17 February 2015

Bentuk Muka Dan Gaya Tudung Yang Sesuai

Setiap wanita memiliki bentuk wajah yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, cara pemakaian juga harus berbeza. Seorang wanita harus memilih cara untuk memakai tudung yang sesuai dengan bentuk mukanya.
Image result for pemakaian tudung
BENTUK WAJAH OVAL/ BUJUR
Bagi anda yang memiliki bentuk wajah oval atau bujur, alangkah beruntungnya anda. Ini kerana sememangnya tiada masalah untuk mengenakan sebarang gaya tudung di kepala. Begitu juga jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk memakai apa jua jenis selendang, anda bebas untuk memakai apa jua jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas , sifon, lycra atau net. Bahkan tudung sarung juga sesuai buat anda yang berwajah bujur. Nampak lebih ayu dan menawan.
Image result for pemakaian tudung
BENTUK WAJAH BERPETAK
Mereka yang berwajah petak biasanya lebih lebar di antara pangkal rahang dan tulang rahang. Ia akan kelihatanlebih menonjol dan bahagian dagu agak rata. Sangat tidak sesuai untuk memakai selendang atau tudung dan ke belakang dan menampakkan sepenuhnya ciri wajah anda. Gaya atau fesyen pemakaian tudung yang menampakkan tulang rahang juga tidak sesuai seperti turban. Pilih selendang atau tudung yang mempu menutupi bahagian rahang dan tulang pipi anda. Jika anda seorang yang gemar memakai selendang, untuk lebih selesa gunakan inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bawah dagu.
BENTUK WAJAH SEGI TIGA
Untuk mengenal pasti bentuk wajah segi tiga, ciri-cirinya ialah memiliki dagu panjang serta jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Bagi menampakkan bentuk wajah tampil ramping, sebaik-baiknya gunakan tudung yang boleh ditarik sejauh mungkin ke belakang  dan bertemu di leher agar bahagian rahang tampil terbuka. Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak rambut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana bentuk begini menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintal atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bagahian rahang tampak lebih terbuka.
Image result for pemakaian tudung
BENTUK WAJAH PANJANG
Bagi mereka berwajah panjang, jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain akan menyangka anda berwajah bujur. Caranya, bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda. Cara paling mudah adalah dengan memakai tudung yang melekap di dahi. Ini sebagai menyembunyikan dahi anda yang luas. Pastikan anda tidak menutup pipi anda kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik ke belakang tudung anda rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda. Cara pemakaian tudung seperti ini membuatkan anda kelihatan bujur sireh dan menutupi wajah panjang anda. Anda juga seorang yang sesuai menggayakan selendang berbanding tudung awning. Selain itu, penggunaan anak tudung adalah tepat bagi membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti juga mereka yang memiliki bentuk ovul, bentuk muka panjang bebas untuk mengenakan apa-apa jenis selendang dan gayakan mengikut kretiviti anda.
Image result for pemakaian tudung
BENTUK WAJAH BULAT
Jangan merasa rendah diri jika mempunyai bentuk muka bulat, anda sepatutnya bangga kerana ianya comel. Pilih tudung awning yang potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini bagi mengelak wajah anda kelihatan tertutup. Tetapi perlu ingat wajah bentuk bulat ini ada dua jenis iaitu kecil atau lebar. Jika berwajah bulat dan lebar, tudung awning sesuai potongan tepinya melepasi tulang pipi bagi menutup kelebaran bentuk wajah. Berbeza pula bagi berwajah bulat namun kecil. Anda juga sesuai menggayakan fesyen selendang dengan bentuk zik zak di dahi. Lebih menampilkan wajah kelihatan bujur. Apa yang penting, kelebihan mereka yang berwajah bulat ini, sangat sesuai jika menggayakan selendang dengan inner yang berbentuk di muka. Jangan pakai tudung terlalu ketat dan lipat sedikit di bawah tulang rahang supaya nampak muka sedikit bujur. Bahagian dahi harus dibentuk menjadi bujur dan pastikan selendang tidak melekap di dahi.
Anda boleh jadikan ini sebagai panduan untuk anda memilih tudung yang sesuai anda. Pilihlah tudung yang anda rasa selesa dan paling penting selalu tampil sederhana.

2 comments:

  1. Nice sharing... mmg kna tahu gayakan... salah gaya nmpk ketuaan ... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Maria :) semoga segala yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua... in shaa Allah ... :)

      Delete