6 August 2014

CARA MENGATASI KESEDIHAN

Salam..

Saat ni, ketika ni, pagi-pagi subuh ni, saya rasa sedih sangat *sorry tak dapat nak citer sedih tentang apa...

Nak hiburkan ati taknak ikutkan rasa sedih tu saya ada terbaca 1 article kat tenet cara mengatasi kesedihan.. Siap ada doa lagi.. Meh kita share sama-sama...

Doa dan Adab Tatkala Mengalami Kesedihan Yang Mendalam

1) Kurangnya iman dan tawakkal kepada Allah (mungkin sebab kadang-kadang lupa pada yang Esa)
2) Usaha yang tidak atau yang belum berhasil (ada jugak beberapa cita-cita yang lum tercapai)
3) Kehilangan sesuatu yang amat dicintainya (penah suatu ketika dulu)
4) Cita-cita yang tidak kesampaian
5) Banyaknya hutang yang sulit dibayar (hutang ptptn tu ada laa..hehe)
6) Banyaknya tanggungan keluarga yang membebani dirinya (belum berkeluarga lagi)
7) Terbelenggu orang lain
8) Kesempatan yang telah disia-siakan (banyak kali jugak sia-siakan peluang)
9) Ketinggalan dalam beramal soleh
10) Merasa jauh dari Allah

Bagi orang beriman yang tawakkal, kesedihan tidak boleh berlanjutan. Kerana orang beriman yakin bahawa segala yang dimiliki manusia pada hakikatnya hanya titipan sementara dari Allah swt yang suatu saat pasti akan dicabut kembali.

Ketika kita mengalami kesedihan yang berpanjangan, Nabi saw menganjurkan untuk membaca doa di bawah ini:




Jom kita sama-sama amalkan.. Saya nak hafal doa ni bagi kurang sikit kesedihan nih... Tak bleh wat keje taw bila asik terfikir.. Ermm...

No comments:

Post a Comment