Showing posts with label Di Sebalik Tabir. Show all posts
Showing posts with label Di Sebalik Tabir. Show all posts

9 September 2015

NU SENTRAL : BREAKOUT !! PERMAINAN YANG MENCABAR DAN MENGUJI MINDA



Assalamualaikum & Hai !

Korang ingat lagi tak masa zaman kita belajar dulu di universiti kita ada main macam - macam permainan macam Great Secrets Da Vincci , The Witch`s Green Amulet , The Mystery of Crystal Portal dan banyak lagi . Mainan ! Tapi, permainan yang yaya main kali ni lain sikit tau.. BREAKOUT !! Bagi Yaya , permainan yang mencabar dan menguji minda sama macam permainan yang pernah kita main  Cuma permainan yang Yaya maksudkan ni kita kena guna tangan dan otak kita sendiri .. huuhuu......korang  Pernah tak rasa gabra bila bermain 'games' ? Terutama sekali apabila masa dah hampir nak tamat . Kalau nak tahu , permainan yang yaya main ini juga boleh dikatakan sebuah permainan misteri .




Amacam?? rasa macam susah kan...bila korang dah berada dalam bilik yang korang kena setelkan tu terus terasa macam korang ni detektif dan kena fikir macam mana nak cari jawapan untuk lepaskan diri korang untuk keluar dari bilik tu. haaaa....nak main 'game' ni kena ada kerjasama kumpulan tau , macam aku hari tu aku pilih 'hint' untuk dapatkan jawapan terakhir . Tapi sebelum tu aku dah merasa panjat - memanjat kat dalam bilik tu . Habis kerusi dalam tu aku guna nak cari benda tersembunyi. Tak tahulah ada tinggalkan kesan ke tidak....adeh...huhuhuuu.....





Bilik yang team yaya dapat ni dah macam serupa rumah sakit orang dulu - dulu dah aku tengok , moodnya bertemakan cina punya perubatan .Haa.....dah terbayang dalam cerita hantu cina bila yaya nampak kertas dekat pintu ni . Boleh buat lekat dekat dahi bila nak bagi hantu tu tak bergerak , sama macam 'game' yaya maksudkan ni lah....kena dapatkan dulu kata kunci dia , baru boleh pergi ke bilik seterusnya. Tapi....sebelum nak ke bilik seterusnya , kami kena dapatkan jawapan dahulu dan jawapan dia pun banyak kena cari haaaa....amekaw! 





Semasa permainan berjalan , korang akan menjiwai watak korang di samping mencari penyelesaian dengan tugasan yang berbeza - beza . Ada watak yang berbeza dalam 'game' iaitu Lightbriger yang berperanan menjadi ketua yang mempunyai lampu untuk menerangi kawasan gelap , berbeza pula dengan watak Time Bender di mana dia mempunyai masa selama mana boleh berada dalam bilik tersebut . Bagi Lock Master , dia kena ingat kod yang diberikan semasa diberi penjelasan sebelum mulakan permainan . Scholar ! haaa....ini watak yang yaya pilih semasa 'game' ni berjalan dan yaya amat penting bagi kumpulan yaya . Yaya akan digunakan pada saat - saat akhir untuk melepaskan diri . So bayangkanlah kami dengan rasa cemasnya tengok kaki dengan tangan berdarah ni haa....errrr....



Ini bilik terakhir yang akan menentukan team aku menang atau tidak . Ahaaa...korang bayangkanlah kalau ada dekat dalam bilik ni . Waktu yaya nak pergi tangkap gambar ni pun dah suruh rakan yaya teman masuk dalam ni semula..kot laa kan ada seseorang di belakang aku . Tapi yang temankan aku ambil gambar ni memang betul ke manusia ??



Bagi Yaya , permainan yang mencabar dan menguji minda sama macam permainan yang pernah kita main.  Cuma breakout ni kita kena guna tangan dan otak kita sendiri .. huuhuu......Permainan yang yaya main ini juga boleh dikatakan sebuah permainan misteri sebab kita tak tahu permainan apa yang kita akan main nanti...jadi..kalau korang nak rasa apa yang yaya rasa..jom kita pergi ke Breakout di NU sentral nanti...

