22 August 2014

Welcome Home MH17

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat semua.



Hari ini hari yang amat suram. Bukan sahaja bagi me seorang tapi buat semua rakyat Malaysia. Hari ini adalah hari perkabungan negara. Rasanya seluruh Malaysia mengikuti perjalanan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 pagi tadi.

Sepanjang hari ini me cuba untuk tidak menangis. Namun akhirnya benteng airmata runtuh juga. Lebih-lebih lagi bila melihat gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman facebook. Gambar anak yang sedang meratap di sisi jenazah ibunya. Gambar sahabat kepada co-pilot sedang mendukung anak mangsa ketika solat jenazah. Gambar tangisan kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi MH17.

Berlari ke tandas demi menyembunyikan tangis. Terasa pedih bila mengenangkan semua itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. LLL

Takziah dari kami sekeluarga buat keluarga mangsa MH17. Semoga ALLAH lindungi mereka semua. Amin.

1 comment:

  1. Semoga Allah cucuri rahmat buat mereka

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/08/welcome-home-mh17.html

    ReplyDelete