2 October 2015

Rindu Autumn In My Heart


Assalamualaikum...pertama kali yaya tonton cerita 'Autumn In My Heart' ni masa darjah 6. Drama bersiri korea ini disiarkan di stesen televisyen TV3 yang telah dialih ke bahasa mandarin. Cerita dia memang sedih gilerr....touching tau bila yaya tengok cerita ni.. 



Serba sedikit yang yaya tahu tentang watak-watak dalam drama bersiri ni, paling aku suka watak Eun Suh...dia adalah seorang gadis yang periang dan mempunyai abang yang sangat hensem, Joon Suh. Tinggal bersama abang dan kedua orang tuanya serta mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. Segala suka dan duka mereka tempuhi bersama.




Selama berpuluh tahun berlalu, Eun Suh menjadi wanita dewasa yang punya raut wajah yang cantik dan menjadi seorang operator di sebuah hotel ternama. Hihihiii...cuba tengok muka Eun Suh ni waktu jawab kol...Itulah memek muka aku kalau jawab panggilan aduan.hahaaa.. Hari-hari terima aduan. Bermacam-macam perangai yang aku nak layankan termasuklah rakan-rakan juruteknik aku. Nak kena main 'mood' diorang, nak kena jaga hati dorang.. Kekadang geram jugak lah terutama waktu dapat panggilan aduan manusia-manusia main 'bash' jerk.. 




Joon Suh adalah abang kepada Eun Suh pada awalnya. Terkilan juga yaya bila dapat tahu diorang ni sebenarnya bukanlah adik-beradik kandung, tapi dah tertukar. Joon Suh juga adalah punca pertukaran bayi ketika di hospital. 



Pengakhiran cerita, kedua-dua hero dan heroin ini mati, Eun Suh yang mula pergi dahulu kerana mempunyai sakit kronik tulang sumsum. Manakala, Joon Suh telah dilanggar sebuah lori ketika hendak pergi ke tempat kenangan mereka di hadapan sekolah.

Bagi yaya, cerita ni adalah cerita sedih pertama yang yaya tonton, pada mulanya disangka adik-beradik sebelum mengetahui mereka telah tertukar. . 

7 comments:

  1. yes, cerita ni mmg sedih pun ya.. Walau macam mana pun, B.O.F jugak yg paling win kt hati aku. HEheheh

    ReplyDelete
  2. dh follow back yana dah ") #213 . . suka tgk cerita ni dlu . . .comel dak perempuan tu kan . . .

    ReplyDelete
  3. Sob Sob..Tak suka tengok citer yang ending dia sedih..Citer korea yang saya tengok FULL HOUSE je..heeee

    ReplyDelete
  4. Wah! Suka drama Korea. Mungkin Yaya suka blog post saya hari ini berkenaan Korea juga :D

    Jemput ke blog saya ye.

    ReplyDelete
  5. cerita yang sentiasa membuatkan mata sentiasa masuk habuk

    Jom terjah  DRAMA TV / MOVIE FEVERET | Cabaran7Hari

    ReplyDelete
  6. best cite ni.. rindunya.. rasa nk tgk balik semua episod dia...

    ReplyDelete