Harga 

Pax Per Room & Total (RM) include 6% GST 

2 = RM106.00
3 = RM143.10
4 = RM169.60
5 = RM201.40
6 = RM241.70
7 = RM267.10
8 = RM305.30

   


Untuk tempahan secara online , bolehlah ke website rasmi mereka











7 September 2015

SERI PACIFIC HOTEL : INDONESIA FOOD FESTIVAL

INDONESIA yang terkenal dengan masakan enak di Asia Tenggara telah diperkenalkan di Seri Hotel Pacific, Kuala Lumpur menjadi perhatian para media yang hadir di sana. Tidak asing lagi seperti contoh, bakso merupakan makanan yang menjadi sebutan serta sambutan ramai bukan sahaja di kedai dan restoran, malah dalam drama Sinetron. 




Indonesia Food Festival diadakan bagi memperkenalkan makanan yang terbaik dan unik dari 4 September 2015 sehingga 11 September 2015. Acara dirasmikan oleh Dr. Ir Abdullah Yahya, Menteri Pelancongan Indonesia yang turut disertai oleh Encik Mohamad Halim Merican - General Manager of Hotel, Encik Zakariya Musa - Director of Sales and Marketing and Head of various departments.


Hidangan yang disajikan di bilik meja menjadi perhatian pihak media serta pengunjung yang hadir ke sini. Tidak ketinggalan juga kami Kelab Blogger Ben Ashaari merasai keenakan masakan para chef yang diterbangkan dari Indonesia. 




Indonesia Wonderful Promotion ini diadakan pada jam 12.30 pm sehinggalah 3.00 pm, dan dari 6.30 am sehingga 10.30 pm Dapatkan hidangan istimewa ini harga RM79.90 + 10% GST servie / person. Beruntung juga ketika makan di sini kerana akan diadakan jualan kraftangan serta persembahan kebudayaan dari Indonesia yang memukau pengunjung di sini.



Pencuci mulut atau dessert juga turut dihidangkan oleh pihak restoran ini khas dari South East Asia dan Zende !!








Maklumat Lanjut:

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur


Address:  Jalan Putra, Chow Kit, 50746 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-4042 5555


4 September 2015

YAYAC : USAHA TANGGA KEJAYAAN

Salam Jumaat buat para pembaca , terima kasih sudi membaca di ruangan blog yayac hari ini . Lahirnya seorang cahaya mata sulung kepada Nordin dan Roszaina di dunia ini yang telah menghadapi pelbagai cabaran selepas menamatkan pengajian di sebuah institusi kerajaan di Kelantan pada tahun 2012 .



PASARAYA SAKAN

Apa yayac nak kongsikan di sini ya Allah ya Tuhanku....banyak sangat kalau nak diceritakan tahu tak ....? AKU insan yang baru nak menapak mencari kehidupan aku , siapa diri aku selepas habis belajar ni eh? ceritanya bermula ketika aku dilanda krisis percintaan bersama jejaka yang berasal dari Sungai Siput, Perak . Aku tidak dibenarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah atas kerana bila dah berkahwin dengan dia nanti , dia tak mampu nak tanggung aku belajar dan aku bekerja di sebuah syarikat yang diberi nama Pasaraya SAKAN kalau korang kenal nama pasaraya ni lah kan...di situ aku bekerja sebagai jurujual dan juruwang . Menjadi juruwang ni paling aku tak suka walaupun gaji tinggi dari jurujual , sebab kalau short duit nanti duit melayang...hurmm....


UMNO

Setelah selesai krisis antara aku dan si dia, aku ditawarkan pula untuk bekerja di sebuah Badan Berkanun di United Malays National Organisation sebagai kerani ICT di dalam Bilik Gerakan di UMNO Cawangan Simpang Renggam. Bekerja sebagai seorang ahli politik ni kalau macam aku , aku pernah pegang duit RM500 sehari dan itu adalah gaji aku , tapi tak menentulah hari apa , berapa aku dapat . Bagi aku yang masih baru di alam pekerjaan , aku rasa RM500 tu banyak bagi aku . Fuhh....separuh gaji aku waktu bekerja sebagai Pekerja Sambilan Harian tuuuu......

