6 January 2016

Pergi Seminar di Agrofarmstay, Durian Tunggal :D




Assalamualaikum....apa khabar rakan - rakan yang disayangi...dulu aku punyai keinginan yang tinggi nak pergi join vacation dengan geng ramai - ramai. Alhamdulillah lepas countdown 2016, awal Januari 2016 muka diorang ni lah aku nampak dalam ramai - ramai geng Kelab Blogger Ben Ashaari..hikshiks... benda yang paling syok giler bila kami bertiga bergerak secara 'lone ranger' menuju ke Terminal Bersepadu Selatan. Tercungap - cungap dan berlari - lari kitorang g TBS tu sebab masing - masing hampir terlajak waktu. hahhaaa....

Kat atas tu aku pegang tiket dari Terminal Bersepadu Selatan ke Melaka Sentral berharga RM10.00 sahaja..sangat murah dan tak susah pun nak pergi Melaka dari KL ni..dinasihatkan untuk beli awal tiket pergi sana dan balik KL sebab memang susah nak dapatkan tiket kalau beli hari..terutama waktu cuti..

so sebelum aku pergi Melaka, aku beli tiket awal - awal..tak kuasa aku nak menyesal kemudian hari. tazabar weyy nak masuk Agrofarmstay @ Skill-Tech tu nak join Bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari selama 2 hari di sana !! nak luaskan kuasaku di sana ..kahkahkah....


                                       

Sepanjang perjalanan kami ke Melaka memang kami tengok fon gitu - gitu jer sebab letih mengejar bas ..terutama aku suka sangat nak off data sebab nak jimat bateri. 

Alhamdulillah dipermudahkan nak ke Agrofarmstay @ Skill - Tech dari Melaka Sentral dalam 30 minit jer nak sampai ke sana..soooo peluang nak sambung tidur dalam teksi tu memang cerahlah. Cash bayar sewa teksi RM50.00 tunai...

Agrofarmstay @ Skill-Tech yang terletak di Durian Tunggal, Melaka merupakan kawasan percutian inap desa bagi pencinta alam semulajadi dengan tapak yang seluas 30 ekar. Dikelilingi oleh kawasan pertanian yang menjanjikan ketenangan ianya hanya 7 kilometer sahaja dari pekan Durian Tunggal dan berdekatan dengan kampus utama UTEM. so memang tak susah pun nak tahu di mana letaknya resort ni..ye dok ?

Ada 3 perkara penting yang perlu korang tahu mengenai Agrofarmstay @ Skill-Tech, Durian Tunggal, Melaka ni.

Penginapan

Aku, Mar, Maryam, Zatie dan Kecik adalah antara yang terawal sampai di Agrofarmstay ni. Dalam ramai - ramai antara kami ni akulah di antaranya yang paling berumur..tapi still gonjeng - gonjeng dan agak semengit sikit bak kata orang jawa lah..mana yang jowo totok tu paham lah kut..hahaa....maklumlah dah masuk kawasan kampung, lidah aku tegak back to normal ngomong jowo..



Tapak tangan besar dan gebu tu bukan tangan aku dan aku belum dipinang oleh sesiapa lagi. ok kunci dah dapat, bolehlah aku bawak korang perkenalkan penginapan yang unik dekat sini. paling penting best dan selesa..mehredahjanjicantikdekatmataakudahhhh....... 


VILLA



Nak bagi warning ni, mesti baca sampai habis pasal penginapan di Resort Agrofarmstay. Resort Agrofarmstay telah menawarkan pakej penginapan sesuai bagi para pengunjung untuk ke sana. Villa yang dilengkapi dengan 7 bilik tidur serta ruang tamu dan ruang makan yang luas beserta dengan kemasan yang bermutu tinggi sesuai untuk para eksekutif dan keluarga besar. 



Bilik - bilik "Gardenview" dan "Riverview" pula menawarkan keselesaan dan dilengkapi dengan penyaman udara serta mandian air panas. Manakala untuk pelajar dan golongan belia yang lebih lasak bolehlah menggunakan chalet dan khemah.




Mengikut citarasa bapak aku, dia sukakan seni kayu. Ini kalau aku bawak family aku bercuti dekat Agrofarmstay, serius happy gilaa bapak aku aihh....


see...aku dah kata dekat ruang tamu ni penuh dengan kerusi kayu yang bagi aku ala-ala kerusi tradisi kaum cina dulu-dulu..cuma lebih menarik lagi ditambah televisyen canggih. 


Bila up gambar-gambar dekat instagram, facebook pasal Agrofarmstay ni, ada yang siap pm whatsup aku tanya dekat aku. 

"Eh kau pergi mana plak ni yaya ? Cantik-cantik plak gambar tempat-tempat yang kau pergi tu. Macam kat dunia lain" . 

Wehh...aku pergi Agrofarmstay wehh.....tengok ni, villa di atas bukit ada bilik yang boleh memuatkan 2 orang. Sekali tengok memang terpegun sebab sungguh tak sangka dekat dalam hutan ada bilik cun weh... 



Demi menghargai jasa Agrofarmstay yang layan kami penuh mesra, aku bagi 5 bintang. Mana tahu kot nanti datang lagi, dapat layanan tahap princess gitu....ekekee.....

Villa yang juga disediakan dapur yang dilengkapi dengan peralatan memasak. So its up to you nak masak macam dekat rumah sendiri pun ok...suka hati guys nak masak apa...


CHALET


Bagi sesebuah organisasi yang berminat nak buat aktiviti riadah di Agrofarmstay, di sana juga telah menyediakan chalet khas kepada mereka yang 'adventurous'. 




Setiap chalet boleh memuatkan 10 orang dan amat sesuai untuk pelajar atau belia-belia. Pelbagai latihan jasmani dan jatidiri boleh dilaksanakan di kawasan tersebut.


BILIK - BILIK


1) Twin / Double Rooms

Bilik untuk 2 orang ini dilengkapi dengan perabot dan kemasan bermutu tinggi berkonsepkan retro.

2) Riverview & Gardenview

Bilik untuk 6/8 orang ini sesuai untuk keluarga atau kumpulan kecil.




Dorm yang memuatkan seramai 8 orang, ada 3 buah bilik mandi serta 2 buah bilik air untuk buang hajat kecik atau besar...opssorryyy













Kemudahan


Kehidupan aku tidak semasyhur dulu, makin lama makin dimamah usia dan aku perlu hadirkan diri ke seminar untuk flashback balek segala datuk nenek ilmu-ilmu yang pernah aku timba dulu waktu zaman belajar. 


Fasiliti Mesyuarat





Kelab Blogger Ben Ashaari telah membuka ruang kepada para  blogger untuk mengorek segala ilmu yang dicurahkan oleh En. Hadi. Seminar yang diberi nama Bengkel Fotografi bersama Kelab Blogger Ben Ashaari. 





Bengkel yang diadakah di Dewan Tertutup Lily berlangsung selama dua hari seluas (80-100 pax). 


Pihak korporat juga boleh gunakan bilik mesyuarat eksekutif seluas (12 pax) .



Di Agrofarmstay tak perlu risau mengenai internet, dekat sana telah disediakan kemudahan wifi. Selain itu sesuai untuk dijadikan "business centre" di sana dan juga terdapat dewan terbuka Palma seluas (150 pax).


Surau Teratai

Aktiviti kerohanian seperti ceramah agama dan solat berjemaah boleh diadakan di Surau Teratai.

Khidmat Katering

Agrofarmstay turut menyediakan khidmat katering bagi kumpulan atau korporat sekiranya perlu, termasuklah BBQ. 





Macam hari tu kitorang breakfast, lunch dengan dinner dekat dewan Palma ni. Jadi tak perlu risaulah bab makanan sebab korang petik jari jer, dah mai makanan...ahaa....syok kan !!


Bilik Karaoke

Yang merah delima ini rumah kasut. Rumah kasut ni adalah tempat yang boleh korang lepaskan kesedihan dan di kala stres..rumah ini juga sesuai untuk korang yang bawa seisi keluarga. Nak memekik dalam ni boleh, hanya RM50 sejam. Berbaloilah kan...

