12 April 2016

Rukun Nikah ada berapa Sayangg... ?

Assalamualaikum...


T E R B A R U yaya ada pergi mengikuti Kursus Perkahwinan di Presint 16 , Putrajaya. Sebenarnya yaya mula tahu kat Pusat Kejiranan Presint 16 tu masa tahun lepas , masa tu ‘member’ yaya dengan suami dia pergi kursus tu. Tak sangka pula tahun ni giliran yaya pula yang pergi kursus perkahwinan di sana.

Petang ni yaya nak ‘share’ serba sedikit ilmu ‘Memasuki Gerbang Perkahwinan’ . Sesuai sangatlah bagi kawan – kawan yang dah ada perancangan nak membina masjid yang dikasihi Allah swt.

Buat mereka yang belum lagi ada perancangan , tak salah cari ilmu kan ? J kerana ... Matlamat perkahwinan adalah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat keredhaan Allah swt. Ia juga bertujuan untuk memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan tuntutan agama di samping mewujudkan ikatan kasih sayang antara suami isteri serta menambahkan (meramaikan) zuriat.



Hikmah perkahwinan yang dilaksanakan mempunyai banyak , antaranya :

·          * Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram seperti zina dan pergaulan 
        bebas.
·         * Menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan menurut ketentuan syarak.
·         * Memelihara kesucian keturunan.
·         * Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
·         * Melahirkan semangat tolong – menolong antara ahli keluarga
·         * Menghubungkan kasih sayang.

Hukum Nikah ada lima , iaitu :

·         1. HARUS adalah hukum asal perkahwinan
·         2. SUNAT bagi seseorang yang berkemampuan serta mempunyai keinginan untuk 
        berkahwin
·         3. WAJIB bagi seseorang yang mampu dan bimbing atau yakin akan terjerumus melakukan 
        zina dan perkara yang boleh membawa kepada perzinaan seperti berpegangan tangan 
        dan sebagainya
·         4. MAKRUH bagi mereka yang tidak berkeinginan berkahwin disebabkan penyakit atau tua 
        atau perkahwinan menghalang ia daripada melakukan ibadah kepada Allah swt
·         5. HARAM sekiranya seseorang itu bimbang atau yakin akan menzalimi serta 
        memudaratkan isterinya


Ok...dah tahu apa matlamat perkahwinan ? Hikmah perkahwinan dan hukum nikah dah pun yaya kongsikan di sini. Sekarang yaya nak ‘share’ pulak pasal R U K U N  N I K A H


Rukun Nikah ada lima , iaitu :

1.    Calon suami iaitu pengantin lelaki
2.    Calon isteri iaitu pengantin perempuan
3.    Wali
4.    Dua orang saksi lelaki
5.    Sighah iai ( Lafaz ijab dan kabul )



Bagi mereka yang merancang untuk menuju ke arah kebahagiaan yang diredhai Allah swt , bolehlah 'direct contact' Ustaz Syamil di talian ( 012 - 247 4887 ) untuk mengikuti Kursus Perkahwinan di Pusat Kejiranan Presint 16 , PUTRAJAYA W.P


Moga perkongsian yaya ni bermanfaat buat para pembaca di blog Yaya Cendana . In shaa Allah yaya akan kongsikan lagi ilmu yang dah pun yaya perolehi dari ustaz dan ustazah semasa mengkuti kursus perkahwinan.

Bila ‘share’ di sini , sambil menaip , kawan – kawan dapat ilmu , yaya pun akan ingat jugak ilmu ni... J

Wasalam....



7 comments:

  1. Dah berkahwin nanti,nak kena ada ilmu lain juga. seperti ilmu keibubapaan, ilmu penyusuan susu ibu dsb. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah akan yaya study dan share di sini . tq atas cadangan :)

      Delete
  2. Replies
    1. bolehlah pergi skrg. manatahu yuran akan naik lg akan dtg :)

      Delete
  3. nice sharing, TQ...bagus utk pendedahan awl sblm attend kursus..at least da ready.. =)

    ReplyDelete
  4. rukun nikah ada 5 =)

    ilmu berguna untuk bakal pengantin.

    salam kenal dari Rafie #397

    http://sihatcun-rafie.blogspot.my

    ReplyDelete