IRISH LAVENDER BOUTIQUE EXCLUSIVE

Habis berkempen , aku beralih ke bidang sebenar aku di sebuah butik di Simpang Renggam, Johor. Di situ aku pelajari lebih banyak lagi teknik menjahit yang bukan sahaja aku peroleh ketika aku sedang menutut di Universiti Teknologi MARA dulu. Di sini juga aku berpeluang untuk menjadi freelance mengandam pengantin di sekitar daerah Kluang , Johor .


PEKERJA SAMBILAN HARIAN
JABATAN KERJA RAYA , MENARA PJD , KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA, PUTRAJAYA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA , PUTRAJAYA

Haaa....di sinilah bermulanya strategi aku untuk mencari peluang yang ada dan bakal berada di depan mata , mana yang aku nak dan aku perlukan untuk kehidupan aku, aku tetap berkeras dan berusaha untuk dapatkan walaupun adakalanya pelbagai cabaran yang harus aku lalui . Secara ringkasnya , aku di sini sebagai pekerja kontrak sahaja kalau korang nak tahu lah kan....aku tak mendongak ke langit sebab aku sedar aku hanyalah Pekerja Sambilan Harian ... hehehe.....jadi...korang yang pernah berpengalaman bekerja sebagai (PSH)  ni fahamlah kan...malas aku nak cerita panjang di sini...hehehee.....



Dan bila sekarang aku sedar bahawasanya ALLAH swt telah menguji aku selama aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku inginkan pada suatu hari nanti , aku nak ada perabot sendiri , aku nak ada barang - barang yang aku suka , pergi ke tempat yang aku nak pergi dengan menggunakan hasil titik peluh aku sendiri dan bukannya meminta pada orang lain atau juga meminta 100% wang dari ummi dan ayah aku . Helllooo.....malulahhhh sikit , dah besar kan...?? takkan nak menyusahkan mak bapak lagi....sendiri faham sudahhh....



30 August 2015

BAGI SOKONGAN : Giveaway 1.0 by ENA



Assalamualaikum semua

Bismillah,


This is my first giveaway , sempena sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 5 pada 23 Ogos baru2 ni.


Thank you soooo much blogger lama dan baru yang support ena;)
ena doakan anda dimurahkan rezeki yang berkat serta banyak di dunia dan akhirat.



TUJUAN



# nak kumpul URL banyak banyak untuk mudah kita semua blogwalking.

 # nak berkenalan dan eratkan silaturrahim di kalangan blogger

# mencari blogger baru sambil meluaskan network blog sesama kita



SYARAT-SYARAT



 1) follow BLOG ENA


2) follow google plus  (g+)  ENA

3) like FB PAGE ENA


4) Copy Banner di atas dan buat satu ENTRY bertajuk Giveaway 1.0 by ENA  



5) Back link ke entry ini.


6) Tinggalkan  LINK URL  tersebut di komen entry ini sebagai bukti penyertaan anda


mudah sangat2 kan?!


HADIAH




Ena akan pilih secara undian :



1 PEMENANG untuk menerima hadiah misteri dari ena ( ena akan poslajukan)

 3 PEMENANG dari senarai peserta untuk ena review BLOG secara PERCUMA;)

6 PEMENANG untuk disenaraikan dalam BLOGLIST SEPTEMBER DAN NOVEMBER diwww.aeinnamusa.com ;)



so total, 10 pemenang dari giveaway ini..insyaALLAH


DATELINE



give away ni akan berlangsung dari

28 OGOS - 8 SEPT 2015





(akan di kemaskini dari semasa ke semasa)


27 August 2015

Laugh Die You II - The Mob : Comedy mafias are in town to settle a score

Five of the top stand-up comedians in Malaysia and Singapore are set to battle on one stage for comedic supremacy.
 
 
KUALA LUMPUR , 26th August 2015 - You're not seeing double! Fresh from the roaring laughter of its first sold-out show, "Laugh Die You”, Popcorn Studio is now proud to present, “Laugh Die You II - The Mob”, pitting not four, but five funny men, from two same-same-but-different countries on one stage to resume the unfinished Malaysia vs Singapore epic laugh battle. This fiercely funny showdown will take place on the 1st and 2nd of October 2015, at the HGH Convention Centre.

