Setiap hari mewakili warna-warna tertentu, pemakaian baju atau aksesori mengikut warna tersebut akan menyerlah aura positif dalam diri anda. Hari ni hari ISNIN , yaya mengenakan pakaian berwarna PUTIH .



Putih

Hari Isnin menjadi permulaan hari, lantaran amat penting untuk kita memilih rona pakaian yang sesuai untuk membantu membangkitkan mood. Putih adalah pilihan yang sesuai, warna ini polos dan suci. Ia membantu minda kita relaks dan persiapkan diri untuk memulakan hari. Warna putih memberi impak bersih dan tenang kepada si pemakai. Tidak semestinya anda menggayakan semua busana putih sebaliknya sedikit palitan warna ini sudah mencukupi. Tudung pula yaya mengenakan berwarna HITAM agar tampil lebih menonjol. 





Warna Apakah Melambangkan Sikap Kamu?




Putih jika di lihat melambangkan kesucian. Orang yang suka akan warna ini melambangkan dia seorang yang berfikiran positif. Jika kamu suka akan warna ini, kamu seorang yang jujur dalam melakukan sesuatu. Orang sekeliling suka akan dengan kamu kerana sifat kamu yang ramah dan sopan santun. Kamu juga tidak suka menyusahkan orang lain, sebaliknya menghulurkan bantuan pada yang perlu. Sifat kamu juga mudah berubah-ubah mengikut keadaan ketika itu.