6 May 2015

Festival Belia Putrajaya 2015-Tetap meriah walaupun berpindah ke Presint 4


fbp2015

Festival Belia Negara

Date: 21 May 2015 - 24 May 2015
Time: 8:00 AM - 5:00 PM
Venue: Kompleks KBS, Presint 4

Festival Belia Putrajaya 2015-Tetap meriah walaupun berpindah ke Presint 4

PUTRAJAYA 21 April - Festival Belia Putrajaya 2015 yang dianjurkan pada 22 hingga 24 Mei ini akan memperkenalkan beberapa unsur baharu selain mengekalkan program ikonik seperti larian zombie dan pameran buku Big Bad Wolf.
Berbanding penganjuran sebe­lumnya yang tertumpu di Presint 2 dan Presint 3, Festival Belia Putrajaya 2015 akan berpusat di Dataran Gemilang di Presint 4 iaitu berhampiran dengan Jambatan Seri Ge­milang.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, pemindahan tempat penganjuran ke arah selatan akan membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang indah sambil menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.
Beliau berkata, walaupun Festival Belia Putrajaya dianjurkan secara berhemah pada tahun ini sesuai de­ngan situasi ekonomi semasa, tetapi keadaan itu tidak akan menjejaskan kemeriahan program itu yang dinanti-nantikan oleh golongan muda seluruh negara.
“Festival kali ini menjiwai konsep daripada belia untuk belia. Walaupun dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan, tetapi orang muda dan Rakan Muda akan diberi peluang untuk menganjurkan program-program yang diadakan selama tiga hari.
“Program baharu yang diperkenalkan pada tahun ini ialah Fit Malaysia, kejohanan silat, Biz Valley dan persembahan daripada mentor-mentor program Rakan Muda.
“Beberapa program ikonik diteruskan pada tahun ini termasuk belia berselawat, pameran kerjaya orang muda, larian zombie dan pameran buku Big Bad Wolf,” katanya ketika berucap dalam majlis prapelancaran Festival Belia Putrajaya 2015, di sini hari ini.
Penganjuran festival melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta itu akan dibahagi kepada empat zon berdasarkan tema pemikiran, komuniti, seni dan aktif yang memberi peluang kepada orang muda untuk memperagakan bakat masing-masing.
Selari dengan penganjuran festival bertemakan Showcase of Talent (Memperaga Bakat) itu, Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia - Jom ke Putrajaya juga diadakan di peringkat negeri.
Sementara itu, Khairy berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Dasar Belia Malaysia dalam Konvensyen Belia Kebangsaan pada 15 Mei ini untuk menggantikan Dasar Pembangunan Belia yang disediakan pada 1997.
“Dasar Belia Malaysia antaranya menggariskan umur belia diturunkan kepada 30 tahun menjelang 2018 berbanding 15 hingga 40 tahun pada masa ini,” katanya.

2 comments:

  1. besh nyer..
    cam nk join je..hee tp jao kt pjaya..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh....jom3....when yaya see the twin... =) btw..,yaya duk mana??hihi

      Delete