Terdapat 60,000 buah lagu dengan peralatan terkini seperti 'digital touch screen' di dalam Rumah Kasut ala akustik dan lounge yang amat selesa.




Seingat aku kali terakhir aku pergi karaoke dengan kawan baik aku, fiza. Masa tu dia yang belanja aku wehh...betapa besarnya jasa kau anggap aku sebagai kawan baik kau kan za. 





Mini Zoo Agrofarmstay @ Skill-Tech

Dikelilingi oleh dusun dan kawasan padang permainan yang menghijau luas untuk pelbagai aktiviti. "Pet House" di mana terdapat haiwan peliharaan di mini zoo Agrofarmstay yang menjanjikan keceriaan bagi seisi keluarga. 




Sejujurnya aku bukanlah seorang romantis dan tak reti nak tunjuk romantis pada seseorang. Sesuatu benda tu kalau aku kata sayang, aku sayanglah..tapi tak reti dooo nak bagi bunga ke apa, jadi aku bawaklah diorang ni pergi mini zoo yang terdapat di Agrofarmstay @ Skill-Tech ni. 

Rasa macam menyesal plak aku tinggalkan Lan dan St dekat dengan si Bujang tu. Tak pedulikan aku langsung dah, entah apa yang diborak mereka pun aku pun tak faham...arhhh...asal depa gumbira ~~



Walaupun kambing ni tengok aku tanpa sebarang kata, aku memahami apa fikiran pak janggut ni. Aku tengok dia, dia tengok aku. Pandai kambing ni tak lari bila aku nak shoot gambar dia, tentu dah biasa kena amek gambarlah kan..aku pun tak sefemes pak janggut ni..ahaks~~ 

Kalau korang tanya aku apalagi yang ada dekat mini zoo Agrofarmstay ni selain kuda dan kambing ? ahhaaa...pelbagai jenis binatang wey dekat sana, termasuklah burung merak, landak, landak kecil, ayam serama dan juga burung tiong...eh, teruja betol !!




Kuda jantan kat belakang aku tu nama dia Bujang. Aku perhati jer raut muka dia dalam dalam gambar. Pandai jugak kau senyum kan Jang.. 


Kolam Renang

Di dalam kawasan seluas 30 ekar ini, pelbagai aktiviti boleh dijalankan. Ini termasuklah permainan sukaneka keluarga, latihan jasmani, 'water confidence', berenang di kolam renang dan lain-lain.




well...I need some rest...

Semenjak bekerja, aku kurang pergi buat aktiviti rileks macam ni. Kalau korang perasan dekat cover photo facebook yaya ada gambar dekat atas tu :o 

So aku harap sedikit sebanyak karangan aku mengenai pengalaman aku di Agrofarmstay @ Skill-Tech ni memberi impak yang besar kepada pemilik resort ni, terutama kepada mereka yang masih mencari-cari di mana tempat yang paling best dan staf yang ramah, termasuklah technician 'tall-dark-and handsome' yang sopan santun tu.

Jangan lepaskan peluang bila dah baca entry yaya yang agak panjang meleret ni sebab korang takkan menyesal !! 




Jika anda inginkan kelainan, segeralah berkunjung ke RESORT AGROFARMSTAY @ SKILL-TECH !!


En. Abdul Bari Ahmad Bashiruddin
(Pengurus Agrofarmstay @ Skill-Tech)
012-2118246




BERKUNJUNGLAH SAMBIL MENCUNGKIL RAHSIA ALAM.........

6 comments:

  1. dah banyak kali kbba buat event kat sini... next time nak join la

    ReplyDelete
  2. Wah, best ni sekali sekala berkunjung ke sini

    ReplyDelete
  3. Yeaa yaya, thanks followback. Saya dah lamaa follow awak..

    ReplyDelete
  4. wahh..bestnya..kalau buat family day kat sini sure best :)

    ReplyDelete
  5. Wah, bestnya dapat bersantai tepi kolam renang..tapi kan nak tanya la macam mana nak join kelab blogger ben ashaari ni?

    ReplyDelete