1 June 2016

Menarik Pasangan yang Baik

Rata-rata anak muda menolak apabila mendengar istilah Bercinta Selepas Nikah.

"Ha? Nak kahwin dengan orang yang tak kenal? Noooo"

"Macam mana nak kahwin kalau tak cinta?"

"Tak apa, saya pilih sendiri saja."




Ini adalah antara reaksi yang diberikan oleh masyarakat masa kini. Wujud satu tanggapan bahawa kalau bercinta selepas nikah, bermakna ia adalah perkahwinan yang diatur atau dipaksa, persis amalan generasi datuk dan nenek kiya dahulu.

Tanggapan yang diwujudkan sendiri bila sekilas pandang tanpa mengambil masa untuk memahaminya.




Tidak salah jatuh cinta. Tifak semestinya untuk hati kita suka pada seseorang. Tidak ada salah bila kita berfikir tentang seseorang dan rasa ingin berkahwin dengan seseorang. Kalau perasaan itu disertakan dengan niat untuk berkahwin.

Islam amat menjaga umatnya. Allah swt tidak meletakkan peraturan hanya untuk membataskan kita tetapi melainkan untuk menjaga kita.

Allah tahu yang hati kita berkeinginan. Allah tahu yang kita akan fikir tentang si dia dan menyebut nama si dia. Cuma syaratnya janganlah perasaan itu disertakan dengan emosi.
Apabila kita sukakan seseorang dengan emosi tetapi tanpa niat untuk berkahwin, kita sendiri yang akan terluka. Oleh itu, wujudkanlah ikatan yang sah sebelum kita mencintai seseorang dengan sepenuh hati.




Jatuh cinta dengan niat untuk berkahwin itu boleh. Tetapi bila kita jatuh cinta tanpa niat untuk berkahwin, hanya saling menghantar mesej, berbual kosong di telefon setiap hari, lama-kelamaan perbualan akan bertukar menjadi perbualan video, yang lama-kelamaan akan bertukar menjadi sesuatu yang lain dan akhirnya akan mendekatkan kita dengan zina. Masya Allah...

Allah telah meletakkan peraturan untuk menjaga kita dan menyenangkan hidup kita. Ini kerana dia akan lebih mengenali kita dari mana-mana orang laun. Jadi pinanglah dia. Jumla dengan wali calon kita. Bagaimanakah akhlaknya ? Pelajarannya ? Cita-citanya ? Dimanakah dia dibesarkan ? Apakah pekerjaannya ? Dengan siapakah dia berkawan ? Apakah matlamat hidupnya ? Sejauh mana dia menjalankan tanggungjawab sebagai anak terhadap ibu bapanya ? Bagaimanakah dia menguruskan kewangannya ? Mampukah dia sama-sama susah senang selepas bernikah nanti ?




Amanah dan terbuka dalam bertanya, dan jujur dalam menjawab. Setelah taaruf, buatlah keputusan dengan bijak. Ingat bahawa keputusan ini akan mempengaruhi sepanjang hidup anda nanti. Jadi pilihlah dengan minda yang matang dan realistik.

Akhir sekali bila dah berumahtangga, jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu dan bapa kita.



1 comment: