7 August 2014

Hukum bagi perempuan meminang lelaki :)

Assalamualaikum !!! :)

Huhhh .. Dengan rasa gembira dan bahagianya saya disini ingin meng-update cerita baru di blog saya yang 
takde lah lawa mana .. Haha ! Tak lawa punn berguna jugak untuk orang yang membaca dan membuatnya . 
Kann ? :')

Ceritanya bermula di facebook .. Hari tuu ade sorang KAWAN kat facebook share satu gambar .. Gambar 
kat bawah niii .. Jemput baca & lihat ye kawan-II yang comel molek & gagah perkasa :D



Haaa !! Dah baca .. Mehh hamba nak ghoya' siket [ Betul ke aku cakap tuu ? ] Hahaha .. Lepas nampak 
gambar nii .. Aku dengan muka pelik dan terkejutnya komenn .. Aku cakap lah dekat dia macam nii .. Baca 
bawah yee :)
______________________________________________

Aku cakap :

Sunat err ?

Dia cakap :

tp da ustaz azhar idrus kate gtu.... xpe, nnty ana try cry hadis2 nye er

Aku cakap :

 Sebab haritu ade baca macam nii kat page mane ntah hukumnye harus . UAI cakap jugak .

 Tak tahu mane satu yang betul .  Okay 
_________________________________________ 

So , tak lama kemudian dia tunjuk dekat aku hadis yang dia dah janji nak carikan untuk aku .. Baca kat 
bawah nii err :)
______________________________________________
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang 

aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada 

hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah 

salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:

“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini 

maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu 

perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu 

(perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi 

salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam 

riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)

Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya 

menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka 

menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang 

terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah 

yang umum.
_______________________________________________

Kesimpulannya disini :
1 - Perempuan boleh pinang / lamar lelaki jika lelaki memenuhi syarat-II seperti dalam gambar 
2 - Nak sebar sesuatu maklumat biar ade hadis . Jangan main post je semata - mata nak banyak LIKE di          facebook / banyak RETWEET di twitter 
3 - Tak tau bertanya .  " Malu bertanya sesat jalan "

Tapi hakikatnya , Teramat lah susah mencari lelaki yang memiliki akhlak yang baik , alim , memenuhi 
perintah Allah dan meninggalkan laranganNya . 1 dalam 100000 mungkin :(
Ingat nii ....

" Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik "
Jadi , apa yang perlu kita buat adalah

1 - Jadilah perempuan yang memiliki akhlak yang baik . Baru datang lelaki yang memiliki akhlak yang baik .
2 - Jadilah perempuan yang alim . Baru datang lelaki yang alim .
3 - Jadilah perempuan yang memenuhi perintah Allah . Baru datang lelaki yang memenuhi perintah Allah .
4 - Jadilah perempuan yang meninggalkan larangan Allah . Baru datang lelaki yang meninggalkan larangan     
     Allah .

Tapi kann aku pernah dengar ade orang cakap tak semestinya orang yang baik akan dapat pasangan yang 
baik . Dan tak semestinya orang yang jahat akan dapat pasangan yang jahat juga . Korang pernah dengar ? 
Ermm yang nii aku tak pandai nak ulas . Tanya yang ARIF ye .

Bagi aku mungkin Tuhan beri kita pasangan yang berlainan sifat dan sikap sebab Tuhan nak kita " mendidik " atau " dididik " . Faham tak ? 

Mean kalau kita dapat pasangan yang kurang baik , Tuhan nak kita didik dia supaya dia jadi baik sebab 
Tuhan tahu kita mampu . And kalau kita dapat pasangan yang baik , Tuhan nak kita dididik oleh pasangan 
kita sebab Tuhan tahu hanya dia yang mampu melembutkan hati kita . Mungkinn .

Tapi syukurlah kalau kita dapat pasangan yang sepadan / secocok / serasi dan sewaktu dengannya . Tuu 
yang dikatakan 1 dalam 10000 . Bukan senang nak dapat dan tuu lha yang diimpikan oleh ramai orang :')


Okayy ! Tuu je nak kongsi untuk hari nii . Moga dapat memberi pengajaran kat korang
Assalamualaikum
Babaiiiiii

( ^____^ )

No comments:

Post a Comment