Assalamualaikum...
T E R B A R U yaya ada pergi mengikuti
Kursus Perkahwinan di Presint 16 , Putrajaya. Sebenarnya yaya mula tahu kat
Pusat Kejiranan Presint 16 tu masa tahun lepas , masa tu ‘member’ yaya dengan
suami dia pergi kursus tu. Tak sangka pula tahun ni giliran yaya pula yang pergi
kursus perkahwinan di sana.
Petang ni yaya nak ‘share’ serba
sedikit ilmu ‘Memasuki Gerbang Perkahwinan’ . Sesuai sangatlah bagi kawan –
kawan yang dah ada perancangan nak membina masjid yang dikasihi Allah swt.
Buat mereka yang belum lagi ada
perancangan , tak salah cari ilmu kan ? J kerana ... Matlamat perkahwinan
adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat
keredhaan Allah swt. Ia juga bertujuan untuk memelihara kehormatan diri dalam
melaksanakan tuntutan agama di samping mewujudkan ikatan kasih sayang antara
suami isteri serta menambahkan (meramaikan) zuriat.
Hikmah perkahwinan yang dilaksanakan
mempunyai banyak , antaranya :
· * Memelihara
diri daripada melakukan perkara yang haram seperti zina dan pergaulan
bebas.
· * Menghalalkan
pergaulan lelaki dan perempuan menurut ketentuan syarak.
· * Memelihara
kesucian keturunan.
· * Membentuk
keluarga dan menyusun masyarakat
· * Melahirkan
semangat tolong – menolong antara ahli keluarga
· * Menghubungkan
kasih sayang.
Hukum Nikah ada lima , iaitu :
· 1. HARUS
adalah hukum asal perkahwinan
· 2. SUNAT
bagi seseorang yang berkemampuan serta mempunyai keinginan untuk
berkahwin
· 3. WAJIB
bagi seseorang yang mampu dan bimbing atau yakin akan terjerumus melakukan
zina
dan perkara yang boleh membawa kepada perzinaan seperti berpegangan tangan
dan
sebagainya
· 4. MAKRUH
bagi mereka yang tidak berkeinginan berkahwin disebabkan penyakit atau tua
atau
perkahwinan menghalang ia daripada melakukan ibadah kepada Allah swt
· 5. HARAM
sekiranya seseorang itu bimbang atau yakin akan menzalimi serta
memudaratkan isterinya
Ok...dah tahu apa matlamat perkahwinan
? Hikmah perkahwinan dan hukum nikah dah pun yaya kongsikan di sini. Sekarang
yaya nak ‘share’ pulak pasal R U K U N N
I K A H
Rukun Nikah ada lima , iaitu :
1.
Calon
suami iaitu pengantin lelaki
2.
Calon
isteri iaitu pengantin perempuan
3.
Wali
4.
Dua
orang saksi lelaki
5.
Sighah
iai ( Lafaz ijab dan kabul )
Bagi mereka yang merancang untuk menuju ke arah kebahagiaan yang diredhai Allah swt , bolehlah 'direct contact' Ustaz Syamil di talian ( 012 - 247 4887 ) untuk mengikuti Kursus Perkahwinan di Pusat Kejiranan Presint 16 , PUTRAJAYA W.P
Moga perkongsian yaya ni bermanfaat
buat para pembaca di blog Yaya Cendana . In shaa Allah yaya akan kongsikan lagi
ilmu yang dah pun yaya perolehi dari ustaz dan ustazah semasa mengkuti kursus
perkahwinan.
Bila ‘share’ di sini , sambil menaip ,
kawan – kawan dapat ilmu , yaya pun akan ingat jugak ilmu ni... J
Wasalam....
Dah berkahwin nanti,nak kena ada ilmu lain juga. seperti ilmu keibubapaan, ilmu penyusuan susu ibu dsb. :-)
ReplyDeletein shaa Allah akan yaya study dan share di sini . tq atas cadangan :)
Deleteheee yui lom lg amik kursus nikah..
ReplyDeletebolehlah pergi skrg. manatahu yuran akan naik lg akan dtg :)
Deletenice sharing, TQ...bagus utk pendedahan awl sblm attend kursus..at least da ready.. =)
ReplyDeletesama - sama :)
Deleterukun nikah ada 5 =)
ReplyDeleteilmu berguna untuk bakal pengantin.
salam kenal dari Rafie #397
http://sihatcun-rafie.blogspot.my