Taraa !!
Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.
Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.
Dari segi MENTAL nak kena prepare jugak , ingat ehh...ingat nak ambil exam je ke kena prepare mental? Nak jumpa bakal mertua pun macam nak ambil exam tau. So, kena prepare la mental tu. Bila kena puji tu, jangan nak kembang2. haa...hihi..Tapi ambil pujian tu untuk istiqamah dengan kelebihan kita. Tapi bila kena kritik/tegur, jangan pulak terus nak melawan bakal mertua tu.Memang kena REJECT terus. Ambil iktibar dan perbaiki yang kurang. Ok? Faham? Ok cun!
Then, Kita anggap nak jumpa bakal mertua ni macam nak pergi interview keje gomen. Hehe..Biarlah KEMAS dan sedap mata memandang. Jagalah FIZIKAL ye.. Yang lelaki jangan pulak datang dengan rambut serabai, baju entah apa-apa. Lain la bakal bapak mertua tu rockers ke apa. Kalau jiwa sama ngan kita, tak kisah la. Haha. Yang perempuan lak, jangan la pakai baju tak cukup kain. Biarlah keluarga bakal mertua awak tu sosial macam mana pun, tapi ni soal ADAB DAN SOPAN. Sila la sopan ye. :)
Ahaa...yang ni Yaya paling suka.KEMAHIRAN yee...Kemahiran banyak cabang dia. Kemahiran mengambil hati, berbual, memasak antara kemahiran yang basic PERLU ada. Bukan WAJIB tapi PERLU. Yang tak tahu, belajar. Tapi yang dah tau, jangan sesekali tunjuk pandai sangat depan mereka. Jangan tunjuk yang kita LEBIH tahu. Nanti mereka terasa tercabar. Kena orang yang pantang dicabar, parah jadinya. Silap2 ajak bergusti kat situ.Hehe...
PENGETAHUAN Ni lebih kurang macam kemahiran . Cuma Yaya nak tambah sikit tips ni khas buat mereka yang beragama Islam. Tepuk dada tanya iman. :) Jangan sampai "zero" bab agama. Biasanya mak abah ni nak yang terbaik untuk anak2 tau..Kadang-kadang , dari sikap seseorang yg jaga solat pon dah boleh buat diorang "cair" dan boleh terima kita dengan hati yang terbuka.Tapi jangan pulak sampai berlakon semata-mata.JUJUR la ye.. Ingat, TAK TAHU, BELAJAR. Tak boleh jugak, mengaku je yang kita tak tau.
Tanya la bakal suami/isteri awak - awak semua perihal keluarga dia. SELIDIK lah ..Apa yang mak ayah dia suka dan tak suka.So, awak - awak boleh lah berhati-hati dalam segala tindak tanduk awak - awak nanti. :) Nak 'exam' kena lah 'study'. Kan ?? hihi....
ok...nanti ada lagi entry Yaya nak share kepada sahabat - sahabat. Harap perkongsian Yaya ni berguna laa ehh untuk akan datang. =)
Hi yaya , sy nak tanya normal kah kalau kita tak berjumpa bakal mertua? Sebenarnya bukan tak pernah jumpa, masa keluarga teman lelaki dtg merisik je. Tapi sy tak pernah dtg melawat ke rumah. Bukan saya tak mahu cuma ayah sy tak mengizinkan =(, teringin juga sy cuba mengambil hati mrk sperti mana teman laki sy amik hati ma saya hmm..
ReplyDeletehai awak..boleh emel saya ke yayacendana98@gmail.com ye..kita sembang di sana ye :)
DeleteHarap awak boleh bantu sy .
ReplyDeletehai awak..boleh emel saya ke yayacendana98@gmail.com ye..kita sembang di sana ye :)
DeleteSalam..mntk ckt dlm mse trdekat ni nk jmpe bakal mertua blah pmpuan ni..tp bru nk bncg psl btunang..nebes ni yaya,first time ni haha..ley tlg x..tq
ReplyDeletehai awak..boleh emel saya ke yayacendana98@gmail.com ye..kita sembang di sana ye :)
Delete