17 August 2016

SEJARAH Sekolah Kebangsaan Angkatan Bersejata Majidee Kem Johor Bahru


Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1963 dengan daya usaha beberapa pegawai tentera yang bertugas di Markas Garisen Johor Bahru. Pada ketika itu sekolah ini di beri nama Sekolah Kebangsaan Angkatan Bersejata Majidee Kem Johor Bahru. Bangunan yang digunakan pada masa itu ialah berek-berek kelamin askar gurka yang bertugas di zaman darurat. Pada masa itu hanya terdapat seramai 47 orang murid dengan 3 orang guru dan seorang guru besar yang mentadbir sekolah. Ia ditubuhkan sebagai usaha untuk mempertingkatkan mutu pelajaran anak tentera di markas Majidee. Antara pegawai yang bersungguh dalam usaha tersebut:

Lt kol.Mazlan b. yunos - Brg.( telah meninggal dunia di London) 
Lt kol. Nordin b. Mohaluddin ( Sekarang Mejar janeral ) 
Ustazah Zainab Bt Intan Majid ( Guru Agama TLDM di JB ) 
EN Hussin b Sulaiman ( Pem. Hospital Tentera )


Pada tahun 1972 sekolah Kebangsaan angkatan Bersejanta majidee kem telah ditutup dan dipindahkan ke tempat baru iaitu di British Army School di taman kebun teh Johor Bahru. Dengan kemasukkan murid-murid dan guru sekolah kebangsaan kebuh teh bilangan murid sekolah ini telah bertambah menjadi 420 orang dengan 20 orang guru. Nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Johor Bahru. Dalam tahun 1977 jumlah murid telah melebihi 3 angka buat pertama kalinya iaitu seramai 1324 orang murid. Dengan jumlah guru seramai 48 orang.

Oleh kerana bilangan murid yang ramai, bangunan sekolah tidak mampu menampung sebilangan murid telah ditumpangkan di bangunan sekolah cawanagnnya iaitu sekolah ngee heng dengan persetujuan daripada Pejabat Pendidikan Dearah JB.

Bangunan baru telah siap dibina pada tahun 1987. Pada tahun 2002, 2 blok bangunan lama telah dirobohkan dan telah siap di bina semula pada tahun 2003. Maka kini bermula era SKAT baru.

4 comments:

  1. saya pernah bersekolah disini memang seronok dari tahun 1995 sampai tahun 2000 terlalu banyak moment manis bersama kawan kawan dan cikgu rindu pada awak semua terutama kawan kawan sekelas darjah 6 jaya tahun 2000 harap suatu hari nanti kita dapat bertemu insyallah

    ReplyDelete
  2. Saya pon dlu skolah sini.. 1995 smpai 2000

    ReplyDelete
  3. saya pun sekolah kat sini 1987-1992

    ReplyDelete