7 August 2014

..pelbagai ujian Allah, mengajar erti kematangan..



..ada masanya aku tertanya2 pada diri..kenapa & mengapa agaknya..ujian Allah mendatang tanpa henti2..adakalanya..diri rasa kuat untuk menghadapinya tapi adakalanya diri rasa begitu perit menghadapinya..ujian Allah datang dalam pelbagai keadaan..ada masanya kita sedar Allah sedang menguji hambanya..tapi ada masanya kita tak sedar..bahawasanya Allah sedang menguji hambanya..aku perlu mengajar erti redha dengan segala ujian dari yang Esa..



..aku merenung sedalam2nya..sejauh2 yang mungkin..mungkin Allah ingin mengqbarkan bahawasanya..aku tak begitu dekat denganNya..dan disampaikannya ujian & dugaan buat aku..untuk menyedari bahawasanya aku perlu banyakkan lagi usaha mendekatkan diri padaNya..Allah sentiasa menyayangi hambaNya dan sentiasa mengingati hambanya yang ingat padaNya..bila difikirkan ujian yang mendatang, ingin saja aku menangis seharian tapi aku perlu tabah, dan perlu mengajar hati ini erti kuat dan tabah..



..setiap ujian yang mendatang itu, mengajar erti kematangan dalam hidup dengan lebih lagi..ujian juga adalah suatu rezeki dari Allah s.w.t..maka redhalah hati menghadapi ujian tersebut..rezeki dari Allah s.w.t..datang dengan pelbagai bentuk..janganlah kau merungut wahai hati bila Allah memberi ujian padamu..fikirkanlah sejenak, kebaikan yang mendatang..berbanding keburukan..

No comments:

Post a Comment