26 November 2015

Bersalin Dalam Air, Diana Danielle & Farid Kamil Dapat Baby Girl!

bersalin dalam air diana danielle  farid kamil dapat baby girl


Isteri kepada aktor Farid Kamil, Diana Danielle selamat menimang cahaya mata kedua pada 19 November 2015 lalu. Diana melahirkan seorang bayi perempuan menerusi teknik bersalin dalam air.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku," kata Farid kepada BH Online.

Pelakon dan pengarah filem Kongsi ini mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 3 November 2012. Sebelum ini, mereka dikurniakan putera sulung, Muhammad yang kini berusia 2 tahun.

Menariknya, tarikh lahir anak perempuan Diana awal tiga hari dari tarikh lahir Diana. Pelakon filem Magika itu dilahirkan pada tanggal 22 November 1991 di Houston, Texas.

Sumber: BH Online.



sumber

1 comment: