9 January 2016

Syukur Allah Selamatkanku


Assalamualaikum....alkisahnyanya begini...Semalam pulang dari kerja, selalunya aku akan lalu tepi bangunan Jabatan Pendaftaran Negara untuk tuju ke hentian bas. Nak dijadikan cerita, aku beri sebuah kereta berwarna putih tu keluar dulu daripada parking B1. Kereta tu besar. Takkan lah aku tak nampak kan...?? 

Jadi bila kereta tu dah keluar daripada B1 tu, aku pun melintas di belakang kereta tu. Waktu aku nak lintas tu memang jarak kereta taklah dekat sangat pun dengan aku. Ada dalam 3/4 jengkal macam tu. Entah kenapa tiba - tiba kereta tu mengundur ke belakang. Tak tahulah sama ada dia tertarik gear undur ke apa. Tiba - tiba terlanggar aku. 

Mujur sempat aku nak pukul bonet kereta tu dan pemandu tu berhentikan kereta. Waktu tu memang tak kiralah kereta tu lawa ke buruk. Aku pukul jer kereta dia. 

Aku hampir terjatuh ketika itu. Disebabkan aku terkejut, sampai balik rumah tadi aku pening kepala. Tak boleh bayang benda ni jadi dekat aku. Kalaulah kereta tu mengundur laju kebelakang, aku tak tahu bagaimana keadaan aku pada ketika itu. 

Sampai sekarang aku tak tahu siapa pemandu kereta tersebut. Tapi yang pastinya perempuan. Lepas tu dia pergi macam tu jer, tak turun tengok keadaan aku langsung. Mujur tangan tak berdarah, cuma lenguh - lenguh jer. Baru aku tahu apa itu maksud " langgar lari ".  Syukur Dia masih selamatkan aku.  



Iklan sikit .

Jemput join Segmen Blogwalking | Yaya Cendana yek....

Terima kasih kerana sudi membaca. ♡♡♡♡

5 comments:

  1. Syukur alhamdulillah yaya tak pape kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah, tak jadi perkara yang lebih buruk. Tak sangka ada juga orang yang tak berperikemanusiaan macam tu. Hmm.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...alhamdulillah Yaya selamat...syukur...sampainya hati pemandu tu...

    ReplyDelete
  4. nasib baik selamat dan masih dipanjangkan umur. Blog yang sangat mantop~

    ReplyDelete