13 April 2016

Checklist Walimatul Urus ( Perkahwinan ) by Yaya Cendana

Hai , Assalamualaikum...


Kerap kali berlaku pada bakal - bakal pengantin yang sering mengabaikan perkara – perkara yang penting sebelum melangsungkan perkahwinan mereka.

“ Takpelahh...majlis lambat lagi...rileks dululahh...ada masa , sempat je..”

Ish...dari awallah korang mesti bertindak , amat merugikan kalau korang tak bertindak sekarang sebab ada sesetengah pihak pengurusan atau ‘wedding planner’ dah pun mula buat harga promosi J




Tapi sebelum tu , yaya ada beberapa tips yang dah pun yaya belajar dari orang sekeliling yaya , terutama daripada ummi ayah yaya sendiri.


Apa yang patut korang lakukan ? 

Cuba lihat ‘table’ di bawah , ada ‘checklist’ barang keperluan / kehendak . Mana yang patut korang ada kan , mesti buat tanda ‘tick’ ( ) .

Rasa – rasa macam tak perlu tu , korang biarkan ruang tu kosong . Ini amat penting bagi mereka yang ada bajet tersendiri . 




Macam yang yaya dah lakukan , sabtu yang lepas yaya dah pergi Kursus Pra – Perkahwinan di Pusat Kejiranan Presint 16 , Putrajaya . Semalam pun yaya dah ‘share’ serba sikit ilmu yang yaya dapat dari sesi kursus yang lepas. Boleh rujuk di sini


                                                       

Bakal pengantin wajib untuk buat ujian HIV / AIDS  di Klinik Kesihatan Kerajaan. Korang bakal pengantin dipersilakan untuk klik link ini bagi mendapatkan Prosedur Ujian HIV / AIDS .


Menentukan tarikh walimatul urus adalah amat penting bagi bakal pengantin . 

Seterusnya adalah menentukan bilangan dan senarai tetamu yang ingin dijemput untuk menghadiri ke majlis korang . 


Sekarang ni ada yang buat tanda kenduri macam contoh , meletakkan bunga manggar sebagai tanda arah kenduri . Ada juga yang letak banting menandakan kenduri tersebut. 

Kedua - duanya amat penting dan pilihlah mengikut bajet korang. Sekarang , nak tempah banting pun ada yang murah kan :)

Barang hantaran yang dibeli oleh bakal pengantin dengan angka yang ganjil. Barang hantaran dulu dan sekarang ni ada yang berbeza , kawan - kawan .. hiihii...sekarang zaman pun dah berubah. Terpulang pada bajet bakal - bakal pengantin. 

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
  1. Sirih Junjung
  2. Kemeja/Seluar
  3. Beg duit/Tali Pinggang
  4. Al-Quran Biasa/Digital
  5. Sejadah
  6. Jam Tangan
  7. Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi
  8. Kasut
  9. Buah-buahan
  10. Kek/Kek Cawan
  11. Coklat
  12. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
  1. Mas kahwin/Duit Hantaran
  2. Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  3. Tepak sirih
  4. Al-Quran Biasa/Digital
  5. Sejadah
  6. Potpourri/Bunga Rampai
  7. Jam tangan
  8. Kasut
  9. Telekung
  10. Beg Tangan
  11. Set Wangian /Barang mekap
  12. Buah-buahan
  13. Kek/Kek Cawan/ Coklat


Selalunya bakal pengantin akan beli barang hantaran dan akan membuat pertukaran untuk buat gubahan hantaran :)


Ada ramai fotografer yang professional di Malaysia ni . Korang mesti 'survey' harga dan membuat tempahan awal supaya tidak 'clash' dengan majlis orang lain . Selain itu , fotografer boleh bajet masa awal sebelum majlis berlangsung . Ingat yer...bukan kita jer yang nak kawen.... hehheee... :) 



Buatlah tempahan awal dan 'deal' elok - elok dengan pengurusan katering , khemah , meja , kerusi dan lain - lain bagi mengelakkan tidak ada perkara yang tidak diingini seperti makanan tak cukup. 

Baju pengantin...of course laa tak lupa..huhuu....bila plan nak kahwin , automatik fikir "eh , aku nak pakai camni , kaler ni" .. hahhaaaa....

Haaa...nak lawa cun melecun boleh , tapi jangan membazir...huhuu...



Nak cari mak andam , carilah kalau boleh yang sama jenis dengan kita ( perempuan ) . Aurat harus dijaga. Jangan ada yang sentap yer...memang semua ada bakat , cuma bila kita nak mekap tu tentulah akan buka tudung , kan ? So , fikir mana yang afdhal...

Sekarang ni mekap tak macam dulu dah..kalau ada tu tak tahulaa kan..hihii...kening tak perlu cukup / trim , cuma melukis ala kadar sahaja. Sama jugak dengan blusher..hihii...

Hihii...ni adalah part yang paling yaya suka..hihii...macam yaya , suka kaler pink dengan putih tau...tapi , kalau si dia suka kaler biru , apa salahnya bertolak ansur kann...?  Kalau waktu tunang nak tema kaler pink , waktu nikah pulak kaler putih , jadi ... kaler biru tuh jadikanlah tema untuk walimatul urus kan :)
Pesan dari ustaz , carilah tok kadi awal - awal , 3 bulan sebelum akad nikah dah boleh cari tok kadi .  :)


Doorgift diberi pada para tetamu amat penting sebagai tanda penghargaan buat mereka yang menghadiri majlis kita tau...

Berilah pemberian yang ikhlas bersulamkan senyuman , in shaa Allah mereka para tetamu akan mendoakan yang baik buat kita bakal pengantin :) 


Sesetengah orang suka yang simple , tiada DJ / Tarian . Ada juga yang tidak mengupah orang kompang , dan hanya menggunakan khidmat DJ untuk pasang musik kompang tu. Terpulang pada bajet seseorang :)


Kad jemputan ni teramatttt lah penting...teringat pulak nak pesan. Sesetengah orang tak minat sangat dapat jemputan melalui media sosial . Seperti contoh , di 'facebook invite' . 

Kalau boleh tu , jemputlah dengan cara yang terhormat...sekarang ni banyak benda yang canggih meh...kalau nak jimat kredit , boleh jer mesej secara peribadi di facebook ke...berbual sikit...

"Assalamualaikum fiza , aku ada hajat ni , aku nak jemput kau datang kat majlis aku pada ( sekian - sekian - sekian ) bertempat di ( sekian ) .... "


Haa...kan beradab tu ... lagi selesa sebenarnya.... 


CHAK !! 

Ok lahhh...amacam ? dah faham apa yang yaya share kan kat sini ... ?? 

Yaya pun sebenarnya tengah belajar lagi bab perkahwinan ni...hihii...sambil buat research tuh , yaya baca jugak di samping bertanya kepada orang yang berpengalaman .. moga perkongsian yaya ni bermanfaat buat kawan - kawan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga .. yang belum ada perancangan lagi tapi nak baca di sini apa salahnya .... bukannya nak menggatal pun...benda ni benda baik .. ilmu .... 

Ingat yer...syaitan dan iblis tidak menyukai kaum adam hawa melakukan kebaikan. Sebab itulah berlakunya kerosakan di muka bumi apabila zina berleluasa .

Pesanan buat diri sendiri juga :)

Wasalam ....





4 comments: