Chukai: Woo Nina Grace, 19, berminat gunakan nama Islam, Nur Nina Farisha dan mahu menjadi seorang muslimah yang baik termasuk berhijab.
Penuntut semester tiga Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pelantar Minyak Kolej RANACO, di sini, berkata, dia berasa seperti dilahirkan semula dan nekad untuk mengucap dua kalimah syahadah selepas berpuas hati dengan jawapan Dr Zakir Naik ketika sesi soal jawab pendakwah itu di Padang Astaka, tengah malam .
Menurutnya, dia sudah lama ingin memeluk Islam dan jawapan pendakwah itu membuatkannya lebih yakin dengan agama Islam sebagai agama yang suci.
Katanya, kehidupan hariannya sebelum ini yang banyak bergaul dengan rakan Islam menjadi faktor agama Islam dekat dengannya.
"Saya semakin tertarik dengan agama Islam dan kebetulan Dr Zakir berkunjung ke negeri ini yang mana membuatkan saya mahu hadir ke syarahannya kerana mahu bertanyakan beberapa soalan. "Akhirnya, jawapan yang diberikan Dr Zakir membuatkan saya nekad untuk memeluk Islam dan tidak kisah dengan pandangan orang lain.
"Saya bersyukur kerana Allah berikan hidayah kepada saya pada 12.05 tengah malam Jumaat yang menjadi penghulu segala hari," katanya ketika dihubungi.
sumber : HARIAN METRO
alhamdulahhhh
ReplyDeletealhamdulillah :)
DeleteALHAMDULILLAH...
ReplyDeleteSINGGAH DARI http://jmbelog.blogspot.my/
alhamdulillah. assalamualaikum saudara.
ReplyDeleterespect dengan dr zakir naik, ramai dah dia islamkan orang. banyak pahala dia dapat