21 December 2015

MAKAM CIK SITI 99



Merungkai kisah Cik Siti 99 atau dikenali sebagai Cik Siti Jalang. Kisah seorang anak pembesar istana ( tidak dinyatakan tahunnya ) yang mempunyai epik kisah yang sangat menarik. Cik Siti diberi nama, di anugerahkan wajah jelita dan kaya orangnya. Kisahnya di sebut sehingga hari ini kerana berkahwin dengan 99 orang suami. Ini kerana setiap kali perkahwinan di antara Cik Siti dan suaminya, pasti sang lelaki akan meninggal pada keesokan harinya.




Semua di sebabkan Cik Siti yang mempunyai misteri dimana setiap kali bersama pada malam pertama, akan keluar binatang bisa daripada tubuh badannya, dan ia berlaku sehingga 99 kali. Oleh sebab yang demikian, Cik Siti telah menetapkan kepada sesiapa yang ingin berkahwin dengannya, perlu menyediakan 3 PAPAN KAIN KAFAN dan SEBUAH KERANDA untuk pengebumian keesokan harinya. Sungguh pun begitu, ramai lelaki yang ingin berkahwin dengan Cik Siti dan dia tidak menolak.



Kisah Cik Siti Jalang berakhir dengan perkahwinan bersama suami yang ke - 100


Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan dimana Laksamana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang di sebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama ( Laksamana Bentan ), akibat kemurkaan sultan, perut Dang Anum telah dibelah hidup2 dan juga menyebabkan seorang laksamana yang patuh kepada sultan telah bertukar menjadi murka membunuh baginda. Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah di sumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman...




3 comments:

  1. yang dok kota bertahun ni pun tak tau makam cik siti ni.....huhuhuh...malu i

    ReplyDelete
  2. seram pula baca cerita cik siti 99 ni. huhu

    ReplyDelete