empayar ini terus kekal tanpa berpenghujung. In shaa Allah ...


Untuk tempahan terus,

Blog : 

NORDIN TELUR PINDANG ASLI ENTREPRISE



Facebook :




Nordin      :  0137246472

Roszaina  : 0136209318 (Whatsup)






TELUR PINDANG.... CANTIK WARNANYA....
ISINYA COKLAT..BEGITU JUGA
TENGAHNYA ...DALAM MAJLIS KAHWIN...JADI
HADIAHNYA...RASANYA ENAK..DARI JOHOR
ASALNYA....



22 September 2015

REVIEW : BLOGWALKING EMAS PUTIH !!

Displaying 3.png

Assalamu`alaikum & selamat malam....pada 17 September yang lalu, uzu atau dikenali sebagai 'Emas Putih' ada post 'Jom Blogwalking ! Tinggalkan Link Blog Anda !' di blog dia....yayac dengan pantasnya hinggap ke sana dan letakkan url blog yayac tanpa fikir apa dahh....hihihii....


Displaying 1.png

19 September, uzu post link BW ni di group facebook dalam Kelab Blogger . Kalau korang ada perasan , url yaya ada dekat nombor 5 . Sudi-sudilah kiranya terbang ke sana, jangan lupa untuk follow dan komen murni sepatah dua kata...hiihiii....

Semalam dan hari ini, 22 September. Sebanyak 100 blog yang yayac dah hinggap. Follow dah , tinggalkan jejak pun dah . Terbaru adalah blog Nikmat Hidup Sihat http://nikmathidupsihat.com/ 

Akhir kata, yayac nak ucap terima kasih pada korang yang sudi untuk follow blog yaya . Komen korang memang AWESOME !!!!

7 September 2015

Style Workshop Bersama WAWA IDRIS





Pada 5 September 2015, telah berlangsungnya program Style Workshop bersama WAWA IDRIS bertempat di Hotel De Palma yang turut disertai seramai 30 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Setinggi - tinggi perghargaan buat barisan penaja seperti Kaio Creative Studio, Butik Chemboja, Salees Food, MBH SPA, Uncle Kay Photography, EyeMaster, Ratu Jannah dan Raja Jannah !!





Dalam program ini, terdapat pelbagai formula yang kami peroleh ketika mengikuti bengkel ini. ABC adalah antara yang paling mudah untuk kita fahami, iaitu:



A - A ppearance           - Kemahiran 

B - Behavior                - Kelakuan 

C - Communication     - Komunikasi





Apa itu TOP? TOP adalah kata ganti bagi 

T- Time  = Waktu yang sesuai, samada siang atau malam
O- Occasion  = Bentuk sesebuah majlis atau program
P- Place  = Tempat yang ingin dituju


Selfie? 

S- Stop comparing yourself
E- External perspective
L- List your awesome traits
F- Focus on achievements
I- Inner self
E- Embrace yourself




MIX & MATCH !!


Dalam pembelajaran ini, kami juga diajar cara untuk MIX & MATCH !! 

INGAT! Dalam almari pakaian kita, hanya 20% adalah apa yang kita gunakan segala bentuk fesyen pakaian, membazir tak rasa? Agak - agaklah kan .... nak buat apa dengan pakaian yang kita tak pakai tu ehh .... boleh sahaja kita mix and match kan antara baju dan seluar atau kain yang bersesuaian. Paling tidak pun, kalau dah taknak guna dah, bersedekahlah yee .....


Program ini diakhiri dengan persembahan dari penyanyi undangan, Nik Nabil 


Serba sedikit mengenai WAWA IDRIS >>




Beliau adalah seorang perunding imej korporat dan selebriti berpengalaman dan bertauliah bagi menyediakan seminar imej dan penjenamaan. Beliau turut mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Paling mengagumkan, kini beliau sudah bersama kami Kelab Blogger Ben Ashaari sebagai Perunding imej kami ... yeayyy !!! hehehee ..... 


Bersyukur apabila menjadi salah seorang pemenang bagi cabutan bertuah. Terima kasih Butik Chemboja !!

Ingin menjadi sebahagian dari kami yang telah merasai perubahan ini? Bolehlah hubungi beliau melalui >>