26 November 2015

PUTIHKAN GIGI DENGAN STRAWBERI

Extreme close up of teeth biting strawberry.

Tahukah anda boleh menggunakan bahan semula jadi untuk membersih dan memutihkan gigi. Salah satunya daripadanya adalah adalah memutihkan gigi dengan strawberi . Tentu cara ini sangat asing dan bahkan belum pernah anda dengar. Buah strawberi ini mempunyai kandungan asid buah yang sangat besar. Selain itu buah ini mempunyai kandungan vitamin C dan juga serat yang boleh membuat gigi anda putih.
Strawberi mempunyai kandungan asid malic yang cukup tinggi. Asid malic mempunyai fungsi zat yang boleh mengikis dan juga membuat noda hilang di permukaan gigi. Malah, boleh membuatkan gigi menjadi lebih putih.
Sementara itu, vitamin C serta serat di strawberi sendiri cukup tinggi dan mampu menghalang perkembangan dari bakteria streptococcus yang kerap terdapat di dalam mulut. Bakteria streptococcus ini merupakan bakteria yang boleh menyebabkan plak, gigi berlubang ataupun karies gigi.
Cara untuk memutihkan gigi dengan strawberi sangat mudah. Anda boleh makan secara langsung atau sapukan pada kawasan gigi. Jika anda ingin mengoleskan strawberi ke gigi, pilih buah yang sudah matang. Kemudian cuci bersih terlebih dahulu. Selepas membasuh buah tersebut langsung anda oles ke gigi secara perlahan-lahan. Selepas itu biarkan selama 5 minit. Selepas itu kumur.
Lakukan cara ini sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu dan jangan terlalu lama mengolesnya. Hal ini kerana, asid buah atau liquid acid boleh merosakkan dan membuat lapisan pada gigi berkurang. Dan hal ini boleh membuat gigi menjadi berlubang.

4 comments:

  1. www.kesehatanampuh.com artikel yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. kredit dah diberi seperti di atas. klik pada sumber. tq

      Delete
  2. Terima kasih, artikelnya bermanfaat.

    ReplyDelete