"The Mob" is all about the little known underworld battle of the stand-up comedy scene, sparked by the constant encroachment of Singaporean comedians on Malaysian turf. In the spirit of Merdeka, The Godfather is here to put a stop
to this madness and he has secretly enlisted the aid of the region’s renowned
killer contractor.

Representing Malaysia will be none other than The Godfather of Stand-up Comedy, Harith Iskander, and Malaysia’s very own Angry Indian, Kavin Jay. These mafia will indulge in a verbal shootout against Singapore’s dynamic duo; Jonathan Artherton, infectiously known as The Don, and Fakkah Fuzz, the Melayu on the wrong side of the Causeway.


 



 
Fadzil GB Hydra, Gurmit Singh, Harith Iskander, Erik Ong, Founder&  
Executive Producer, Popcorn Studio Sdn Bhd, Jon Atherton and Kavin Jay
 
 
Artistes performing at Laugh Die You II, Hydra and Comedians, Gurmit Singh, Harith Iskander, Kavin Jay and Jon Atherton
 
 
The Godfather of Stand Up Comedy; Harith Iskander
 
 
Gurmit Singh aka Phua Chu Kang, the Killer Contractor
 
 
 
 
 
 
 
 WITH HYDRA BAND
 


 
 


 
 

14 August 2015

KETAM DALAM CHAR KUEY TEOW : Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow

Salam Jumaat , 

Terbaru aku ke Putra Heights menuju ke warung yang paling sempoi aku tengok depan Petron Putra Heights yang nama dia Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow . Apa aku nak komplain di sini adalah kenapa warung buat aku rasa benci sangat . Huhh.....aku benci betul sebab boleh buat aku gemuk bila makan dekat sini . Ada ke patut.... punyalah sedap dia punya kuey teow , terutama kuah dia...kuah dia.....sedap.... dua kali tambah dah aku makan char kuey teow ketam dan char kuey teow goreng . Tiga pinggan .... tiga pinggan aku makan ... perghhh.... perghhhh.....lazat !





2 pinggan Char Kuey Teow Ketam & sepinggan Char Kuey Teow Goreng yaya berjaya habiskan dalam sesi makan bersama Tudia Char Kuey Teow ! 


Harga bagi sepinggan Char Kuey Teow Ketam ni awak-awak boleh dapatkan dengan harga hanya RM15.00 & RM5 SAHAJA bagi sepinggan Char Kuey Teow Goreng. 




Acara makan diakhiri dengan dendangan lagu raya dan lagu "Melepaskanmu" bagi slot akasia Bidadari dari Sakura Band


Muka senang hati kekenyangan . Huuhhh......

sumber gambar dari instagram @mommy_diamonds 


Ok, macam mana nak ke Warung Bahagia Tudia Char Kuey Teow ni?? Haa. . .pertama sekali cari dekat waze taip Petron Putra Heights dan depan petron tu jerk warung dia. Sila ikuti mereka di instagram di  @tudiacharkueyteowhq


Selamat Menjamu Selera !


9 August 2015

Happy Birthday to Me !!

Happy birthday to me.....happy birthday toooooommmmmiiiii........happyyy birthdayyyyy...happppyyyyy 
birthdaaayyyy...happpyyyy birrrttthhhhddddaaaayyyy....tuuuummmmiiiii...
Heheheeeee....yaya nak ucapkan terima kasih buat sseemmmuuuaaa yang ucapkan happy birthday to yaya . Terima kasih juga atas doa pada yaya..amin.....
Hari ini genap dan sah umur saya 25 tahun . Waawwwww !!!! Hahahaaa.....perasaan yaya bila dah sah umur 25 tahun ni adalah :
Bila nak berumahtangga ni?? Ramai yang doakan dan sendiri doa..mungkin Allah rahsiakan dulu kan...benda baik kan... Dia sorokkan dulu...buat kejutan....heheehee...
Ok...lepas tu , dari segi kerjaya pula ni jadi fokus utama yaya yang semakin serius fokus pada kerjaya yaya sama ada sebagai seorang kerani di sebuah agensi kerajaan , seorang pereka fesyen jahitan manik dan seorang blogger . Semua ini memainkan peranan yang amat penting tau memandangkan ekonomi semasa di negara kita ini semakin merundum dan tidak pelik kalau makin ramai mempunyai tekanan hidup .

