30 August 2016

Penjala ikan terkejut jumpa mayat


DABONG - Hasrat seorang penjala ikan yang berhajat mencuba nasib di Sungai Batu Lesung, Cegar Lapan, terbantu selepas dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika ditemui mangsa tidak berbaju dan hanya berseluar panjang warna gelap.

" Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap terlekat di pelampung pukat orang kampung di  Sungai di Batu Lesung,Cegar Lapan, Dabong.

" Mayat yang belum dikenal pasti identiti itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat," katanya.

Abdullah berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

1 comment:

  1. Hisshhhh....mau terkejut jumpa mayat tgh menjala tu.Kalau dapat ikan pun kena pikir 2 kalilah kot nak makan

    ReplyDelete