19 April 2016

FUNDRAISE FOR MADRASAH AL - AIN

KISAH ARIEF



Arief anak sulung dari 3 beradik, usianya dah 8 thn sebelum ini Arief belum pernah masuk sekolah atau masuk tadika.
Ibunya orang Kemboja dan ayahnya Indonesia.

Semenjak kecil lg Arief dan adik beradiknya sudah biasa di tinggalkan oleh ibubapanya yang bekerja sebagai " peraih ikan" kadang kala selama seminggu ibubapanya pergi mengambil ikan di Perak dan Pahang, dan hantar kepasar pasar. Ibubapanya bukan bekerja sendiri tapi bekerja dengan orang.

Arief adalah antara anak murid ustazah Rabiatul Adawiah yang paling baik dan rajin buat kerja sekolah.Bila tanya cita citanya, Arif beritahu"saya nak tolong ustazah"

Catatan dari Ummi Rusnah yang cukup mengenali setiap potensi anak-anak didiknya....

Jom bantu kami untuk bantu mereka..... untuk membina bangunan madrasah utk anak-anak ini mendapatkan asas pendidikan.

...................................................................................................................................................................


Assalamualaikum,

Salam Rejab 1437H buat semua. Setelah selesai amanah pembedahan Transplant Hati adik Fakhrullah di China dan kini menunggu detik amanah pembedahan Transplant adik Qisya pula yang akan berangkat ke China dalam masa terdekat apabila Qisya stabil, The Telekung Project kini menumpukan fokus untuk membantu PEMBINAAN MADRASAH AL-AIN ( Kg Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor).

...................................................................................................................................................................

OVERVIEW MADRASAH / SEKOLAH 


Ummi (Pn. Rusnah, pengetua Madrasah) berhasrat utk membangunkan bangunan 2 tingkat utk menjadikan fasiliti pembelajaran anak-anak yg kini mencecah 100 orang lebih selesa. Madrasah ini menyediakan pendidikan asas (3 M; membaca, menulis, mengira) dan pendidikan agama kepada anak-anak, kelas mengaji utk penduduk sekitar dan menjaga kebajikan fakir miskin dan asnaf. Kebanyakkan anak-anak ini terdiri daripada anak yatim, fakir miskin (asnaf) yg menumpang di negara kita. Anak-anak yg asal dari kemboja, atau mmg lahir di malaysia sebab ibu ayah dari kemboja yang bekerja di malaysia. (jujurnya admin tak suka melihat manusia itu dari mana dan mana kerana bumi Allah ni luas dan sempadan hanyalah HUMAN MADE, sedangkan berbuat baik sesama manusia itu sangat-sangatlah dituntut tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama kan) Dipendekkan dgn ayat yang mudah, anak-anak ini tidak mendapat privillage utk mendapat pendidikan formal di Malaysia kerana status kwwarganegaraan.

Namun, pendidikan itu penting dalam pembentukan manusia. Kalau dibiarkan jiwa kosong tidak berilmu, pasti anak-anak ini akan membesar ke arah negatif. Kesannya akan kembali juga kepada kita seperti kadar jenayah meningkat. Biarlah tidak berpeluang ke sekolah formal, namun, usaha Ummi ini menyediakan ruang madrasah di sebuah rumah adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal amatlah baik. Sekurang-kurangnya anak-anak ini membesar dengan ilmu asas di dada dan menjadi insan yang mampu bermanfaat utk insan lain. Jangan ditanya utk bantuan dari pihak-pihak tertentu kerana madrasah ini anak-anaknya tidak berstatus warganegara.

Ummi mengajar anak-anak ini asas pendidikan dengan daya yang ada. Guru-guru juga bersilih ganti, tetapi anak-anak ini gembira menghabiskan masa mereka mendapat pendidikan di sini. Bukan setakat pendidikan, ummi juga menyediakan kebajikan makanan dan pakaian utk anak-anak ini. Prinsip ummi, sekurang-kurangnya anak-anak berada 'disekolah' dari terbiar berkeliaran di jalanan tanpa ilmu.

Semasa admin berkunjung ke sana, anak-anak diajar solat berjemaah, belajar dan bermain. Habis sekolah yg punya waris pulang ke rumah masing-masing dan anak-anak yg tidak punya waris ada yang menumpang tidur di madrasah ini.

Sempit, memang sempitlah kalau 100 anak-anak ini belajar dalam rumah yang kecil. Sebab itu ummi berhasrat utk membangunkan atau senang cakap besarkan ruang rumah itu menjadi premis yang lebih selesa. Berdikit-dikit dan admin perhatikan selama sebulan usaha ummi ini bermula dari tanah sehingga berdirinya asas bangunan. Dan syukur pada Allah hari ini dimudahkan Allah pertemuan antara TP dan Ummi 

Telekung Project juga telah berjumpa dengan tukang yang buat rumah ini utk mengetahui progress pembinaan. Admin dah terangkan pada Ummi hasrat TP utk melancarkan usaha pembinaan madrasah ini utk anak-anak ini mendapat pemdidikan melalui PUBLIC FUNDRASING TP dan wang yg terkumpul akan TP bayar kepada kontraktor binaan dan tokey hardware yg supply barang. Dan dana yang masih diperlukan adalah dalam RM 130k.

Oleh yang demikian, admin ingin mengajak sahabat semua, DENGAN KEBERKATAN DI BULAN REJAB INI utk kita sama-sama bergabung membantu seorang sedikit. Tak rugi pun kita memudahkan urusan insan lain kan? dan tak perlu pun kita beri banyak, yang penting SEIKHLAS HATI. 

Kepada sesiapa yang mahu rebut membantu pembinaan madrasah ini boleh melalui:

  • CIMB Telekung Project
    (8600 56 3331) / Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
  • MBB Admin Telekung Project
    (5127 7250 1950) / Norazila Abdul Aziz

Emailkan transaksi sumbangan kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan MADRASAH AL AIN
SMS/Whatsapp transaksi melalui +60193597733/+60197357151

.................................................................................................................................................................

PALING PENTING; ISIKAN BORANG DIBAWAH UTK REKOD AUDITING KAMI.

SEMUA DANA YANG TERKUMPUL AKAN PIHAK TP BAYAR KEPADA KONTRAKTOR DAN SUPPLIER BAHAN BINAAN UTK MADRASAH INI DAN UMMI TELAH PUN SETUJU MENGENAINYA.

MENJADI AMALAN DALAM TP YG TIDAK MENGAMALKAN 'OPEN CAMPAIGN'; KEMPEN INI AKAN DIBUKA SELAMA SEMINGGU SAHAJA BERMULA 14 APRIL SEHINGGA 22 APRIL 2016. WALAUBAGAIMANA PUN JIKA DANA YANG DIPERLUKAN TELAH CUKUP, ADMIN AKAN TUTUP KEMPEN INI LEBIH AWAL KERANA JUMLAH YANG DIPERLUKAN HANYALAH RM 130K. TP AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA PERKEMBANGAN KUTIPAN DANA INI.

Berdoa dan berharap agar usaha ini dipermudahkan oleh Allah demi membantu anak-anak ini mendapat pendidikan walaupun tidak sempurna seperti anak-anak kita yang boleh ke sekolah.

Semoga amalan kebaikan dan kebajikan yang dilakukan ini diterima Allah, Amin. JOM SEBARKAN KEBAIKAN....

Salam Ukhwah,
Azila Aziz
14 APRIL 2016
6 REJAB 1437H




No comments:

Post a Comment