Malam tadi yaya ada ternampak satu 'article' di facebook . Seorang makcik berbangsa India nak berniaga tapi dihalau dan barang jualan dia dilempar dan dibuang merata - rata
Fuhh !!! Sebab apa ?? Sebab tiada lesen berniaga. Eh eh ehhhh.....kalau ye pun tak payah lah nak buat dia macam tu pula...fikir sikit , mungkin dia tak mampu nak bayar atas kekangan hidup. Makcik tu nak juga cari nafkah . Ini kan bumi Allah yang kita nak cari makan sama - sama. Kalau nak buat aniaya dekat orang lain , pergi buat planet sendiri. Huh...tarik nafas...hehehheee.....

Moga semua yang baca entry yaya pada hari ini bermanfaat buat semua kita sebagai seorang hambaNya. 
Perbahasan aku diiringi dengan lafaz wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh....

Salam sayang
Yaya Cendana

8 August 2015

SAMSUNG : Ini Yaya yang Punya

Hai selamat pagi buta. Sebenarnya aku dah lama nak beli sebuah laptop atau notebook tapi rasanya aku lebih perlukan sebuah telefon bimbit yang canggih dan cantik bila ambil gambar. Samsung Galaxy Grand Prime ni aku beli dekat Alamanda Putrajaya. Sebenarnya kawan-kawan aku cadangkan beli dekat The Mines lah apalah...aku malas nak ke sana nanti bila balik lambat pulak semata-mata nak beli sebuah telefon bimbit.
Harga bagi sebuah telefon bimbit macam aku ni RM700 . Hahahaha.. gigih kau tahu aku cari dana nak beli sebuah telefon bimbit ni.

10 July 2015

Cerewet Sebab Nak Sejarah Keputusan A

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke 90. Semoga panjang umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. - Mukhriz Mahathir.Itu antara ucapan ringkas dari seorang insan bernama anak.



Pertama kalinya bersyukur ke hadrat Illahi atas limpah kurnianya diberi kesihatan yang baik pada jumaat terakhir dan semoga Tun Mahathir sihat wal`afiat hendaknya.

Teringat lagi waktu sekolah menengah dulu untuk subjek sejarah kena pilih Perdana Menteri Malaysia untuk buat kajian biodata, pencapaian serta yang berkaitan dengannya, Yaya dan rakan - rakan memilih Tun Dr. Mahathir untuk melengkapkan kajian sejarah kami dan ternyata hasil kajian kami tidak sia - sia dan diberi pencapaian yang cemerlang serta mendapat A bagi kerja kursus Sejarah Tingkatan 3 pada tahun 2005.

Habis balik sekolah sahaja Yaya dan kawan - kawan akan ke perpustakaan yang dulu nama sekolah Yaya Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh Jaya di Pahang. Tidak dinafikan Yaya banyak membesar di negeri Pahang walaupun asal kelahiran di negeri Johor. Tapi di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung kan....

Pada hari Sabtu dan Ahad Yaya rajin ke cyber cafe nak cari maklumat berkaitan Tun Dr. Mahathir, termasuklah melangkahkan kaki ke perpustakaan awam. Kalau boleh semua yang dah Tun Dr. Mahathir buat untuk Malaysia dan dunia ni Yaya nak review kan kan ke dalam log sejarah Yaya. Alhamdulillah tidak sia - sia ke sana ke mari untuk dapatkan apa yang Yaya nak hingga rasa puas dengan hasil yang dah Yaya miliki.

Tiba waktu malam pula, log kerja kursus akan diisi dengan kandungan yang Yaya dah dapatkan hasil carian Yaya di perpustakaan samaada di sekolah mahupun perpustakaan awam. Di rumah ummi dan ayah Yaya dah sediakan kemudahan seperti pc, laptop, mesin cetak dan pengimbas untuk kami adik - beradik gunakan sewaktu pembelajaran. Kami sentiasa dipantau sentiasa oleh kedua - dua ibu bapa kami dalam apa jua yang kami masukkan dalam memori komputer. 

Yaya cerewet? Ya! Yaya memang cerewet dan Yaya seorang yang teliti pada setiap yang Yaya akan lakukan. Jadi, tidak hairanlah kalau kata Yaya akan buat research dulu sebelum nak dapatkan apa yang Yaya mahukan. Kerja kursus Sejarah Yaya mempunyai kandungan sebanyak 100 lebih hampir ke 200 muka surat yang mana bukan sahaja mengandungi perihal Tun Dr. Mahathir semata - mata, malahan termasuklah pencapaian, jasa beliau kepada Malaysia dan dunia serta hal - hal berkaitan politik termasuklah gambar - gambar mengenai setiap cerita dan peristiwa. 

Moga dengan perkongsian ringkas Yaya dapat menimbulkan rasa cinta dan kasih kepada negara tercinta. 


YVES ROCHER : Organic Vanilla AKU JATUH CINTA

Habis sahaja penggunaan sabun mandi Body Shop yang Yaya guna tahan hampir tiga bulan, Yves Rocher menjadi pilihan mandian gel Yaya. Yaya teringat dulu waktu first time Yaya pindah di Putrajaya ni nak cari mandian yang best - best. Last - last Yaya pergi Alamanda Shopping Complex kot - kot ada muncul tiba - tiba idea pilih sabun mandi. Mula tu Yaya pergi Aeon Big tapi macam takda satu yang Yaya berkenan then pusing pusing pusing cari kat Watsons dengan Guardian and ahhh!! taknak - taknak.....taknak.....takda yang memikat hati Yaya.....semua dah biasa guna...nak lain dari yang lain....pusing pusing pusing sampai pening and last baru teringat ohh dulu waktu study pernah guna Body Shop....asal aku tak pikiaq dari awal??errrr......




Dekat setahun juga nak habiskan sabun Body Shop tu, amacam?jimatkan??

Semalam dapat bonus beli sabun baru...yihaa!  Sebenarnya Yaya dah lama usha - usha Yves Rocher ni cuma tak tergerak tangan nak keluarkan duit untuk dia....hihihii.....Vanilla memang selalu jadi pilihan Yaya tak kiralah perfume ke, aiskrim ke, pewangi baju ke...Yaya akan ambil vanilla. Untuk mandian gel Yves Rocher dia ada pelbagai wangian tapi vanilla juga yang menang.....hihihii....kandungan sebanyak 400 ml bagi sebotol dengan harga RM33.00 SAHAJA! awesome!! nak refill pun boleh. So memang tak rugilah.....

Eee.....nak pakai pun sayang tau...pakai sikit - sikit jer sebab dia akan bagi biuh banyak bila dah apply dengan span mandi and wahh wangi bilik air Yaya! Eloknya mandian Yves Rocher sebab dia menggunakan agriculture bio. Ha! lagi Yaya suka....


Image result for yves rocher


Taknak bebel panjang sebab yang bau nya Yaya....korang yang nak bau mandian gel ni silalah ke Yves Rocher yang berdekatan.

Tata !

9 July 2015

TERBARU : Pelancaran OPPO Smartphone R7 Series

Di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa yang lepas telah berlangsungnya Majlis Pelancaran bagi dua model OPPO terbaru antaranya R7 Lite dan R7 Plus yang mampu memikat orang ramai untuk memilikinya.

Displaying DSC_0422.jpg


Ribuan terima kasih diberi peluang mengikuti majlis pelancaran OPPO terbaru. Tahniah buat Kelab Blogger Ben Ashaari antara media elektronik yang terawal hadir ke majlis tersebut.

Harga Mampu Milik


OPPO Smartphone R7 Lite


R7 Lite mampu untuk dimiliki dengan saiz berukuran 5 inci, buat pre-order dan hanya berharga RM1,298 termasuk GST.

Displaying DSC_0427.jpg



OPPO Smartphone R7 Plus

Oppo Smartphone R7 Plus yang kini hanya boleh dimiliki dengan harga RM1,998 termasuk GST sesuai dengan saiznya 6 inci.


Displaying IMG_20150707_182055.jpg


Stlye with OPPO Smartphone

Let`s join to win! just repost on Instagram and Facebook


#StyleInAFlash#R7Series#OPPOMalaysia#


Displaying DSC_0414.jpg

Dalam ballroom pihak media termasuk kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut diberi kesempatan untuk merasai kemewahan kedua - dua OPPO Smartphone, 4100 MAH. wow! this is Awesome!