Masih keliru ataupun tidak mempunyai idea untuk memilih perkara apakah yang ingin dijadikan barang hantaran?
Masih keliru ataupun tidak mempunyai idea untuk memilih perkara apakah yang ingin dijadikan barang hantaran? Jangan pening ataupun kusut memikirkan ia, kerana disini kami kongsikan senarai panduan barang-barang yang kebiasaannya dijadikan barang hantaran oleh pasangan-pasangan muda di Malaysia. Moga-moga perkongsian admin kali ini bermanfaat bagi anda dan pasangan!
Tips memilih barang hantaran
1. Bincanglah dengan pasangan anda mengenai berapa dulang yang ingin disediakan, kalau boleh buat senarai barang yang ingin dijadikan hantaran. Setelah mempunyai kata sepakat, pergi beli bersama-sama sebab takut nanti, si lelaki nakkan kasut Adidas, tapi yang perempuan kononnya ingin buatkan kejutan belikan kasut Nike sebab model Cristiano Ronaldo nampak 'hensem' memakai produk Nike. Bincanglah dan beli bersama-sama.
2. Berapa dulang balas berapa? Masih keliru berapa banyak dulang dan kenapa 7 berbalas 9. kenapa 5 berbalas 7. Sebenarnya tiada garis tepat untuk berapa dulang berapa dulang. Cuma adat Melayu, bilangan dulang itu dipilih dalam bentuk ganjil. Tak ada maknanya kalau 7 berbalas 11, akan akan dapat kedai 7-11 selepas kahwin! Sekali lagi duduk berbincang berapa banyak barang yang ingin dijadikan hantaran, Sebaiknya tak banyak sangat, sebab nanti pening kepala nak pikirkan bajet serta perkara untuk dijadikan barang hantaran.
3. Kalau boleh elakkan dulang hantaran yang banyak kerana nanti, anda perlukan lebih ramai 'dulang girls' untuk memegang dulang anda, bermakna makin ramai kawan/sahabat anda perlukan untuk memegang dulang anda. Sekiranya baju-baju dulang girls ini anda kena sponsor, maka bertambahlah bajet yang perlu anda belanjakan. Takkan 3 dulang girls yang lainnya mak cik- mak cik yang pegangkan dulang anda, tak cantik pula dalam gambar kahwin nanti!
4. Admin ingat waktu kecik-kecik dulu lepas majlis kahwin, admin paling tak sabar tunggu waktu untuk bukakan barang hantaran. Ye lah, seharian pegang dulang, tengok puding karamel, dah ke berapa puluh kali telan air liur sambil menatang dulang tersebut. Apabila anda membuat keputusan mengenai dulang hantaran, kek, buah-buahan perlu diambil kira juga kerana ahli keluarga akan memakannya. Takkan kahwin si abang/kakak tapi ahli keluarga dibiarkan begitu tanpa ambil hati. Sekurang-kurangnya makanan ataupun buah buahan tersebut akan membuatkan si ahli keluarga mengingati majlis perkahwinan anda!
5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
- Sirih Junjung
- Kemeja/Seluar
- Beg duit/Tali Pinggang
- Al-Quran Biasa/Digital
- Sejadah
- Jam Tangan
- Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
- Kasut
- Buah-buahan
- Kek/Kek Cawan
- Coklat
- Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
- Mas kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
- Tepak sirih
- Al-Quran Biasa/Digital
- Sejadah
- Potpourri/Bunga Rampai
- Jam tangan
- Kasut
- Telekung
- Beg Tangan
- Set wangian /Barang mekap
- Buah-buhan
- Kek/Kek Cawan/ Coklat
P/S: Senarai barangan secara umum, terpulang pada citarasa pasangan dan yang paling penting budget. Janganlah nak beli macam-macam tapi kos tak cukup atau terlebih ke sini. Naya nanti.
credit for : http://www.ikahwin.my/blog/8-panduan-memilih-barang-hantaran
credit for : http://www.ikahwin.my/blog/8-panduan-memilih-barang-hantaran
berbelanja dengan berpasa-pada untuk majlis kenduri kahwin ni.
ReplyDelete