Kalau sebelum ini kita di kejutkan dengan berita cubaan bunuh anggota komando dengan menenggelamkan mangsa dalam sungai. Namun begitu cubaan berkenaan gagal.
Kali ini kita dikejutkan pula dengan berita 10 orang penyangak cuba menyerang dan merompak bekas anggota komando pula. Apa berlaku sememangnya mengejutkan ramai.
Memetik laporan Free Malaysia Today, seorang bekas anggota komando Orang Asli di angkat sebagai hero di media sosial apabila kisahnya melawan 10 orang perompak dengan hanya menggunakan sebilah parang.
Kisah John Bah Tuin yang kini mengendalikan Cameron Highlands Rainforest Inn Resort di Ringlet, Cameron Highland dikongsi oleh seorang aktivis hak asasi, Siti Kasim di laman Facebook.
Menurut Siti, insiden itu berlaku pada malam Sabtu, ketika dia sedang dalam perjalanan dari Mensun ke Ringlet. Kemudiannya muncul tiga buah kereta menghalang laluannya.
“Dia memberhentikan kereta di tepi jalan apabila tiga buah kereta menghalang laluannya. Sekumpulan lelaki itu menyuruh dia keluar dan cuba untuk merompaknya. Tapi malang buat mereka kerana telah memilih orang yang salah”, kata Siti.
Siti berkata lagi, John kemudian menumpaskan kesemua mereka dengan sebilah parang yang sentiasa dibawa olehnya. John juga telah menetak tangan salah seorang dari mereka ketika pergelutan.
John juga telah membuat laporan polis susulan kejadian, kata Siti menceritakan kembali apa yang John telah ceritakan kepadanya.
“Ini sangat luar biasa… seorang lelaki melawan sepuluh perompak. Ada juga yang hilang tangan”, tulis Siti.
Siti juga meminta John supaya tidak degil dan pergi berjumpa doktor untuk memeriksa kecederaannya.
“Dia berdarah ketika bercakap dengan saya. Dia enggan pergi berjumpa doktor. Saya berharap dia OK”
Sementara itu, di Facebook, orang ramai mengangkat John sebagai wira setelah membaca kisah yang dikongsi Siti itu sehingga ada yang menyifatkan apa yang berlaku ibarat dalam filem aksi Hollywood dan juga Tamil.
No comments:
Post a Comment